25 Jun 09, pagi ini saya berbual dengan Ustaz Mustafa di biliknya di Institut Wakvi. Ustaz Mustafa adalah keluaran Institut ini yang kembali bertugas di sini. Bahasa Arabnya fasih membuktikan kemampuan institut ini melahirkan para Ustaz yang boleh berbahasa Arab walaupun beliau tidak pernah ke negara Arab sebelum ini.
Perbualan kami berputar sekitar sistem pendidikan yang dilagangkan di Turki.
"Di Turki ini, sistem pendidikan adalah sekular, sekolah-sekolah agama yang ada baru sahaja banyak semenjak parti Islam memerintah. 10 tahun dahulu, pengajian al-Quran adalah diharamkan secara rasmi oleh kerajaan" kata Ustaz Mustafa.
"Habis tu, macam mana Turki boleh mengekalkan para ulama yang hebat kalau sudah hampir 60 tahun pengajian agama di haramkan? Kalau kita lihat contoh negara Kesatuan Soviet yang pernah mengharamkan agama satu ketika dahulu, habis langsung ulama-ulama di sesebuah negara, contohnya seperti di Bukhara Uzbekistan?" Tanya saya.
"Hah, itulah kelebihan sanad," kata Ustaz Mustafa.
Sanad? Tanya saya
Di Turki ini ada dua golongan yang mempunyai sanad yang meneruskan pengajian agama walaupun mereka diburu, dibunuh dan dipenjara. Pertama sanad dari ahli Tariqat yang menjaga amalan-amalan Islam. Kedua sanad dari ahli Ilmu yang menjaga ilmu Islam.
"Maksud Ustaz, sanad Hadith?," tanya saya lagi.
"Tak, sanad pengajian Agama. Ustaz nak tengok tak?" Kata Ustaz Mustafa lalu bangun dan menyelak rak kitab yang berada di biliknya.
"Ni dia, cuba ustaz tengok" katanya sambil menghulurkan sebuah risalah berkulit tebal berwarna hitam.
Saya membelek sanad ini. Salsilahnya bermula dengan Rasulullah yang mengambil dari Jibril, diturunkan ke beberapa orang sahabat, kemudian Tabi'in, kemudian Tabi' Tabi'in kemudian para ulama hinggalah kepada pengetua Institut al-Wakvi.
"Orang yang mempunyai sanad ini ibarat amanah untuk meneruskan pengajian Islam. Mereka akan berusaha membuka institut pengajian di Turki ini. Waktu zaman Khilafah Utmaniah, tak ada masalah. Ia bermula dari zaman Mustafa Kamal at-Tartuk" terang Ustaz Mustafa panjang lebar.
Saya cuba mengimbau kembali pusat pendidikan yang berada di Nusantara. Kalau di Malaysia sendiri, kebanyakkan tok-tok guru ini, orang yang mempunyai sanad. Saya pernah menziarahi beberapa tok guru di Pattani, mereka juga mempunyai sanad. Pernah juga saya menziarahi beberapa Pesantren di Indonesia, juga sama. Hingga pusat pengajian di Bukit Jiyad Mekah sekalipun, para tuan-tuan gurunya juga mempunyai sanad.
Apa bezanya dengan ijazah yang didapati di universiti. Ia juga ibarat sanad, bermakna, kita tahu asal usul kita belajar dari mana. Tapi sistem sanad ini lebih jelas dari siapa kita belajar, dan kita tahu guru kita belajar dari siapa dan salsilah ini akhirnya akan sampai kepada Rasulullah.
Apa beza konvokesyen universiti dan khatam sanad di dalam pengajian-pengajian Islam.
Istiadat konvokesyen di dalam dewan dengan sedikit ucapan dari Censelor kemudian penganugerahan sijil disempurnakan.
Majlis khatam sanad dimulakan dengan khutbah dari tuan guru yang berpesan bahawa ilmu adalah amanah dan hendaklah disampaikan kepada orang lain. Biasanya akan dibacakan ayat-ayat al-Quran dan beberapa hadith mengenai kelebihan orang yang mengembangkan ilmu. Kemudian, majlis akan ditutup dengan tuan guru mendoakan kepada muridnya dan pesanan agar menjaga taqwa kepada Allah.
Kedua-dua latar belakang ini akan keluar sebagai orang berilmu dan akan berkhidmat dengan masyarakat.
Kedua-dua sistem ini baik. Lagi baik jika kedua-dua ini dapat di satukan. Antara pelajar yang berpeluang mendapat kedua-dua sekali ialah pelajar dari Timur Tengah. Itupun kalau mereka rajin belajar di Univesiti dan keluar bertalaqqi pada ulama-ulama sekitar.
Kalau dok sibuk dengan jalan dan berinternet tidak jadi juga.
Begitu juga bagi pelajar yang duduk di Kelantan seperti pelajar dari Pra Akademi Islam Universiti Malaya. Kalau mereka rajin, waktu lapang mereka boleh bertalaqqi di mana-mana Pondok, mereka boleh mendapat kedua-dua sekali, sijil dan sanad.
Kepentingan bertalaqqi ini perlu hingga Nabi saw pernah bersabda (Hadith riwayat Muslim, Sahih Muslim, Mausu'ah al-Hadith as-Syarif, Kutub as-Sittah, hal 675
Dari Muhamad bin Sirin dia telah berkata, sesungguhnya sebuah ilmu itu adalah agama, maka hendaklah kamu melihat dari siapa kamu mengambil agamamu
Dari hadith ini, peranan guru lebih ditekankan dari peranan institusi. Ini kerana, seorang guru yang baik akan melahirkan anak murid yang baik.
Kepentingan berguru ini ditekankan oleh banyak ulama hingga Imam Syafie berpesan,
"Kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam syarat, antaranya ialah tunjuk agar dari seorang guru."
Dan kelebihan umat Muhamad ini ialah ilmunya mempunyai sanad (Athar al-Qiraat fi Fiqh al-Islami. Hal. 70)
Sesungguhnya, sanad adalah di antara keistimewaan-keistimewaan umat ini (Umat Muhammad).
Kesimpulannya, sanad atau ijazah bukan sesuatu yang perlu dibongkakkan. Ia adalah amanah ilmu yang diletakkan ke bahu seseorang. Jika mati seorang ulama, maka perjuangannya akan disambung oleh murid-muridnya.
Tradisi ilmu ini akan terus hidup hinggalah akhir zaman.
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
1 Julai 09, jam 8.30 pagi
Di pejabat Institut al-Wakvi
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
5 comments:
salam ustaz..sy tertarik ngan cerita-cerita ustaz pasal kaum yahudi ni..saya ingin tahu kenapa Allah banyak melantik rasul dari kalangan yahudi walaupun mereka ni terkenal dengan kaum yang kejam??saya juga ingin tahu kenapa Allah menurunkan agama islam ke atas orang arab bukan orang melayu/cina/india dan lain2?
Sanad ni bagus.. tapi sekarang ini disalahguna dan disalahertikan oleh golongan agama.
Sanad nie bagus jika pelajar tu belajar dari seseorang guru, kemudiannya dia berikan ijazah sanad itu. Macam konvokesyen la juga. Jadi sanad tu akan berharga.
Apa yang berlaku sekarang nie... orang pergi jumpa seseorang ulama, selama beberapa minit, pehtu minta sanad. Pehtu jumpa sorang lagi, minta sanad lagi.
Lepas tu berbanggalah orang yang ada sanad nie bahawa dia ada banyak sanad dari pelbagai ulama.
Apa kebaikan kalau buat macam ini ?
Setahu saya, sanad nie akan berguna untuk mengetahui dari mana asal-usul ilmu yang kita faham. Jika kita salah faham pun, kita boleh detect dengan siapa yang berlaku salah fhm tersebut.
Salam...
1)Apakah status pendapatan sy, sekira nya sy berniaga ditepi jalan dgn menjaja air secara kecilan-kecilan. saya berniaga tanpa lesen. maklum saja la perniagaan baru nak mula dan bukan secara tetap...
2) apakah hukum menggunakan kad kredit 0% intrest iaitu KAD KREDIT VISA PETRONAS MAYBANK. Ianya hanya mengenakan yuran proses oleh pihak penjualan barangan dan bukannya bank yg mengenakan yuran tersebut. sy tidak tahu sgt ttg fiqh muamalat. sy berharap sgt ustaz dpt memBerikan sy jawapan konkrit dan jelas. harap dpt membantu sy dlm mencari yg halal...
Aslmkm ust. .nampaknya saya berminat dengan pengajian di institut al-wakvi ni. .bagaimana ye untuk saya dapatkan maklumat lanjut tentang institut ini. . ?kalau boleh dibalas sesegera mungkin melalui no 0132061993. .whatsapp juga boleh. .saya sangat berharap ust. .
Aslmkm ust. .nampaknya saya berminat dengan pengajian di institut al-wakvi ni. .bagaimana ye untuk saya dapatkan maklumat lanjut tentang institut ini. . ?kalau boleh dibalas sesegera mungkin melalui no 0132061993. .whatsapp juga boleh. .saya sangat berharap ust. .
Post a Comment