Friday, March 26, 2010

Jawapan Pada Persoalan 100

Alhamdulillah, masa yang ada ni, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan

dahland alhamdulillah.. terima kasih ustaz.. teuskan usaha murni untuk berkongsi dan seterusnya menjadi3 pendidik kepada kami...2010-03-12 11:58 PM

Terima kasih

Guest assalamualaikum ... ustaz... ape jdi klau kite x gi smbhyg jmaat sbab krje syif ptng sbab tkut msuk lmbt???2010-03-12 1:32 PM

Berdosa

mi ustaz boleh terangkan tanda2 kematian bg org islam2010-03-13 2:01 PM

Tanda paling besar apabila dia mengucap dua kalimah syahadah ketika menghembuskan nafasnya

mermaid Slm.Btal x wduk jika t'sntuh kmaluan ank llaki sy yg b'umur 6thn?2010-03-13 11:25 AM

Jika sentuh dengan perut tapak tangan, maka batal

blueocean *Slm ustz.6thn dlu sya kluarkan duit kwsp tp xtau yg duit tu kna zkat..jd skrg bleh x sya byr zkat tu pd nnek sdara sya yg mskin n xde pndptn.wpun ada ank tp hnya sorg anknya yg mbntu krna anknya jg ada byk tngungan..dan bleh x sya byr zkat tu lbih dpd yg spatutnya krna ksiankan nnek sdara sya itu?2010-03-13 11:00 AM

zakat tak boleh diberikan hanya kepada lima golongan

1. orang kaya atas asnaf fakir miskin

2. orang kafir

3. orang yang di bawah tanggungan nafkah kita seperti anak, isteri, cucu dan ibu ayah

4. orang yang masih kuat bekerja tetapi malas

5. keturunan Rasullullah kerana keturnan Nabi ada bahagian dalam harta rampasan perang (tapi ada khilaf kerana sekarang perang sudah tidak ada)

Nenek saudara boleh diberi kerana dia bukan di bawah tanggungan nafkah kita

Guest ustaz,sy dpt msg yg tarian poco2 tu ade kaitan dgn tanda salib dr filipina.tp sy tak pasti dari mne sumber berita tu dan sejauh mne kbnrny.hram x?2010-03-13 10:15 AM

Itu kepelbagaian pendapat

Guest assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya , apakah hukum membaca bacaan solat dalam hati2010-03-13 8:41 AM

Tak boleh, bacaan mesti dengan lisan, kalau tak, tak sah

Guest salm.ustaz bagaimana kalau bayi yg ade najis di dlm lampin duduk di sejadah.adakah sejadah itu perlu dibersihkan atau tidak perlu.2010-03-13 7:42 AM

Kalau najis tak keluar, tak kena

Guest Slm ust,sy mengidap hypertiroid(degupan jntg laju n menggigil).Blh solat duduk?, sbb menggeletar berdiri tegak,tq.2010-03-13 7:34 AM

Kalau mudharat, boleh

Jung Ustaz, perlukah ambil wuduk semula kalau kita terpijak najis spt air kencing atau memadai dgn mencuci bersih hingga hilang bau, rasa dan warna?2010-03-13 5:22 AM

Cuci sahaja

Guest salam ustz..sye nak tnye, sy pnah bermimpi ibu sy meninggal dunia dalam dia lps solat dan masih bertelekung danjatuh dlm dakapan sye.Apa maksudnya?tk2010-03-13 5:07 AM

Jika ibu masih ada bermakna, ibu panjang umur dan tuan kena jaga dia

fitrah manusia 51-56 asalamualaikum ustz.ustz boleh ke al-quran tu di syairkn@ dilagu-lagukan??pada surah ke36-69 sedangkan allah berfirman al-quran itu tidak layak disy2010-03-14 12:32 AM

Di dalam hadis memang Nabi suruh dan ilmu melagukan al-Quran ini disebut sebagai ilmu tarannum

puteri assalamualaikum ustaz,saya ingin tahu bagaimanakah cara untuk berjaya dalam pelajaran dan sukan2010-03-14 12:24 AM

baca dan berlatih

fitrah manusia 51-56 asalamualikum ustz.betul ke nabi mohd tu sorg yg tidak tahu membaca?? allah berfirman pd surah62-2.nabi yang memebacakan ayat2Nya kpd kaumnye.2010-03-14 12:19 AM

membacakan beertik melafazkan kembali apa yang diwahyukan

Man.. Assalamualaikum ustaz...Doa akhir siaran pg tdi sudah lama saya tertarik. Bolehkah ustaz memaparkan dalam blog ustaz ini untuk saya membacanya..2010-03-14 12:17 AM

insyaAllah

nik azmi asslkum..saya tertarik dengan doa di akhir siaran tanyalah ustaz hari ahad?2010-03-14 12:09 AM

Guest SALAM ustaz tolong letak video yang ustaz kata dalam tanyalah ustaz pagi tadi. Video tentang org barat kamu dari Malaysia kamu ada Islam....2010-03-14 12:04 AM

insyaAllah

confuse apa hukumnya kerja di jabatan alat ganti kerana menurut seorg teman kita mendoakan kemalangan2010-03-13 11:10 PM

silap tu, sebenarnya, kita membantu orang kemalangan

manusia dhol kondisi skrg. slam.ustz.adakah org islam yg masuk neraka boleh keluar semula setelah disiksa.masuk syurga dgn dahi bertanda.pasti ke masuk??2010-03-14 2:39 AM

Dalam Ahli Sunnah, boleh

fitrah manusia 51-56 salam ustz.ustz ada tulis dlm blog ttg menegakkan kalimah allah.sy xfhm ape yg ustz cube sampaikan sbnrnya.dari segi ape yg nk ditegakkan.2010-03-14 2:30 AM

Pada saya, kalimah Allah secara rasmi tak boleh nak diberikan. Dia nak guna, terpulang dia, tapi tidak boleh diberi pengiktirafan dari segi undang-undang

fauzee66 Salam ustaz ,agungnya rahmat dari ALLAH bilamendengar ustaz membaca doa dlm tanyalah ustaz pg tadi,semoga segala usha ustaz dirahmati.2010-03-14 2:15 AM

Allah memang sentiasa Agung

fitrah manusia 51-56 salam ustz..nape nabi mohd disuruh membaca ketika dlm gua hir'a??dia nk baca ape?? sedangkan A-q xda lagi, baru nk turun surah pertama2010-03-14 1:35 AM

Cuba baca tafsiran surah itu..

Guest salam utz,adakah dikira kita bdosa n mkn riba krna kite tlong melunaskan utg arwh suami yg ada berutg dgn pihak bank.klu x dilunaskn kita akn dheret2010-03-14 12:53 AM

Tidak sbb ia mengelakkan mudharat yang lebih besar

fitrah manusia 51-56 asskm ustz..nape dalam ayat2 al-quran ada perkataan KAMI??cnth pd surah36-66..peningla sy.aduhh!!tlglah jwb ustz2010-03-14 12:42 AM

Tata bahasa Arab, jika menggunakan perkataan ramai bagi makna seorang, itu menandakan perkataan hormat, seperti, “kami nak pergi kedai” itu lebih lembut dari kita kata, “aku nak pergi kedai”

hadijah assala mualaikum ustaz, saya nak bertanya...kalau la seorg ank itu tidak mendiri kan solat lima waktu...tak tahu dah berapa lame...tetapi... saya dh nasihtkan mereka...dan mereka hanya membuat xtahu je. dan bile mndgr azan pon.mereka memekak kan telinga je..apakah yg perlu sye lakukanl...?2010-03-14 7:19 AM

Teruskan tegur hingga puan pulang bertemu Allah

Abdullah dan kalau ustaz tak keberatan tlg send kat adress nie w mail mudah--mudahan ustaz dirahmati allah.2010-03-14 7:17 AM

Ada dalam blog ini

Abdullah Assalamualaikum Ustaz saya benar2 tertarik dgn bacaan doa ustaz dari hari jumaat hingga hari nie..bolehkah ustaz kongsikan bersama kami...2010-03-14 7:16 AM

InsyaAllah

guest salam.mengapa ketika solat jemaah malam,imam baca secara perlahan(individu) di rakaat 3 dan 4?2010-03-14 4:54 AM

itu yang disyariatkan, hikmah sebenar, Allah sahaja yang tahu

guest salam.apakah doa mustajab untuk melembutkan hati anak(remaja)yg langsung tidak mendengar nasihat ibu bapa.2010-03-14 4:38 AM

Banyak sedekahkan fatihah

murna murna ustaz tlg sy penjelas maksud mimpi ini. SElepas istikharah memohon petunjuk kerja apakh yg patut sy pohon, dimn & bgimn..dlm tidur sy bmimpi sy bjumpa kwn2, guru lama, dan rmai org..kdg x kenli..tp yg pelik pd akhir mimpi sy..mesti diakhiri dgn peristiwa menakutkn, 2010-03-14 3:29 AM

Buat perkara yang berkaitan dengan kemahiran diri sendiri

1st mimpi istikharah(sycuba menylmtkn dri & bayi drpd d tembak seorg jht msk ke rumah), 2nd mimpi istikharah ( sy mndpt brita kmtian jirn kg mati dibunuh dlm rumah, sy amat takut seolah-olah sy org seterusnya smpai sy terjaga dr tido). 3rd mimpi istikharah ( sy terliht kemlgn jln raya d hpn umah sy melibtkn pelbagai kenderaan & ade bebrape org cedera, dan tiba2 sy tnmpk perkataan besar tertulis d bumi KIAMAT SAMPAI..sy tkt smpai terkejut dr tido) apa maksud nya pd awal mimpi semuanya biasa,,tiada tanda2 tnjuk pkerjaa apa harus sy pohon dan pd akhir mimpi selalu dibygi mimpi menktkn,tlg la ustaz,sy x bkeje2010-03-14 3:34 AM

Tuan terlalu risaukan masa depan

Guest Salam ustaz.bolehkah kita meluruskan rambut a.k.a rebonding utk sebab2 yg tertentu seperti nmpk kemas, senang diurus, dan ingin tmpil cntik di rumah.2010-03-14 2:27 PM

Elakkan

ADIBAH ustaz nak doa dalam program tanyalah ustaz2010-03-14 1:15 PM

InsyaAllah

Guest Salam. Sesiapa yg nak doa yang ustaz amin baca masa program 'Tanyalah Ustaz" boleh rujuk kat link klik dkt program 'Tanyalah Ustaz"2010-03-14 11:49 AM

Guest salam ustaz, ape yg ustaz cuba maksudkan dgn ' merendah diri kepada dunia dlm artikel tarbiah dan dakwan (1) .. sy agk kurg fhm..2010-03-14 10:08 AM

Tidak rasa silau dengan dunia

Kak Teh Saya suka doa uztaz bacakan kat program tanyalah ustaz. Boleh emelkan kepada saya?2010-03-14 10:00 AM

fauzee66 wanita yg ziarah dikubur pakaibaju kurung di wajibkan memakai pula seluar panjang didalamnya?2010-03-14 9:10 AM

Segi adabnya

Guest asalamualaikum Ustaz.kakak saya meminjam wang simpanan tabung haji saya.Dia bersersetuju membayar lebih mengikut dividen yang dikeluarkan oleh tabung2010-03-14 9:10 AM

Peningkatan dari pinjaman adalah riba, kalau lafaznya bukan pasti, maka boleh

fauzee66 Salam ustaz,tlg trgkan tertib ketika berada dikubur dan benarkah kita beri hadiah alfatehah dulu pada rasulullah kemudian padayg lain pula n betulke2010-03-14 9:08 AM

Itu lagi bagus

hanis Assalamualaikum, ustaz sy ingin bertanya akan hal berkaitan feqah. selepas bersama suami, kita dikehendaki berwuduk sebelum tidur.2010-03-15 1:15 AM

dari segi Adab sahaja iaitu membersihkan diri sebelum tidur

Guest salam ustaz, doa yg dibaca dlm sujud bolehkah dilafazkn atau perlu dibaca dlm hati.bagaimana kalau doa itu dibaca dlm bahasa melayu?2010-03-14 3:02 PM

Dalam hati

noraini apakah hukum ye buka aurat di depan org bukan islam semasa buat rawatan di pusat kecantikan badan.2010-03-15 4:32 PM

utk perubatan tak apa

Muhammad Salam, dah tengok telinga kenderaan Dajjal? link2010-03-15 3:08 PM

kawie2020 salam ustaz...saya ada terbaca tentang pandangan yahudi tentang Nabi Muhammad SAW.. bleh ustaz ulas tentang ini. link2010-03-15 2:53 PM

apa yang tuan baca?

faisal salam ustaz, boleh komen sikit tentang makmum yg menunggu takbir rakaat baru utk masuk ikut imam, tak masuk semasa sujud, tahiyat awal etc.2010-03-15 9:37 AM

boleh

mohamad zahrawi salam ziarah ya ustaz2010-03-15 8:56 AM

INGIN TAHU salam ustaz, perlu kah mandi wajib bg wanita yg lakukn hbgn intim dgn tmn lelakinya ttp tidak memasukkn alat sulit lelaki tue?tk2010-03-15 7:56 AM

Tak

Ashraf Salam. Ana berminat hendak tahu berkaitan buku yang ustaz paparkan di prgm Tanyalah Ustaz. Buku yg mengandungi manuskrip melayu & Islam. ngkin ini adalah satu bahan yg termasuk dalam kajian saya. ustaz boleh bincang diblog ini atau emaikan kepada mail. Syukran2010-03-15 1:31 AM

hanis maka soalan sy ialah, adakah kita harus mengekalkan wuduk itu sedangkan sudah pasti wuduk itu akan terbatal semula bila tidur bersama suami.2010-03-15 1:17 AM

Tujuannya untuk membersihkan sebahagian badan

Amar salam ustaz, bolehkan kita mengikuti pendapat golongan syiah dari segi 1) amalan solat mereka 2) pandangan mereka mengenai islam2010-03-16 2:24 AM

Elakkan

Guest Salam.nak tanya pndgn ustaz tentang 'harta anak adalah harta ibubapa,& harta ibupaba bukan harta anak'.adakah ibubapa bleh ambl hrta ank tanpa izin..2010-03-16 2:14 AM

Boleh untuk nafkahnya

Ain Salam ustaz. Saya berkawan semula dgn bekas tmn lelaki saya tanpa pengetahuan suami saya. Dayus kah suami saya? kami hanya berkawan melalui internet dan telefon sahaja.2010-03-16 1:17 AM

Suami tahu tak?

kompius salam ustaz, apakah boleh kita membuat satu produk yang berasaskan air minuman dan dicampur bahan tertentu kemudian dijual dengan harga ratusan ringgi2010-03-15 11:24 PM

boleh

Hafiz Assalamualaikum ustaz.Minta maaf krn soalan x jelas.Sy ni dlm x sedar,hati sy melebihkan dunia dari akhirat.semuanye terbukti dgn pbuatan.walaupun..  walaupun mengaku dgn hati dan ucap dgn lidah.jadi,amal tu msih belum dibuktikan.apa yg perlu sy buat ustaz? jazakallahukhair kathira.2010-03-15 8:10 PM

Carilah seorang pembimbing yang boleh sentiasa menegur dan mengingatkan kita

farhanem radziah ustaz, bg pelajar yg berstatus 'di bwh tgungan ptptn' ni, adakah juga dkira brurusan dgn riba? rase mcm dkenakn faedah. mcm mne ye ust?2010-03-15 5:43 PM

Jika nama faedah peningkatan itu, maka terlibat juga,

konfius salam..sy selalu mimpi tengok banjir, mandi dlm sungai,yg berkaitan dgn air.apa maksud dia?tk2010-03-15 5:02 PM

Rezki

taktahu Salam.Ust,boleh ke solat sambil duduk semasa mngandung sbb sakit urat & tak larat? Kalu tak blh, kena qadha semula ke?2010-03-15 4:59 PM

kalau sakit, boleh

Guest apakah hukum menggunakan penyapu bulu ayam2010-03-16 7:36 AM

Boleh

hafifi and apkh hukum wanita mmkai mnyak wangi untk gi krje??2010-03-16 7:03 AM

kena jaga, jangan sampai menarik perhatian, boleh jatuh haram

hafifi assalamualaikum.. ustaz...bleh brikan tip2 untk mnghafal al-quran2010-03-16 7:03 AM

Ulang dan ulang

lan salam ustaz..sahkan wudhu yg. diambil ketika berbogel, contohnya lepas mandi terus berwudhu?2010-03-16 5:07 AM

Sah

Wallahualam bis Sawab

Semoga menepati kehendak soalan

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Madinah Munawwarah

Hotel Wasil Arim

9 Rabiul Akhir 1431/ 25 Mac 2010 jam 11 malam

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz, Keraguan tentang Gaji.

saya baru mendapat kerja mengajar part time yang di bayar gaji RM100/jam atau seminggu RM600 (6 jam). pada 3 minggu awal Januari saya hanya bekerja untuk 6 jam seminggu tetapi pada minggu ke 4 Januari, jumlah jam keje saya menjadi 8 jam seminggu atau RM800. ini adalah kerana bilangan pelajar yang melebihi kuota satu kelas, jadi kelas itu mesti dibahagi dua dan saya dapat lagi satu kelas (2 jam). untuk gaji, bos saya suruh claim mula pada awal Januari 8 jam seminggu bkn 6 jam seminggu tetapi saya hanya bekerja 8 jam seminggu pada minggu akhir Januari sahaja, bkn 4 minggu bulan Januari, maknanya ada RM600lah kalau saya claim untuk Januari *jam seminggu. gaji saya nanti maknanya RM600 tu saya bleh guna atau pun x, kalau x bleh ape nak buat dengan duit tu, mohon petunjuk Ustaz, saya x mau darah daging saya bercampur dengan bemda2 haram dan syubhah, mohon penjalasan, jazalAllah. Assalamualaikum.

En Ahmad said...

wow...ngaja kat mana part time tu, ade kosong tak??...

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz.

boleh uztaz tolong post blog untuk doa-doa yang ustaz bace pada slot terakhir setiap rancangan tanyalah ustaz. saya telah cuba mencari di link yang diberikan oleh seorang pelawat blog ustaz, tetapi saya tidak dapat menjumpai doa-doa dari ustaz daripada link tersebut.

Terima Kasih..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...