Friday, March 12, 2010

Diari 179 – Jumaat Dalam Kenangan

Khamis malam, 11 Mac 2010, seperti biasa, agak lambat saya berehat kerana membuat persediaan bagi program Tanyalah Ustaz.

Tajuk kali ini ialah Membina Kesatuan Ummah. Tajuk kali ini lebih umum tetapi saya rasa ia sangat penting.

Jam 5.30 pagi, sudah bersiap untuk ke Sri Pentas.

Program bermula jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Alhamdulillah, ia dapat disempurnakan dengan baik.

Tamat tanyalah ustaz, sempat berbual dengan beberapa orang sahabat dari Media Prima bagi program HIV yang boleh dilaksanakan bersama.

Semoga usaha menjaga dan membela golongan yang dilupakan ini terus dapat dibahu bersama dengan masyarakat. Yang paling penting ialah, satu program kesedaran wajar di wujudkan bagi membuang stigma masyarakat pada golongan ini.

Jam 9.00 pagi, saya terus ke Shah Alam untuk berprogram bersama muslimah Seksyen 9 Shah Alam.

Tamat jam 10.30 pagi saya bergegas ke pejabat saya di Shah Alam kerana mempunyai temujanji dengan Majalah Anis.

Mereka meminta saya berkongsi pandangan mengenai kekeluargaan terutamanya peranan isteri dan seorang ibu.

Selepas itu saya bergegas ke MAASA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) untuk mesyuarat ringkas dengan pentadbir bagi membincangkan keberangkatan 10 anak-anak Yaitm yang ingin dibawa ke Mekah minggu hadapan. Alhamdulillah, visa telah keluar hari ini dan persediaan akhir sedang dibuat.

Solat jumaat di Masjid Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan saya terus menghadiri mesyuarat pembangunan kompleks Yayasan al-Ijabah di Bukit Bandaraya, Bangsar.

Tamat mesyuarat jam 6.00 petang, saya terus ke Kota Damasara untuk bertemu dengan sahabat saya Hussain dari Layar Consult untuk berbincang beberapa perkara.

Jam 10.30 malam ini, saya dikunjungi tetamu untuk beberapa hal. Alhamdulillah, kesempatan yang ada dapat membuat sedikit persediaan.

Bantulah segala urusan ya Allah, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights 12 Mac 2010 jam 11.40 malam

IMG_2618

Pagi di Sri Pentas

IMG_2634

tajuk perbincangan hari ini ialah “Membina Kesatuan Ummat”

IMG_2641

Tamat berprogram, bersarapan sambil membicangkan program untuk HIV

IMG_2648

Semoga usaha dipermudahkan Allah

IMG_2661

Bersama majalah ANIS dalam isu kekeluargaan

IMG_2662

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum . mohon tanya . saya mempunyai gg y agak kecik di hadapan . namun gg tersebut tiada masalah . tak rosak , cuma agak kecik menyebabkan saya berasa segan untuk berhadapan dengan orang ramai. apakah hukum nya jia saya mebuat gigi plasu secara kekal ? adakah tergolong dalam mengubah ciptaan Allah ?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...