Wednesday, March 17, 2010

Universiti Kehidupan 145 – Kisah Penjual Jambu

“Assalamualaikum ustaz, nak jumpa boleh tak?” telah beberapa kali seorang kakak menghubungi saya.

Saya memang jarang memberikan nombor peribadi saya kepada orang lain.

“Dari mana dia tahu nombor ni” bisik hati saya.

“Saya berada tak jauh dari pejabat ustaz sebenarnya” dia menerangkan.

“Ooo, patut pun tahu” bisik hati saya.

“InsyaAllah, pukul 12 kak datang kat ofis saya ye” kata saya.

Jam 12 tengah hari, 3 Mac 2010, seorang kakak bersama suaminya sedang menunggu saya.

“Sila kak, abang, sila masuk” jemput saya.

“Apa cerita kak? tanya saya.

“Gini ustaz” kakak ini memulakan ceritanya.

“Pertama saya nak masukkan anak saya ke sekolah tahfiz, apa pandangan ustaz?” tanya kakak ini.

“Menarik dan sangat bagus, cuma ada beberapa syarat” kata saya.

“Jika akak dan abang nak masukkan anak ke sekolah tahfiz, kena pastikan anak tu lancar baca al-Quran. Yang kedua budak tu sendiri kena minat. Jadi sebelum datang temuduga, akak pastikan, kena  selalu berbual dengan anak akak pasal al-Quran, biar anak itu minat” kata saya.

“Ye, ye, saya akan cuba ustaz” kata kakak ini penuh minat.

“Lagi satu ustaz….” Kakak ini terhenti sambil membuka beg tangannya.

“Saya ni jual jambu dekat depan ni, Alhamdulillah adalah sikit untung, nak sedekahlah sikit dekat anak-anak yatim ustaz, boleh jugalah niatkan zakat” katanya.

Saya memandang pasangan suami isteri di hadapan saya ini. Saya mengukirkan senyuman, terharu saya.

Terharu kerana dua perkara…

Pertama, walaupun sepasang suami isteri orang biasa, tetapi hati tu, tetap nak anak ini menjadi anak yang baik, soleh dan beragama. Hati ada cita-cita nak anak menjadi tahfiz. Semoga Allah mengabulkannya.

Kedua, walaupun hanya menjual jambu dan air, tapi hati itu tetapi nak fikir mengenai derma anak yatim, masih ingat untuk menunaikan zakat. Walaupun bilangannya tidak banyak, tapi rasa tanggung jawab itu yang penting.

Sebab itu, kalau saya membeli barang di kedai orang Islam, kalau mahal sikit pun tak apa, jika masih di dalam ruangan munasabah dan kemampuan, saya akan membeli.

Orang Islam kalau untung, masih ingat nak membayar zakat, bersedekah dan memberi pada orang yang memerlukan.

Kami berpisah dengan ucapan salam.

Saya memerhati pasangan ini keluar.

“Semoga Allah terus memurahkan rezki kamu dan keluargamu” doa saya untuk pasangan ini.

Beginilah, orang yang hatinya nakkan agama, pasti akan mengamalkan agama walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Tapi kalau orang yang tidak ada niat nak mengamalkan agama, sekalipun bergelar jutawan, tetapi tidak akan mengendahkan fakir dan miskin.

Kadang kala, seringgit yang kita berikan pada masjid dan surau terlalu mahal rasanya dibandingkan dengan pembelian baju, beg tangan, dan aksesori badan yang ratusan, malahan ribuan harganya.

Tapi orang yang telah Allah rezkikan hatinya untuk agama, lain pandangannya. Dia akan mendahulukan agama. 

Rasa untuk mengamalkan agama inilah yang kita minta, agar Allah rezkikan pada kita, kerana ia merupakan sebuah anugerah yang tidak semua orang miliki.

Semoga Allah mengurniakan saya dan pembaca sekalian perkara ini, hidup kita dengan semangat beragama dan mati kita di dalam istiqamah mengamalkan agama, amin….

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

1 Rabiul Akhir 1431/ 17 Mac 2010

IMG_3009

Penjual jambu dan air di hadapan pejabat saya, siapa sangka, ingatnya pada agama lebih hebat dari sesetengah orang yang lebih senang darinya….

5 comments:

Hunny said...

Salam Ustaz,

Entry yang sangat-sangat terkesan di hati...

Citra Delima said...

Salam Ustaz,
Bukan semua orang Allah memberi pentujuk, itulah kelebihan walaupun tak seberapa senang, tapi hatinya ikhlas.

mirza said...

Salam Ustaz,
Minta kebenaran copy yer..utk
diforward buat kawan2 di luar sana.

WAK said...

salam ustaz.

Di doakan semoga sentiasa mendapat Rahmat dan Petunjuk dariNya dalam apa jua hal.

Mohon 'cedok' beberapa ayat ustaz dalam en3 kali ini untuk di 'paste' di sini :
http://whitewakgreen.blogspot.com/2010/03/kompilsi.html

Jazakallah.

haticantik said...

salam...

ruangan yang banyak memberi kesan di dalam hati..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...