Tuesday, March 16, 2010

Sekilas 34 – Benarkah Umur Aisyah r.a Masih Kanak-Kanak Ketika Bernikah Dengan Nabi?

Saya ingin mengulas mengenai pernikahan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas.

Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana orang ini ingin mengikut sunah Nabi yang mengatakan Nabi menikahi Aisyah pada umur kanak-kanak.

Ketika saya belajar di Pakistan lagi, saya telah mengikuti perbahasan mengenai umur Aisyah ini. Berada di Mesir membuatkan saya lebih banyak membaca mengenainya walaupun bidang pengajian saya adalah Syariah.

Rupanya, telah banyak tulisan yang membicarakan mengenainya. Di bawah adalah di antaranya dan kita juga boleh merujuk kepada tulisan yang saya link kan dibawah sebagai bahan bacaan tambahan. Semoga memberi manfaat pada kita semua.

Beberapa fakta ringkas boleh dikongsikan di sini.

Sebenarnya, riwayat yang menerangkan mengenai pernikahan Aisyah dengan Rasullullah hanya bersumber pada satu-satunya perawi iaitu Hisyam bin 'Urwah.

Hisyam telah mendengar dari ayahnya dan dialah satu-satunya perawi yang pernah menyuarakan tentang umur pernikahan 'Aisyah r.a

Hadis ini mula diutarakan Hisyam ketika beliau mula bermukim di iraq ketika umurnya 71 tahun.

Mengenai Hisyam ini, Ya'qub bin Syaibah berkata: "Apa yang dituturkan oleh Hisyam sangat terpercaya, kecuali yang disebutkannya tatkala ia sudah pindah ke Iraq."

Syaibah menambahkan, bahwa Malik bin Anas menolak penuturan Hisyam yang dilaporkan oleh penduduk Iraq. (Ibn Hajar Al-Asqalani, Tahzib al-Tahzib. Dar Ihya al-Turats al-Islami, Jilid II, hal. 50)

Di sebut pula dalam buku tentang kehidupan para perawi Hadits, ketika Hisyam berusia, ingatannya sangat menurun (Al-Maktabah Al-Athriyah, Jilid 4, hal. 301). Kesannya, riwayat umur pernikahan Aisyah yang bersumber dari Hisyam ibn 'Urwah, tertolak.

Seterusnya, Menurut Al-Thabari, keempat-empat anak Sayidina Abu Bakar ra. telah dilahirkan pada zaman Jahiliyah.

Mari kita lihat rentetan sejarah di bawah:-

Sebelum tahun 610 M : Zaman Jahiliyah


Tahun 610 M : Permulaan Wahyu turun
Tahun 610 M : Islamnya Sahabat-Sahabat Terawal termasuk Saidina Abu Bakar r.a.

Tahun 613 M : Dakwah Nabi secara terang-terangan
Tahun 615 M : Hijrah pertama Umat Islam ke Habsyah

Tahun 620 M : Aisyah r.a dinikahkan
Tahun 622 M : Hijrah ke Madinah
Tahun 623/624 M : Aisyah tinggal bersama Nabi sebagai suami isteri

Jika 'Aisyah dinikahkan ketika umurnya umur 6 tahun, ia bermakna 'Aisyah telah lahir pada tahun 613 M. Ia bertentangan dengan Al-Thabari yang menyatakan bahawa keempat-empat anak Abu Bakar ra. lahir pada zaman Jahiliyah, yaitu sebelum tahun 610.

Selain dari itu, beza umur Aisyah dan kakanya Asma adalah 10 tahun (At-Thabari, Tarikh Al-Mamluk, Jilid 4, hal. 50).

Ibu Hajar pula menyatakan bahawa Asma meninggal pada tahun 73 atau 74 Hijriyah ketika berumur 100 tahun (Al-Asqalani, Taqrib al-Tahzib, hal. 654).

Ini bermakna ketika hijrah, umur Asma’ ialah 27 atau 28 tahun. Dan Ini bermakna umur Aisyah pada peristiwa hijrah ialah 17-18 tahun. Ini juga bermakna, Rasullullah mula tinggal serumah dengan Aisyah sebagai suami isteri pada umur 19-20 tahun.

Untuk bacaan lanjut, para pembaca bolehlah merujuk kepada

http://images.emjayjb.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RWRJPQoKCk0AAG8FDBM1/umur_aisyah.zip?nmid=15190457

attachment di atas adalah tulisan yang dibuat oleh al-Marhum al-Allamah Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi

Tulisan asal adalah di dalam bahasa Urdu. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang berusaha menterjemahkannya. Semoga kalian dirahmati Allah.

Semoga kajian di atas memberikan sedikit tambahan ilmu buat kita agar kita lebih menghampiri apa yang dibuat oleh Nabi berdasarkan ilmu dan iman, bukan tafsiran tanpa kajian.

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

30 Rabiul Awal 1431/ 16 Mac 2010 jam 12.50 tengah malam.

6 comments:

Affan Ruslan said...

Salam Ustaz. Jzzk atas pos ini.
Boleh saya tahu siapakah yang telah mentranslatekn artikel hujah2 berkaitan umur Saiditina Aisyah itu?
Saya bercadang ingin membuat entry berkaitan hal ini, tetapi saya ingin memberi kredit kepada pemilik asal yg telah mentranslateknnya.

Syurga fakir dunia said...

Salam.Jazakallah ustaz. Tenang hati saya baca entry ni sebab banyak sangat yang memperkatakan tentang beza umur ini.Boleh la saya quote ye!

Izan Ibr said...

Assalamualaikum Ustaz Amin..Saya meminta izin drp Ustaz utk berkongsi ilmu ustaz dengan rakan-rakan yang lain..Saya akan meletakkan pautan ke blog ustaz..Syukran ya ustaz..Semoga dirahmati Allah SWT..

Muhammad said...

Pengajian Kitab Bersama Syeikh Fahmi : http://wp.me/piAx4-3y1

Majalah Al Kisah terkini : http://wp.me/piAx4-3zf

Dapatkan Kitab Habaib Terkini : http://kitabhabib.blogspot.com/

Berkat Majlis Mawlid : http://wp.me/piAx4-3ya

Mendapat Hidayah Allah di Majlis Habib Munzir : http://wp.me/piAx4-3vR

Anonymous said...

artikel anda ini sudah dibatah oleh
Ayman Bind Khalid(muslim Arab)
http://islamsejarah.wordpress.com/2011/07/08/muslim-bantah-shavanas-ttg-usia-aisyaaisha/

Pahrtikai said...

Kandahlawi...keluarga ulama hadis India. Salah seorang kaum kerabat mereka adalah pengarang kitab Fadhail Amal atau lebih dikenali kat mesia ni sebagai 'kitab tabligh'.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...