Tuesday, March 9, 2010

Universiti Kehidupan 144 – Bicara Mengenai Ilmu

Saya melewati lebuh raya ELITE dari Putra Heights ke susur Subang Jaya. Saya membelek jam di tangan, sekarang pukul 8.30 pagi, 8 Mac 2010.

Sewaktu melalui susur Subang, saya berseloroh dengan anak buah saya yang bersama-sama saya pagi ini.

“Ada ke orang nak datang ke seminar ini pagi-pagi hari bekerja ini”

Kala ini ini saya sedang dalam perjalanan dari rumah ke Masjid Tengku Kelana Petra, Kelana Jaya untuk memenuhi pembentangan di Seminar Penghayatan al-Quran. Tajuk yang diberikan kepada saya ialah Mukjizat al-Quran.

Jam 8.55 pagi, saya telah berada di perkarangan masjid. Saya melangkah masuk. Ramai juga peserta yang menghadiri Seminar al-Quran pagi ini.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tonjolkan di sini.

Pertama, usaha masjid yang mengadakan seminar ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah di atas usaha menyemarakkan masjid sebagai pusat ilmu.

Saya tahu, bukan mudah nak mengadakan program seperti ini,tapi kesungguhan AJK masjid, boleh dipuji.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa, antara ciri orang beriman ialah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah.

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (at-Taubah ayat 18)

Kedua, para peserta yang datang dari jauh, datang dengan penuh susah, merempuh kesesakan lalu lintas. Jika niat kerana menuntutu ilmu, maka setiap langkahnya dikira sebagai berjihad di jalan Allah.

Di dalam al-Quran memang Allah menggalakkan agar sekumpulan hambanya yang pergi menuntut ilmu.

Tidak sepatutnya bagi mu'minin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya (Surah at-Taubah ayat 122)

Kita dilarang untuk membiarkan diri ini menjadi bodoh dan tidak berilmu. Oleh kerana itu, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukminin dan mukminat.

Dan kejahilan boleh berlaku dalam dua keadaan:-

Pertama orang yang malam menuntut ilmu.

Kedua, orang yang telah merasa cukup dengan ilmunya. Ketika dia mula merasa demikian, ketika itulah, bermulanya kejahilan kedua baginya.

Semoga kita tergolong dari golongan orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu. Kerana setiap saat kita menuntut ilmu, setiap detik itulah kita ditulis sebagai orang yang beramal.

Sesungguhnya, ilmu itu luas sifatnya, sesiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah akan mengurniakan padanya ilmu yang tidak diketahuinya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Mac 2010 jam 1.40 pagi

IMG_1116

Seminar Penghayatan al-Quran

IMG_1119

Sekarang ini kita boleh meningkatkan ilmu dengan berbagai cara, teknologi rakaman membuatkan kita boleh belajar dengan menonton kembali

IMG_1084

Tajuk yang diamanahkan ialah “ Mukjizat al-Quran”

IMG_1093

Sebahagian peserta

IMG_1096

“Kita umat paling beruntung kerana kitalah satu-satunya umat yang mewarisi mukjizat Nabi kita. al-Quran itu diwariskan kepada kita”

IMG_1109

Peserta seminar

IMG_1129

Jamuan bersama AJK

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...