Sunday, March 28, 2010

Diari 188 – Catatan Perjalanan Ke Mekah

Hari ini, 27 Mac 2010 jam 9.00 pagi, saya membawa anak-anak yatim al-Ijabah membuat ziarah wida’. Kami semua memasuki masjid an-Nabawi dan sama-sama berdoa di Raudhah semoga Allah memberi lagi kami peluang datang ke sini.

Juga agar, hajat untuk membina kompleks Yayasan al-Ijabah dibantu Allah dan dapat segera direalisasikan.

Hari ini, saya bersyukur, kerana seramai 12 orang anak-anak Ijabah dapat bersama saya ke Mekah. 10 lelaki dan dua perempuan. Selepas di Raudhah, kami sama-sama melalui makam junjungan Nabi tercinta, berselawat dan bertaslimah kepada Baginda.

IMG_4352

27 Mac 2010, jam tiga petang, kami mula meninggalkan hotel di Madinah menuju Bir Ali untuk berniat di sana. Anak-anak Ijabah begitu gembira dan sekali-sekala, kain ihram yang dipakai perlu sentiasa dibetulkan, maklumlah, kalau tak di ikat dengan betul, takut terburai semuanya nanti.

IMG_4355

Salah seorang dari anak Ijabah, tidak membawa kain Ihram dari Malaysia, jadi, di Bir Ali, kenalah diuruskan yang sorang ni..

IMG_4455

Perjalanan sejauh lebih 400 km dari Madinah ke Mekah memang meletihkan.

IMG_4510

Waktu Magrib, kami berhenti untuk solat dan makan nasi sama ikan goreng.

IMG_4529

Santai sementara menunggu yang lain siap

IMG_4539

gelagat anak-anak Ijabah

IMG_4552

Sampai di Hotel jam 11.00 malam, pukul 12.00 tengah malam harus berkumpul untuk memulakan umrah.

Kenangan rombongan al-Ijabah 2010. Bermula jam 12.00 tengah malam, tamat semua tawaf dan saie jam 2.00 pagi.

Jemaah perempuan bersama ibu saya, dua dari kiri

“Ustaz, nama sekolah kita ada kat sinilah” kata salah seorang anak yatim al-Ijabah pada saya dan menunjukkan perkataan MASSA.  Selama ini saya pun tak perasaan.

Santai di medan masjid selepas tamat ibadah umrah

Selepas semua selesai, kami minum teh dan biskut dekat restoran berhampiran D’Saji. Malam ini, D’Saji dah tutup.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Mekah al-Mukarramah

12 Rabiul Akhir 1431/28 Mac 2010 jam 11.00 pagi.

3 comments:

مسافر اسلام said...

Salam Ustaz..alahamdullah anak2 tu kecil2 lagi dah sampai ke Mekkah. Sudah tunaikan umrah. Berkat usaha ustaz..JazakaAllah

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Tercuit hati melihat anak2 Al-Ijabah gembira disana. Alhamdulillah. Ya Allah rahmati, berkati semua warga Ijabah.

Ustaz Amin said...

Alhamdulillah, sebagai semangat untuk yang rajin belajar..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...