Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)
Oleh kerana, solat itu wajib, maka mempelajarinya juga wajib. Oleh kerana mempelajarinya wajib, maka orang yang mampu untuk mengusahakan untuk mengajarnya juga wajib berbuat demikian.
Syabas saya ucapkan di atas usaha membuat program solat oleh Layar Consult Sdn Bhd, sebuah syarikat pembikinan filem dan dokumentari Islam.
Rabu 29 Julai 09, inilah pertama kali dalam hidup saya menghadiri penggambaran hampir lima jam berterusan, bermula jam dua lebih hingga mencecah jam tujuh malam. Berhenti rehat hanya untuk solat. Rakaman ini sambungan dari rakaman yang lepas yang belum siap.
"Ustaz, pastikan baju yang dipakai sama macam yang lepas ye" pesan penerbit pada saya.
Dengan berbekal 100 Plus, Alhamdulillah, tenaga terus ada, cuma kemudian, asyik ke tandas.
Saya melihat krew yang bertugas, kejap-kejap betulkan lampu, betulkan kedudukan, betulkan kamera betulkan itu, betulkan ini.
Mmm, susah juga buat sesuatu program TV ni. Selalu dengan TV 3 atau TV 9 semua dah siap.
Tapi apa yang menarik bagi semua krew dari Layar Consult ini ialah, mereka semua menjaga solat.
Alhamdulillah. Barulah betul. Buat program agama, krew juga ada pegangan agama yang baik.
Taklah buat program agama, tapi krew pun liat nak sembahyang.
Sedikit yang boleh kita kongsi ialah, isi perbincangan program ini. Ia lebih menumpukan penunaian solat secara praktikal menurut Mazhab Imam as-Syafie.
Untuk menunaikan solat dengan sempurna, seseorang perlu menjaga tujuh perkara:-
1. Syarat sah solat
Syarat sah solat ada 5 iaitu, menutup aurat, menghadap kiblat, masuk waktu, suci dari najis dan suci dari hadas
2. menunaikan sunat sebelum solat seperti, azan dan iqamat, solat berjemaah, meletakkan sutrah (penghadang solat) dan sebagainya.
3. menyempurnakan rukun solat yang 13
4. memperbanyakkan sunat-sunat di dalam solat seperti bacaan surah, mengangkat tangan ketika takbir al-ihram dan sebagainya.
5. menjaga makruh dalam solat seperti meliarkan mata ketika solat
6. menjaga perkara yang membatalkan solat seperti bergerak tiga kali berturut-turut
7. khusyuk dalam solat.
Tujuh perkara ini, jika dijaga dengan betul, kita akan memperolehi dua kelebihan.
Kelebihan di dunia, solat kita akan menjaga kita dari perkara keji dan mungkar. Kelebihan di akhirat, solat kita akan menjaga kita dari api neraka.
Yang paling penting adalah, solat menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Itu yang Allah sebut di dalam al-Quran:-
"Dirikanlah kamu solat untuk mengingatiKu"
Semoga kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukan untuk orang lain. Kebaikannya kembali pada diri kita, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
Khamis 30 Julai 09 jam 8.45 pagi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
4 comments:
ustaz, bila program ni?
nanti ustaz update kami ye..
ustaz.. pelakon solat nie cute la... :)
salam ustaz,
Saya merupakan salah seorang yang hadir pada program israk mikraj semalam di meru. Ceramah Ustaz serta bantuan slide sangat memberi impak.
Harap ustaz akan meneruskan usaha ustaz dalam mengembalikan keagungan islam dan saya akan menjadikan blog ustaz ni salah satu pautan dlm blog saya.
RIZAL
(JLN REBUNG, MERU , KLANG)
Salam Ustaz
Saya dapat emel ni...tolong ustaz bagi pendapat sikit. Hadis ni sahih tak?
Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.
Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja.
(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah:
"Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
Moga kita sentiasa didalam rahmatNYA serta dilinduingi dari segala malapetaka. Amiin.
Wasallam
Post a Comment