“Grek-grek-grek”, sehelai fax keluar dari mesin fax di ofis saya.
Ia dibawa kepada saya.
Ketika itu 3 Mac, saya sedang bersiap untuk menghadiri mesyuarat di Maahad Sains al-Quran al-Amin. Mesyuarat akan berlangsung jam 11.00 pagi.
Agak lama tidak mempengerusikan mesyuarat di Maahad Sains al-Quran al-Amin. Ini kerana, kesuntukan masa yang ada pada saya..
Saya membelek fax ini.
Confirm, mesyuarat dengan Dr. Rohaya, Ketua Penolong Pengarah Unit Aids hari Jumaat 5 Mac 2010, jam 10.00 pagi di pejabatnya di pejabatnya di Kuantan. Ia bagi membincangkan kerjasama mengenai rumah AIDS di Pahang.
Jumaat 5 Mac 2010, jam 6.30 pagi, saya bertolak dari Putra Heights ke Kuantan. Merentasi jalan di Gombak waktu bekerja seperti hari ini, memang agak jem.
Masuk sahaja lebuhraya Pantai Timur, jalan sudah agak lega. Walaupun jam hampir menunjukkan pukul 9 pagi, tapi disebahagian jalan, ia masih dilitupi kabus.
Saya sampai di Kuantan jam 9.30 pagi. Bersarapan di Kuantan dan terus ke Kementerian Kesihatan Negeri di bangunan KWSP Kuantan.
Hadir dalam mesyuarat ialah Haji Hashim dari DIC Pahang (rumah HIV di Pahang).
Dr. Rohaya membuka mesyuarat.
Pertemuan dengan Dr. Rohaya sebenarnya atas tujuan kerjasama antara Rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah dengan Kementerian Kesihatan di Pahang.
Sebenarnya terdapat banyak permintaan untuk menubuhkan Darul Ukhwah cawangan Pahang. Kami yang agak baru dalam bidang ini sebenarnya memerlukan banyak sokongan untuk itu.
“Keperluan di Pahang sekarang banyak, jadi kami memang mencari peluang bekerjasama dengan mana-mana pihak di dalam bidang HIV ini” kata Dr. Rohaya.
Sebenarnya, hati kecil saya agak gementar juga. Ini kerana, kita masih terlalu baru untuk pergi sejauh ini.
“Tapi tak apa, insyaAllah, saya akan berusaha untuk membantu merealisasikan perkara ini” kata Dr. Rohaya
“sebenarnya ustaz, tak ramai orang yang nak buat perkara seperti ini hingga para ustaz sendiri, dia orang pun geli melihat orang HIV ini” Dr. Rohaya menambah.
“Di peringkat awal memang macam tulah Doktor, saya sendiri pun begitu. Tetapi setelah memahami keperluan ini, saya rasa sudah menjadi fardu ain bagi kita untuk membuat rumah perlindungan HIV ini” kata saya.
“Baiklah, ustaz, bagi saya sebulan dari sekarang, saya akan siapkan kertas kerja yang sepatutnya, untuk tahun ini, kita target benda ini” kata Dr. Rohaya.
“InsyaAllah” kata saya.
Meyuarat habis jam 12.15 tengah hari, saya terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur kerana malam ini terdapat program seterusnya.
Di hati kecil ini sangat bersyukur kerana rupanya di dalam apa juga program amal, sesungguhnya, kita tidak keseorangan.
“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
20 Rabiul Awal 1431/ 6 Mac, 2010 jam 12.45 tengah malam
Mesyuarat di MASAA Bandar Baru Sunway
Bersama para guru di MASAA
Perjalanan ke Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Kami sampai jam 10.00 pagi
Ia dihadiri juga oleh Haji Hashim kanan gambar di sebelah saya
Dr. Rohaya yang memberi sokongan kepada usaha ini.
InsyaAllah, jika diizinkan Allah, Darul Ukhwah akan berada di Pahang
Kenangan selepas mesyuarat
Berpisah dengan Haji Hashim
No comments:
Post a Comment