Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan
N salam.ustaz, blh x org yg d masalah kencing x lawas mgunakan wudhuk yg sama utk 2 solat fardhu jika solat fardhu yg pertama itu dikerjakan dihujung waktu sehinnga hampir masuk wktu yg kedua dsbbkan bukannye saje nk lewatkan solat ttp dsbbkan balik kerja lewat dgn menaiki pengangkutan awam 2010-03-04 2:14 PM
Bagi kencing tak lawas, satu wudhuk satu solat
Guest Salam Ustaz, kalau solat isyak sesudah tidor, lepas tu boleh ke terus tahajjud tanpa ba'diah Isyak? terima kasih. 2010-03-04 2:09 PM
Boleh
zaimah Mana yg lebih baik, bayar hutang kredit kad ataupun bersedekah?2010-03-04 10:31 AM
Bayar hutang dulu lebih afdhal
zaimah Kalau ada org nak pinjam duit dgn kita sedangkan kita tahu dia susah nak bayar hutang walaupun duit dah ada, camne kita nak buat? Nak bagi pinjam@tak? 2010-03-04 10:30 AM
Jika tidak dapat beri banyak, berilah sedikit yang jika dia tak bayar pun, kita tidak terasa sangat
Guest Salam ustaz, nk tanya pemakaian rantai kaki. Ada pendapat mengatakan ia nya haram. Apa sebenarnya hukum pemakaian rantai kaki dr segi Islam? 2010-03-04 9:45 AM
Pendapat yang mengatakan haram adalah kerana seolah ia menyerupai orang hindu. Yang berpendapat harus apabila berpendapat ia bukan menuruti agama hindu.
kuza apa maksud mimpi kahwin dgn seseorg 2010-03-04 5:10 AM
Ada dapat sedikit kerugian
ftyn salam,ustz nk tanye boleh k kite mkn duit org belanje yg kite tahu halam haram die dpt duit tu.tq 2010-03-04 3:22 AM
Kalau kita tahu dan yakin memang dari haram, maka kena elakkan
Guest wah hebat jugak ustaz..master dari 2 universiti..masa kat Pakistan ustaz belajar peringkat ape sebenarnya? ustaz ni asalnya orang mana ya? 2010-03-03 7:45 PM
Belajar dari buaian sampai liang lahad.
farid assalam.ust apa kah perasaan semasa berada didarul Mustafa 2010-03-06 2:59 AM
Best
musykil salam ustaz, bolehkah kita hadiahkan al fatihah kpd bayi yang mati yg lahir dlm keluarga bukan islam? 2010-03-05 3:44 PM
Niatkan untuk mana-mana roh umat Islam secara umum
miss bgmn nk th sesuatu terjadi adalah disebabkn oleh takdir Allah atau dsebbkn pilihan org tu sendri? sbg cth seseorg tu berzina & kemudian brkhwin dssbkn mngdung ank luar nikah. mereka bjodoh dsbbkn ikut plhn nafsu mereka @ itu takdir Allah pd mereka brtemu jodoh dgn cara begitu??? 2010-03-05 2:34 PM
Semua perkara dari Allah dengan izinNya. Seorang hamba hanya berusaha. Dan alangkah buruknya jika usaha dengan nafsu itu yang dipilih dan kemudian diizin Allah
Guest salam ustaz.. apa maksud usaha dan apa maksud kekuatan?2010-03-05 12:09 PM
Usaha itu tenaga yang dicurahkan untuk sesuatu sedangkan kekuatan untuk terus melakukan itu dari Allah
mohd azhri bin hj joli salam ustaz,.apa hukumnya pekerjaan mejadi mak andam ? isteri saya bukan mak andam tapi menyewakan baju penganti kepada mak andam..apa pendapat ustaz2010-03-05 7:25 AM
Kalau baju itu membuka aurat dan ditontoni oleh bukan mahram, maka syubhat
haa ustaz:- apa maksud halaqah 2010-03-05 5:11 AM
Perkumpulan
hanis salam ustat..adakah bolih bekas suami dan peguamnya menafikan hak tuntutan edah ,mutaah dan harta sepencarian terhadap bekas isteri? 2010-03-05 3:04 AM
Dia dan peguam hanya cuba menafikan dengan hujah yang diberi, keputusan dari hakim
yana salam ustaz..dlm islam boleh ke mengugut org islam lain krna tdk mengikut arahan darinya. sprti hndak solat hjat spya org itu ditrunkn bala dr Allah. 2010-03-05 2:59 AM
Islam tidak menyuruh umatnya mengugut
apit salam ustaz..adakah sampai pahala bacaan yasin dan amal kebajikan yg dilakukan utk arwah, jika dilakukan oleh org lain (iaitu bkn keluarga sendiri)? 2010-03-08 6:46 AM
Terdapat khilaf, pada saya sampai
ingin_tahu as'kum ustaz..bilakah kita perlu niat iktikaf, ketika mula masuk masjid atau lps solat sunat tahiyatul masjid? 2010-03-07 5:05 AM
Ketika mula2 melangkah masuk ke masjid
Ahmad Salam ustaz...adakah roh dan nafsu itu sama?2010-03-07 2:58 AM
Lain
farhanem radziah assalamualaikum ust dan para pelawat semua... salam ziarah. nice info 2010-03-07 2:30 AM
Salam
pelajar malaysia di jordan salam ustaz, saya bercadang utk travel ke Iran pada bulan 6 ni, jadi saya nak tahu adakah tidak menjadi masalah kpd msyrkt d sana utk mengetahui status kita sbg Islam Ahlus Sunnah? Ataupun ianya hanya perkara biasa bg msyrkt kebykan di sana? Maklumlah kita selalu diberi gambaran yg mereka ni yg serong. Sekian terima kasih2010-03-06 11:36 PM
tak apa
Hafiz Assalamualaikum ustaz.salam ziarah.dah lame sy x masuk blog ustaz.diri ni ade masalah,first priority bukan lagi islam dan belajar.nauzubillah.. 2010-03-06 8:38 PM
Maaf, saya kurang faham maksud tuan
ekin salam,ustaz saya nak tanya satu soalan,selama satu tahu suami sy tidak bekerja..dan selamat itu sy yg menanggung dia dan anak2..apekah hukum dia 2010-03-06 10:51 AM
Dia tetap wajib mencari kerja dan bagi isteri, ihsan membantu suami
amirah Salam, ustaz. Apa yang akan terjadi kepada orang yang hidup sebelum mereka terima ajaran Islam? (orang sebelum Nabi Muhammad) 2010-03-06 6:44 AM
Sebelum sampai ajaran Islam, telah sampai ajaran Hanif (rentetan ajaran Nabi Ibrahim). Kalau benar-benar tak sampai nabi-nabi terdahulu, mereka disebut sebagai ahli fitrah, jika baik akan ke syurga
tini Assalamulaikum 2010-03-11 1:14 AM
Waalaikumslm
Guest salam ustaz,apakah aurat diantara ibu saudara dan ank luar nikah lelaki adik prmpuannya?2010-03-10 3:26 PM
Dalam syafie, aurat kena jaga kerana anak itu tidak diiktiraf sebagai anak saudaranya
kasih salam ustaz, keluarga kekasih tidak izinkan kahwin sbb status beza (bujang&janda), perlu terus kawan atau putuskan shj hubungan & anggap tiada jodoh? 2010-03-10 8:37 AM
Cuba lakukan dengan cara yang terbaik, lakukan solat istikharah
maya salam ustaz 2010-03-10 8:31 AM
Salam
zaimah dikatakan warna kuku kita mencerminkan kulit kita didlm syurga nanti. betul ke ustaz?2010-03-09 2:05 PM
Allahualam
zah ustaz,nak amal ayat quran spti ayat 1k dinar,ayat pengasih nabi yusuf..msti kena ijazah ke?kalau tak,tak menjadi? betul ke ustaz? 2010-03-09 4:00 AM
Ijazah bermakna berguru, sebaiknya belajarlah dari guru kerana matlamat akhir amalan adalah untuk mengabdikan diri pada Allah. Jadi, kalau berguru, biasanya guru boleh ingatkan
zah ustaz, ada org mengamalkan membaca surah dlm alquran selama 40hari tanpa putus,bagi wanit dlm haid,bolehkah membacanya diniatkan sebagai zikir? 2010-03-08 8:18 AM
Boleh jika niat untuk zikir
Guest assalamualaikum...ustaz...sye de msalah bisul.yg mnybbkn kluar drh.apkah sah solat sye dlm keadaan cam 2 2010-03-11 3:52 PM
Sebelum solat cuba pastikan darah itu tidak keluar dengan yakin. Jika keluar setelah usaha, maka dimaafkan
akuRinggo asalamkm ust .. minta izin link kesini 2010-03-11 1:00 PM
Hasan Nazam Doa Popular susunan bersama.. jum zikir... link2010-03-11 11:15 AM
sym Apakah hukum menyuntik vit-c bagi tujuan kecantikan? 2010-03-11 10:42 AM
Harus untuk tujuan kesihatan kulit
murni salam.APa maksud mimpi berjumpa bekas kekasih.. 2010-03-11 8:24 AM
Selalu teringat tu
Guest ustaz..soaln yg lps2 ustaz x jwb ke..byk lg soln yg tiada jwpn. HRP ustaz luang sedikit msa 2010-03-11 8:24 AM
InsyaAllah
Amar salam ustaz, adakah kita boleh mengikuti pendpat golongan syiah.?2010-03-11 6:32 AM
Mengenai apa?
ctzahra ustaz! boleh dikatakan tiap2 minggu saya balik kg suami kat sg ramba, Melakai! jarak perjalanan 2 jam 30 minit! ble solat jamak qasar tak.2010-03-11 5:56 AM
Kalau jarak melebihi 96 km, boleh
a'in ustaz,mana lebihbai bermunajat dsian yg sunyi drp tgh malm ttapi mengantuk,siang@mlm mana lebih afdhal 2010-03-11 4:25 AM
Yang terbaik yang boleh khusyuk
MakJu Salam ustaz, mcm mana caranya utk saya solat dgn anak lelaki saya yang baru baligh. Ptt kah dia jadi imam sbb bacaan dlm solat pun masih x betul. 2010-03-11 2:57 AM
Jika bacaan masih tidak betul, tidak perlu
tini nickname ustaz aper ye? 2010-03-11 1:45 AM
al-Amin, diberikan oleh Allahyarham datuk saya ketika saya lahir
tini ustaz nak sikit lah ustaz boleh ker kita baca ayat Lailla ha ila anta, subaha ka inni minnakutum dzolimin sujud yg paling akhir utk sembyg wajib/sunat 2010-03-11 1:45 AM
Boleh
a'in bgimana cara berzikir fg trbaik sdgkn kadng2 hati lalai hanya menggenapkan kesesuatu angka sj,sdgkn hati perlu kawalan yg rapi dr trganggu 2010-03-11 1:27 AM
Doa minta Allah kurniakan khusyuk
a'in adakh mengikuti pengajian ilmu melalui media sama dgn majlis ilmu yg dinaungi malaikat & pahala yg sama 2010-03-11 1:24 AM
Sama
a'in salam,ustas sblm ni sy ad dgr wang gaji kita dlm bank conv jika ada baki x ambil dkira haram & riba sy cuba pindah ke bank islam,harp ust jelaskan 2010-03-11 1:20 AM
Kalau baki itu adalah faedah, maka ia dikira wang syubhat
Enot Ustaz. blh kh sy bdoa d temukan semula dgn arwah suami d syrga kelak..2010-03-12 5:35 AM
Boleh
Guest Salam. Haji badal bg arwah yg telah meninggal adakah cukup d buat sekali atau boleh dibuat setiap tahun jika mampu2010-03-12 5:33 AM
Sekali cukup, kalau ada kemampuan lagi, buatkan wakaf atau sedekah untuk dia
madcuni salam. adakah boleh ustz mlalui conn yg ada meminta persatuan ulamat menjadi org tgh menyatukan pemimpin2 islam krn ini akan satukan umat Islam d Mal 2010-03-12 3:38 AM
Ia kena bermula dengan diri kita dahulu, seterusnya barulah ajak orang lain bersama kita
Guest saya ingin mendapat kepastian mengenai mengerjakan umrah secara berulang-ulang samada sekali pergi atau pergi setiap tahun. adakah ini disunatkan a2010-03-12 1:04 AM
Jika mampu dan boleh nak pergi tiap tahun, pergilah. Tapi buat juga wakaf dan sedekah.
najla ustaz, moga2 di masa depan ustaz boleh rakam semua kuliah2 & ceramah ustaz & letak di blog, dapat juga kami golongan2 wanita ni dengar..2010-03-12 12:53 AM
Insyallah,
zaimah ustaz, kalau lepas azan kita kena baca doa "Ya Allah tuhan yg telah mengsyariatkan seruan azan....... Kalau lepas iqamat kita kena baca doa apa?2010-03-11 11:17 PM
Sebenarnya dalam bahasa arabnya maksud sebenar ialah “ ya Allah yang telah mensyariatkan seruan yang sempurna” cuma orang dahulu menterjemahkan seruan azan. Jadi, kita boleh berdoa dengan cara yang sama.
Guest salam ustaz, apa pndgn islam b'kenaan dgn ilmu mat saleh b'kenaan sixth sense? Adakah ianya ilmu bkenaan roh? 2010-03-11 7:54 PM
Ia bukan berkenaan dengan roh, tetapi suatu ilmu yang hanya dianugerahkan kepada mereka yang tertentu sahaja. Dalam Islam perkara ini di sebutkan di dalam bab Kasyaf.
botak ustaz..boleh tolong terangkan cara-cara bertaubat??? 2010-03-11 5:19 PM
Cara-cara bertaubat :
1. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menyesali setiap perkara yang telah dilakukan
2. Berazam tidak mahu mengulanginya lagi
3. Menggantikan yang luput
4. Jika dengan manusia, maka minta maaf dengan manusia juga
mamon saya tertarik denga doa yg dibaca ustaz dlm bhsa mlayu, dlm siaran @tv9 pg hari jumaat.bolehkah ustaz turunkan doa tersebut kpd saya?2010-03-12 11:14 AM
Guest salam usz, boleh ke kita menangis semasa solat fardhu, samada sengaja atau tidak2010-03-12 8:00 AM
Boleh tetapi jangan sampai keluar ratapan
farid assalamualikum.ust apa khabar best ye belajar kat yaman saya nak belajar kat sanala2010-03-12 7:45 AM
Insyallah, eloklah bertalaqi disana, semoga ada keberkatan
hafiz ustaz..ana ada kenalan di kg lubuk tapah tu...dia ada hubungan keluarga dgn tuan2 guru pondok lubuk tapah...nama dia asiah..tapi keluarga panggil efa dh lama putis hubungan...hrp usrtz info contct nama sipa yg boleh ana hubungi? email mail2010-03-12 7:07 AM
Mmmmmm…
murna apa maksud mimpi air banjir keruh & hujan memasuki rumah2010-03-12 7:01 AM
Rezki cuma kena perhatika, takut ada yang syubhat
Guest Bagaimana pula dgn ibadah korban buat arwah.. blh kah kita lakukan setiap thn jika mampu 2010-03-12 5:43 AM
Boleh jika mampu
COmei Ustaz. sy rs begitu sedih dgn kematian arwah suami. Sy bhrp dpt ditemukn smula dgnny d syrga nnt. Ada pdpt mngatakn suami terakhir d dunia adalh suami dsyrga klk. Jd bdosakh sy bdoa spaya dttp pintu hati utk bkahwin lg? bgaimana cr utk hlgkn rs sedih ini?2010-03-12 5:38 AM
Tidak bedosa berdoa sedemikian, tetapi jika sudah jodoh ia adalah ketentuan dari Allah, banyakkanlah membaca Yasin dan al-Kahfi untuk menghilangkan kesedihan itu
Wallahualam Bis Sawab
Semoga menepati kehendak soalan.
“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
29 Rabiul Awal 1431/ 15 Mac 2010 jam 5.00 petang
6 comments:
Assalamualaikum,
Ustaz saya pernah bermimpi berikut pada malam yang berbeza :
1. apakah maksud mimpi mendengar seorang kenalan azan
2. apakah maksud bermimpi tidak dapat melihat dengan jelas tetapi mendengar suara azan. sambil berjalan di dalam kekaburan di penghujung jalan ada seseorang sedang duduk menanti saya
Wassalam
assalamualaikum..
ustaz saya ade bermimpi berlawan dgn tuhan hindu yg menyerupai gajah..apkah maksudnya?adakah ini tanda2 terkena sihir.kerana kakak kandung saya terkena sihir dan sering bermimpi perkara2 yg berkaitan dgn hindu..
Salam ustaz..sy ade bermimpi melihat surah al ikhlas di langit dan kalimah Allah Muhammad saw dan tulisan jawi..ape maksud mimpi tu boleh ustaz terangkan
Salam.ustaz..apakah makne bermimpi berkekasih dan selalu teringat2 bekas kekasih?ingin tahu
As salam ustaz,sy nk tnya,apa makna bermimpi bekas kekasih,sdangkan tidak terlintas d fikiran memikir kan nya..
Assalam ustaz sya nak tanya maksud bermimpi kekasih org lain luahkan rasa cintanya terhadap kita????
Post a Comment