Sunday, March 14, 2010

Diari 180 – Di sebalik Tabir Tanyalah Ustaz TV9 (Membina Kesatuan Ummah)

Alhamdulillah, hari ini sempurna telah 3 hari bersiaran di dalam program “Tanyalah Ustaz” di TV9 di dalam tajuk “Membina Kesatuan Ummah”.

Secara peribadi, program “Tanyalah Ustaz” ini merupakan satu program yang mencabar di bandingkan dengan program lain.

Jika program Halaqah, kita ada kawan ahli panel, begitu juga program al-Kuliyyah. Jadi waktu kita berceramah itu tidaklah panjang.

Tapi, program Tanyalah Ustaz ini, semuanya atas seseorang ahli panel itu. Persediaan untuk bersiaran perlulah dibuat dengan baik.

Selain dari itu, soalan yang diajukan adalah secara langsung dari penonton. Kita tidak akan tahu, apakah soalan yang akan diajukan kepada kita, dari sudut mana dan bagaimana pertanyaannya. Yang menontont pula dari berbagai golongan. Ada orang yang lebih berilmu dari kita.

Bagi saya pula, jika terlibat dengan program “Tanyalah Ustaz”, waktu malam, tidak dapat tidur dengan lena. Setiap jam akan terjaga. Walaupun telah biasa untuk bangun awal, tetapi dari sudut psikologinya, kita akan terjaga jam demi jam kerana takut terlepas.

Memang pernah ada di antara rakan ahli panel yang agak terlewat kerana faktor ini.

Tajuk kali ini ialah “Membina Kesatuan Ummah”. Ia lebih umum tetapi saya rasa ia satu tajuk yang perlu dibahaskan kerana sekarang telah terlalu banyak perpecahan berlaku.

Pada awalnya, penerbit meminta saya membawa tajuk mengenai kekeluargaan Islam. Saya yang mencadangkan tajuk ini kepada beliau.

Pada saya, ia perlu disampaikan. Kalau tak sampaikan, siapa lagi yang nak sampaikan.Terlalu banyak perpecahan yang berlaku sekarang. Paling kurang, kalau tak boleh bersatu di dalam semua perkara, bersatulah pada perkara yang boleh bersatu.

Jangan sampai, terlalu berpecah, hingga tak ada satu pun yang dapat diusahakan bersama-sama untuk kebaikan orang Islam. Jangan sampai terlalu berselisih hingga orang Islam mati di dalam gereja pun tidak ada usaha untuk mengeluarkannya.

Setelah ditimbangkan, maka penerbit memberikan laluan bagi tajuk ini.

Ada penonton yang bertanya tetapi soalan tidak sempat dilepaskan:-

“Macam mana nak bersatu, ulama sendiri pun berpecah”

Pada saya mereka ada pandangan mereka di dalam satu hal, tetapi saya percaya, mereka tetap bersama di dalam hal-hal yang lain.

Oleh kerana kita membaca dari satu sumber iaitu akhbar sahaja, maka kita nampak seolah-oleh mereka langsung tidak ada kesamaan. Saya yakin, banyak hal mereka bersama, Cuma beberapa hal, mungkin ada pandangan mereka masing-masing.

Kita bersatulah di dalam perkara yang boleh bersatu dan berlapang dadalah di dalam perkara khilaf.

Dan model untuk bersatu bukanlah melihat kepada manusia, tetapi lihatlah kepada apa yang Allah ajarkan kepada kita.

Jika kita mempunyai sesuatu pandangan terhadap sesuatu, dan kita yakin ia benar, teruskanlah. Tetapi tetap kita kena sentiasa memohon agar Allah membimbing dan hidayahkan kita.

Ini kerana, kesilapan itu ada banyak, ada yang nampak dan ada yang tersembunyi. Mungkin kita benar kala ini, tapi mungkin pandangan kita itu salah dari sudut yang lain.

Kemudian, jika perkara yang boleh kita berlapang dada, kita binalah ukhwah. Yang tidak boleh, nak buat macam mana. Dah tak boleh….

Ada yang berkata:-

“Siapa kita nak satukan orang?”

Kita bukan nak satukan orang dan kita tidak mampu, Ini kerana, yang ada kuasa untuk satukan hati adalah Allah.

Kita hanyalah menyampaikan agar manusia bersatu. Kerana Allah jugalah yang menyuruh untuk kita saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kesabaran.

Jika mereka tak mahu, itu hal mereka masing-masing, tapi kita telah berusaha untuk sampaikan.

Ada yang bertanya:-

“Siapa nak mulakan, dari mana nak bermula?”

Ia perlu bermula dari diri kita. Biarkan pun kita keseorangan di dalam seruan ini, kita tetap akan sampaikannya.

Jika tidak ada kesan di dalam masa kita hidup sekalipun, kita harapakan ajakan ini akan disambut oleh anak cucu kita. Tidak di zaman kita orang Islam akan bersatu sekalipun, kita harapkan zaman anak cucu kita nanti.

Tapi seruan ke arah itu perlulah dimulakan.

Bersatulah di dalam perkara yang kita dapat bersatu dan berlapang dadalah di dalam perkara khilaf. Kalau memang dah tak boleh, bertegaslah, tapi tetap kita harapkan agar Allah bimbing kita.

Hari ini, persatuan, masjid, keluarga, parti dan sebagainya hanyalah wadah untuk kita mendapatkan keredhaan Allah. Ia sebagai ladang amalan untuk mendapat cinta Allah.

Kita mati, kita tak bawa persatuan masuk ke kubur, kita hanyalah membawa amalan kita. Amat malang orang yang mati, lupa untuk membuat pahala dari apa yang dia lakukan.

Marilah, binalah kesatuan pada hal-hal yang boleh kita bersatu….

Marilah…

“Bersatu kita berbakti, berbakti untuk keredhaan. Berpadu kita berbudi, berbudi untuk kesejahteraan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

28 Rabiul Awal 1431/14 Mac 2010 jam 10.30 pagi

IMG_2700

Hari akhir di dalam Tanyalah Ustaz kali ini

IMG_2705

Persediaan sebelum siaran

IMG_2708

Persediaan sebelum siaran, bersama sahabat Penerbit, Kak Sham, pembantu penerbit, En. Nasran dan semua krew hari ini

IMG_2718

Soalan e-mail

IMG_2724

Semoga Allah satukan hati-hati kita

IMG_2727

Santai sarapan selepas program

IMG_2750

Melawat tapak Halaqah yang akan bersiaran malam ini.

9 comments:

Citra Delima said...

Salam Ustaz,
Shabas!ustaz dapat mengadalikan siri ini dengan sempurna. Yang pentingnya untuk mengamalkannya adalah sukar. Harap dengan doa ustaz diakhir siri akan membuka jalan pada hati-hati yang mengaminkannya. Itu pun berapa orang yang mengaminkan doa ustaz. AMIN...

ayie_hangtuah said...

Salam Ustaz,

Saya tertarik dengan doa Ustaz di akhir siri tersebut. Boleh tak Ustaz masukkan teksnya ke dlm blog ini. Jazakallah.

Wan.

fadiah said...

Salam ustaz,

saya cuma dapat menonton ustaz pada hari sabtu dan ahad sahaja. Ulasan yang menarik. Alhamdulillah.

Saya dapati doa ustaz di akhir rancangan amat menyentuh hati saya.
Saya berminat untuk jadikan doa tersebut sebagai doa harian saya.
Boleh ustaz berikan doa tersebut.

JZKK

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Saya bersetuju dengan ustaz yang sebenarnya kita tiada apa-apa keupayaan hatta untuk menarik satu nafas pun tanpa keizinan allah. Tapi apa yang berlaku ialah kita terlalu yakin sehingga perkara-perkara besar seperti kesatuan ummah dan sistem bernegara menjadi mainan dan ucapan-ucapan sinis dibibir.Mungkin kita terlupa bahawa setiap perkara kecil dan besar adalah ketentuannya. Juga apa yang berlaku pada hari ini adalah satu hikmah untuk kita merenung kembali kesilapan kita yang mungkin menisbahkahkan kekalutan ummah kini.
Taniah diatas keberterusan didalam usaha-usaha dakwah.

farah said...

ustaz,betulke masa rasullah mnerima wahyu pertamanya di gua hirak,baginda brda dlm kadaan buta?

Anonymous said...

salam ustaz,suami saya selalu membeli nombor ekor,tapi saya agak kecewa kerana dia tak dengar bila saya menegur nya.kami sering brgaduh.saya selalu tidor brasingan dngan nya.adakah saya brdosa kerana berbuat begitu.harap ustaz dpt jelaskan.

dilah0103 said...

salam ustaz sy nk tnya...apa cara atau cadangan untuk penambahbaikan penulisan hadis....?

Anonymous said...

salam ustaz sy nk tnya...apa cara atau cadangan untuk penambahbaikan penulisan hadis....?

Unknown said...

Salam ....Ustaz....sye nak tnya apa hukum andai majikan tidak membayar duit tunggakan gaji kepada orang tu..duit yg seharusnya di byar kepada perkeja..dah majikan tu tidak memberi jawapan apa pn tentang duit yg harus dia kena bayar..terimakasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...