Wednesday, March 10, 2010

al-Ijabah 52 –Kisah Sekeping Tanah

IMG_1434

Selasa, 9 Mac 2010 jam 9.30 pagi, hari ini, rombongan dari Yayasan al-Ijabah bersama Tan Sri Abdul Aziz, dan Dato’ Zaman Khan melawat tanah kompleks Yayasan al-Ijabah di Kampung Kuala Sungai Bharu Puchong.

Tanah seluas dua ekar berharga 500 ribu ini, Alhmadulillah telah selesai dibayar pada Ramadhan tahun lepas.

IMG_1422

Saya ingin cerita kisah mengenai tanah yang bakal dibangunkan kompleks Yayasan al-Ijabah ini.

Tiga tahun lepas, ketika anak-anak yatim dan tahfiz kita semakin ramai, maka gagasan membangunkan kompleks Yayasan al-Ijabah mula dicetuskan.

Tanah pertama yang kita cari ialah di Kampung Tengah Puchong. Waktu itu, ada dua bidang tanah seluas 1 ekar dan suku ekar yang bersebelahan bersetuju untuk dijual.

Kita mula mengusahakan untuk membayar suku ekar dengan akad harga yang dipersetujui. Setelah urusan suku ekar ini selesai, tiba-tiba tanah satu ekar yang dijanjikan untuk dijual, tidak jadi dijual.

“Ya Allah, suku ekar nak buat kompleks apa?” bisik hati saya.

Peristiwa ini berlaku Mei 2007. Dengan berat saya menerima berita yang disampaikan pada saya itu.

Kebetulan pada waktu itu, saya sedang bersiap untuk pergi ke Maghribi untuk beberapa urusan.

P6050048

(Kenangan Di Rabat Maghribi)

Kesempatan di Maghribi memberi peluang kepada saya untuk menziarahi beberapa orang-orang Alim dan tuan-tuan guru di sana.

Setiap kali menziarahi mereka, saya memohon agar mereka juga mendoakan agar cita-cita mendirikan kompleks ini dibantu Allah.

Hingga, seorang Alim di Fes mendoakan saya:-

“InsyaAllah, kamu balik, kamu akan mendapat tanah yang kamu hajati dan saya doakan, kamu berjaya membangunkannya”

Apa yang mampu saya jawab ketika itu hanyalah:-

“Syeikh, terima kasih, semoga Allah memberkati tuan dan kita semua, insyaAllah bertemu lagi, semoga, jika tidak di dunia ini, mudahan bertemu di syurga”

“Amin” kami semua mengaminkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(Ziarah ke Darul Quran Rabat)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(Majlis bersama Ustaz Furaisi di Rabat)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(Selepas majlis, beberapa muslimah Maghribi menemui saya bertanyakan mengenai muslim di Malaysia)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(Bersama sahabat dari Jamiyyah al-Amal al-Ijtimaie wa as-Tsaqafi, Fes, Maghribi)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(Bersama majlis zikir di Meknes)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

(bersama pelajar Malaysia di Rabat, Maghribi)

Jejak sahaja kaki saya ke bumi Malaysia, sahabat saya, Ustaz Yazid menghubungi saya.

“Ustaz, Alhamdulillah, saya dapat berita ada tanah dua ekar nak dijual, nanti kita jumpa ustaz, bincangkan dengan tuan tanah ini” katanya.

“InsyaAllah- insyaAllah” jawab saya yang masih mamai-mamai lagi keletihan.

Seminggu selepas itu, Alhamdulillah, perbincangan dapat di buat dan hasil dari itu, seorang kakak telah bermurah hati meminjamkan saya wangnya untuk memberikan deposit bagi tanah ini.

Selama dua tahun berusaha membayarnya, Alhamdulillah, pada Ramadhan tahun 1430 H lepas, Allah telah izinkan untuk tanah berharga 500 ribu ini dibayar.

Saya berterima kasih kepada semua sahabat-sahabat, anak-anak murid dan mana-mana individu yang bersama-sama mengusahakan tanah ini. Semoga menjadi sedekah jariah yang terus mengalir pahalanya walaupun kita telah tiada nanti.

Tahun 2010, bermula dengan usaha sekeping tanah, kita dan Yayasan al-Ijabah akan berusaha pula membangunkan kompleks ini.

Hari ini, tanah ini mula ditambak. Sebahagiannya kita peruntukkan untuk membangunkan rumah perlindungan HIV Darul Ukhwah.

Perkembangan rumah HIV lagi laju. Ia telah mula dibina.

Semoga ia terus dibantu oleh Allah, amin…

IMG_1545

(Pekerja di rumah tapak pembinaan rumah HIV)

 

“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

24 Rabiul Awal 1431/ 10 Mac 2010 jam 4.10 petang

1 comment:

..nOWa.. said...

insyaallah ustaz, saya doakan semoga usaha ini berjaya dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...