Tuesday, March 16, 2010

Diari 181 – Ziarah Ukhwah Sheikh Afeefuddin

15 Mac 2010 jam 6.00 petang. Saya dan beberapa sahabat menziarahi al-Sheikh al-Sayyid Afeefuddin al-Jailani al-Baghdadi di Kediaman beliau di Setiawangsa.

Beliau adalah keturunan Sheikh Abdul Kadir al-Jailani, berasal dari Iraq dan sekarang menetap di Malaysia.

Tujuan ziarah pada hari ini, hanyalah sebagai ziarah ukhwah. Selain itu, dengan izin Allah, hujung minggu ini, saya akan bertolak ke Mekah bersama 12 anak-anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah yang terpilih bagi menunaikan umrah.

Jadi, saya meminta jasa baik, al-Sheikh al-Sayyid Afeefuddin untuk mengaturkan kami menziarahi beberapa orang Alim dan Soleh di Mekah nanti.

Rombongan ke Mekah kali ini hanyalah rombongan sahabat-sahabat dan anak-anak al-Ijabah sahaja, dan tidak ada orang luar yang bersama.

Cuma, ramai yang ingin bersama di dalam program di Mekah dan Madinah nanti. Ramai juga yang telah menunggu di sana.

Acara kami di Mekah tidak terikat untuk menjaga jemaah lain. Jadi, saya bercadang untuk mengaturkan beberapa ziarah Ilmiah dan Tarbiah dengan beberapa orang Alim di Mekah bagi jemaah kali ini.

Sebagai mendedahkan dan membiasakan kepada anak-anak Yatim dan Tahfiz untuk sering menziarahi orang-orang Alim dan Soleh.

Menziarahi orang Alim akan membuatkan kita belajar banyak perkara mengenai ilmu dan kadang-kala, mereka akan memberikan kita tarbiah untuk panduan hidup kita.

Diri ini memang perlu sentiasa diingatkan. Kalau tidak, kita akan merasa sentiasa betul dan akan tumbuh rasa ego dan sombong sedikit demi sedikit di dalam hati kita.

Rasa ego dan sombong akan menyebabkan kita jauh dari kebenaran, lebih-lebih lagi jika kebenaran itu datang dari orang yang kita anggap lebih rendah dari kita.

Menzirahi orang soleh pula, kita dapat mencontohi akhlak dan ibadah mereka. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.

Ramai orang lupa mengenai ketuhanan dan rasa kehambaan. Mereka teruja untuk berkuasa seperti Tuhan. Oleh itu mereka akan berebut-rebut untuk menjadi rakus dan tamak demi kuasa.

Sedangkan, kita hanya berusaha, ketetapan masing-masing telah ditentukan Allah. Jangan sampai ketentuan yang telah ditetapkan menjadikan kita jauh dari Allah.

Dengan tamak ini, akhirnya timbul tabiat mengata sana dan sini, mengambil hak orang lain, hak harta atau maruah orang lain. Terlalu inginkan sokongan hingga lupa diri ini sepatutnya mengabdikan diri pada Allah.

Hari ini kita mati, kita tidak akan pulang kepada penyokong kita, penyokong kita pun tidak akan simpan mayat kita. Kita mati, kita pulang pada Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita pulang. Kepulangan kita akan dituliskan sebagai kepulangan yang baik jika kita membuat persediaan untuk bertemuNya.

Menziarahi Sheikh Afeefuddin ini, kami diingatkan agar mencintai Nabi saw. Nabi yang sangat mencintai kita berjanji untuk memberi syafaat buat kita, asalkan sahaja kita berusaha untuk mendapatkannya.

Untuk mendapatkan syafaat dari Nabi, seseorang itu mestilah:-

1. Mencintai Nabi

2. Banyak Berselawat

3. Mengamalkan sunnah Nabi

Dengan kecintaaan dan usaha menjadi umatnya yang soleh dan solehah, mudah-mudahan kita nanti akan mendapat syafaat dari baginda.

Oleh itu, marilah kita sama-sama meningkatkan diri kita dari hari ke hari, semoga Allah terus membantu kita memperbaiki diri kita, amin.

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

29 Rabiul Awal 1431/ 16 Mac 2010 jam 9.00 pagi

IMG_2876

Ziarah Ukhwah ke rumah Syeikh Afeefuddin al-Jailani

IMG_2838

Kebiasaan menziarahi orang soleh, perbincangannya juga menjurus kepada perbahasan ilmiah

IMG_2857

Syeikh Afeefuddin menghadiahkan kami beberapa kitab

IMG_2815

Beliau sama-sama mengingatkan mengenai meningkatkan kecintaan pada Allah dan Rasul

IMG_2888

Di akhiri dengan memohon agar Allah terus satukan hati-hati kami dan seluruh umat Islam

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ustaz saya pernah bermimpi berikut pada malam yang berbeza :

1. apakah maksud mimpi mendengar seorang kenalan azan

2. apakah maksud bermimpi tidak dapat melihat dengan jelas tetapi mendengar suara azan. sambil berjalan di dalam kekaburan di penghujung jalan ada seseorang sedang duduk menanti saya

Shahabudeen Jalil said...

crita sket latar belakang sheikh tu, takkan la sekadar cakap keturuan abdul kadir jailani ko ???

unkelz said...

bertuah budak2 tu.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...