Sabtu 27 Febuari 2010, saya memenuhi jemputan ceramah Maulid al-Rasul di Masjid Jamik Bandar Baru Uda.
Majlis bermula jam 9.30 malam.
Saya bertolak dari Kuala Lumpur sejak jam 11.00 pagi lagi tetapi singgah di Melaka untuk beberapa urusan.
Team audio visual ceramah saya langsung ke Johor. Biasanya, jika ceramah di masjid-masjid besar, saya akan membawa sound system sendiri. Ini kerana, jika masjid besar, kadang-kala, suara kurang jelas di dalam.
Ceramah mengenai perjalanan hidup nabi dari lahir hingga kepada kewafatannya dihabiskan dalam dua jam bersama sulaman visual kisah-kisah nabi dari filem Arab.
Tamat ceramah malam ini, saya diajak makan di restoran di sebelah masjid. Malam ini, saya tidur di di Puteri Pacific Johor Bharu yang disediakan oleh pihak masjid.
Apa yang paling menyeronokkan di akhir ceramah, kami semua bersama-sama membacakan selawat ke atas Nabi.
Selawat merupakan satu-satunya amalan yang Allah dan para Malaikat juga berselawat dan Allah memerintahkan untuk semua orang yang beriman berselawat ke atas Nabi.
Semoga laungan selawat malam ini menunjang ke hati untuk terus merasakan kecintaan pada Nabi saw.
Terima kasih warga Johor dan insyaAllah bertemu lagi.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 Rabiul Awal 1431/ 3 Mac 2010
No comments:
Post a Comment