Tuesday, March 2, 2010

Diari 170 – “Jika Masing-Masing Ikhlas Dan Tidak Ada Kepentinga, Akhirnya Bersatu Kembali”

Minggu lepas, saya ada menulis sedikit peristiwa yang saya lalui bersama seorang pegawai di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sayangnya, entri itu dipostkan dari Korea dan saya tidak dapat berbuat apa-apa dari sana sekalipun komen di entri ini berbagai bentuknya.

Saya juga tidak menjangka entri ini hingga sampai ke pengetahuan Ybhg. Dato’ Setia Mohamad Adzib, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

sila rujuk http://nurhanisalwa.blogspot.com/2010/02/diari-8-to-12.html )

Saya kembali ke tanahair pada hari jumaat petang dan terus sibuk dengan majlis sambutan Maulidur Rasul diberbagai tempat, pagi di Selangor, petang di Johor, esoknya di Selangor kembali.

Hari ini, Isnin 1 Mac 2010, barulah ada kelapangan dan saya telah membuat temujanji dengan ketua bahagian pegawai tersebut.

“Ok, ustaz, pukul 3.30 ketua bahagian itu tunggu, jangan lambat tau” kata Nurhani Salwa yang membantu membuat temujanji ini.

Abang Azizi( Timbalan Pengerusi al-Ijabah), anak buah saya, Samsul dan Nurhani berada sekali di dalam mesyuarat petang ini.

Jam 3.30 petang, saya telah berada di LZS, bertemu dengan ketua bahagian pegawai ini.

“Apa cerita ustaz? Perkara ini, memang satu perkara yang paling saya risau berlaku di bahagian saya” kata ketua bahagian ini.

“tak apalah, kita baikilah sama-sama” jawab saya ringkas.

“Ustaz, nak ke saya jumpakan dengan pegawai ini sekali”

“Boleh, tak ada masalah, lagi bagus” jawab saya

“Tapi, abang Azizi dan Samsul tak payah adalah, takut nanti segan pula pegawai tu”

“Tak apa-tak apa, kami tunggu kat luar” kata Abang Azizi.

Ketua bahagian ini kemudian mengangkat telifon bimbitnya dan berkata,

“Hello boleh tak panggilkan………..”

Tak lama lepas itu, pegawai ini masuk.

“Haa, kalau senyum macam ni kan bagus” kata Nurhani ketika melihat pegawai ini memasuki pintu bilik mesyuarat sambil tersenyum.

Saya bersalaman dengannya

“Saya memang minta maaflah” kata pegawai ini.

Kemudian, kami mula berbual dan perbualan kali ini sangat mesra. Saya cuba memahami, kenapa tempohari pegawai ini bersifat demikian.

Rupanya, beliau juga terlibat dengan pengurusan sebuah rumah anak yatim dan baru sahaja keluar dari pengurusan rumah itu dan sedang bersama dengan rumah anak yatim yang lain.

Pada pandangannya, rumah lama terdapat penyelewengan.

“Kalau ye pun tengah marah, janganlah sampai saya pula kena sembur aritu” kata saya berseloroh.

Kami semua tertawa kecil.

“Memang kebanyakkan rumah anak yatim macam tulah” katanya.

“Kalau macam tu, ustaz wajib kena siasat, jangan biarkan orang tu melakukan penyelewengan, kalau terbukti benar, maka kena ambil tindakan” kata saya.

“Tapi saya kesian kat budah-budak tu” jawabnya.

“Budak-budak tu insyaAllah ada pembela lain, tapi orang macam tu kena ambil tindakan” kata saya.

“Ustaz tak boleh syubhat membiarkan pengurusan yang salah” kata Ketua kepada pegawai ini kepadanya.

“Mmm, ye lah nanti”.

“Tapi macam mana ustaz jaga anak-anak yatim ustaz?” tanyanya pada saya.

“Anak yatim Ijabah kita tekankan pendidikan. Mereka semua menghafal al-Quran, saya tidak mengharapkan mereka hafiz, tetapi paling kurang, apabila mereka berpisah dengan kita, ada al-Quran di dada yang boleh menjaga mereka nanti, mereka juga kita jaga pencapaian akademinya” kata saya.

“Mmm, betulah ustaz, pendidikan pentinglah” kata pegawai ini.

“Lagi satu yang saya amalkan, bukan asli dari saya, tetapi dipesankan oleh Habib Umar bin Hafiz ketika saya menjadi tetamunya di Hadramaut dahulu” kata saya lagi.

“Apa dia” yang hadir berminat untuk tahu.

“Bacaan selawat, anak Ijabah, tak kira anak yatim atau pelajar tahfiz kita, setiap minggu akan ada majlis bacaan selawat,dan selawat yang biasanya kita baca adalah dari kitab ad-Dibaie, saya telah saksikan, dah lima tahun dah, kita jaga anak yatim, insyaAllah lembut hati mereka” tambah saya lagi.

“Boleh tak saya nak datang tengok” kata pegawai ini.

“Silakan, insyaAllah” jawab saya ringkas.

“Tapi peliklah, kenapa rumah anak yatim al-Ijabah tak daftar bawah kita ye?” tanya ketua pegawai ini.

Nurhani melihat saya, saya tersenyum sedikit.

“Sebenarnya, kita pernah berikan kertas kerja Ijabah untuk didaftarkan, tetapi kemudian hilang kertas kerja tu di satu bahagian di LZS ni, Hani sendiri yang berikan pada LZS pada ketika itu” terang saya.

“Tapi itu dulu, sekarang insyaAllah kalau bagi tak hilang” kata Nurhani sambil sedikit ketawa.

Setelah beberapa ketika, pegawai ini mula meminta diri.

Sebelum berpisah, kami bersalaman dan berpelukan

“Minta maaf syeikh kalau terasa” katanya pada saya.

Saya memeluk erat, terharu dan bangga saya dengan pegawai ini. Dan saya memang telah memaafkan.

Terharu kerana memang setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi kemampuan untuk memperbaiki diri, tidak semua orang ada. Lafaz maaf pegawai ini sangat ikhlas.

Bangga saya kerana itulah ukhwah Islamiah, jika setiap orang ikhlas dan tidak ada kepentingan, akhirnya akan bersatu kembali. Di dalam al-Quran, Allah sendiri menyatakan bahawa:-

Wahai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (surah an-Nisa ayat 59)

Saya, sidang pembaca dan semua orang ada kelemahan, sebaik-baik kita adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya.

Sesungguhnya, Allah tidak melihat di mana permulaan kita, tetapi Allah melihat di mana penghujung kita.

Dan jika penghujung kita adalah seorang hamba yang sentiasa memperbaiki diri, ia lebih baik dari sentiasa mempertahankan kelemahan dan keaiban diri tanpa membuat peningkatan.

Selepas pegawai ini keluar, ketua bahagian ini berkata kepada saya:-

“Memang kerja kat zakat ni stress sikit, ramai pegawai yang mula-mula masuk lembut aje, tapi lepas beberapa bulan jadi kasar” katanya.

“Ye, kita mungkin tidak faham kalau tak duduk di tempat diaorang, diaorang kadang kala jadi begitu sebab tiap-tiap hari jumpa berbagai jenis manusia” kata saya cuma memahami.

“Apa yang lepas, lepaslah” kata saya lagi.

Kami mula berpisah.

Saya terus mendoakan yang terbaik buat LZS, kerana ia salah satu institusi yang berperanan besar membantu orang fakir dan miskin di negeri Selangor ini.

Saya tahu, bahawa sahabat di sini telah berbuat sehabis baik usaha ini, peranan kita dari luar membantu untuk terus diperkasakan.

Semoga Allah terus bersama kita semua, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Mac 2010 jam 1.30 pagi

*** entri lepas

http://www.ustazamin.com/2010/02/diari-166-didiklah-diri-wahai-saudara.html

13 comments:

Shahabudeen Jalil said...

mana hantu-hantu anonymous ??? kenapa diam jer ??? Hantu 1.5 juta mana ???

MohdArshad said...

Salam...mabruk ustaz.

Anonymous said...

Aku pun hantu anonymous..hikk..hikkk

AKu 1 juta x main..5 juta ke atas je layan projek

bangga gak ngan ustaz yg sanggup ke institusi tersebut...

Anonymous said...

SJ cam baguih...
nak sambung lg ker...
aku no hal...
ustazamin dh setel ko yg x setel2 lg...ingat balik kata2 ko...dh bodoh tp tanap blaja = bengap..
huhu...SJ yg malang..buat yayasan sendiri la jgn dok menempel kat ustaz tu...

Anonymous said...

Tuan Sj, issh....kesian ko, lambat dpt maklumat,apsal g padam jawatan ko sbg PENG ARAH urusan kat dalam tuh...? mesti dah kene marah dgn ostat....ke dah kene pecat?

Shahabudeen Jalil said...

kah kah kah.... hantu kembali dengan hujah dangkal..

Syurga fakir dunia said...

Salam ustaz!Alhamdulillah dah selesai. Ustaz cubalah cerita mengapa anjing juga termasuk sebagai najis mughallazah. tak tahulah nak jawab bila di tanya! TQ ustaz!

al-Faqir ilaLlah said...

adoyai...

kpd 'hantu' n SJ...udah2 le tu...ustaz ngan pegawai tu pun dah bermaaf-maafan,yg korang nak buat onar lagi apehal?

kalau agak2 still xpuas hati,carilah ruangan lain...jgn memperguna atau menyalahgunakan ruangan komen blog ustaz amin ni...

“Didiklah diri wahai saudara-saudaraku…jika masing-masing ikhlas dan tidak ada kepentingan, insyaAllah kita boleh bersatu…”

mr edz said...

ohh..alangkah terharunya saya

Hunny said...

Salam semua,

Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.. yang terasa ustaz, dan saya, yang terlebih serbuk perasa orang lain pulak. kami dah selesaikan isu yang timbul. Udah2 la tu.. time untuk buat kerja pulak...

Anonymous said...

salam saudaraku..
tak payah kita nak bergaduh lak di sini..
ustaz amin pon ada bgitau..setiap kita ni ada kelemahan..kena perbaiki diri..

dorang pon dah berbaik & bermaafan..harap kita semua pon boleh macam tu..

AbRaR said...

Assalamualaikum semua... moga dibawah taufik hidayah Allah.
bersatulah wahai ummat Nabi... bukan bangsa.. negara , atau lain2.pesanan untuk diriku sendiri:

Anonymous said...

SAYA RASA TUAN PERLU BERHENTI MEMULIAKAN NABI SAW KERANA TUAN GURU NIK AZIZ TELAH PUN MENGELUARKAN FATWA

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...