Sunday, March 28, 2010

Jawapan Pada Persoalan 101

Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini, dapat kita berkongsi jawapan pada persoalan yang diajukan.

Guest Salam ustaz,jika kita ada anak agkt yg bukan muhrim, bermula umr ank agkt brpakah kita smua perlu mnjaga aurat dgnnya?2010-03-16 3:39 AM

Baligh

Guest apakah kedudukan kanak2 y meninggl dunia yg ibubapa bukan islam..syurga??2010-03-16 2:31 AM

Allah yang mengasihi tidak akan menzalimi, semoga mereka di syurga

Fisha nampak macam bersih dan berseri je wajah Pak Sheikh tu Ustaz. Ini kah dinamakan wajah para wali..ada Nur gitewww..maaf kalau saya salah tafsir2010-03-16 8:25 AM

Guest salam ustaz,apkah mksd "brmimpi bjmpa nabi seolah2 kamu mlihat syurga"?2010-03-16 3:43 AM

Perkataan siapa tu?

Guest salam ustaz,jk ank luar nikah mnm susu ibunya tapi dicmpr susu formula tp utk 4 hari adkh adk brdknya d kira sesusu?x pasti smd knyang susu bdn ke sbb brcampur susu formula.klu tak dgn adk brdk satu emk pn kn jg aurat kan ustaz?2010-03-16 3:41 AM

Lima kali kenyang bagi perempuan dan tiga kali bagi lelaki. Dia kenyang atau tidak lihat pada caranya. Jika diam seketika, bermakan kenyang lah tu.

zaimah saya telah ke Mekah utk melakukan umrah tapi ketika di madinah saya tak nampak kubah hijau masjid nabawi. Apa dosa saya ustaz?2010-03-16 2:10 PM

tengok dari salah pintu kot, kalau betul, mesti nampak insyaAllah.

azma salam ustaz, minta izin utk link blog ustaz.. blog ini banyak kisah utk jadi teladan syukran

2010-03-16 1:04 PM

Silakan

Ringgo salam ustz .. minta izin utk letak imej & link yayasan al ijabah2010-03-16 11:56 AM

Silakan

msziera A'salam..adakah ustaz perasan yg perkembangan golongan syiah di malaysia semakin meluas? Adakah kita perlu bimbang?2010-03-16 10:32 AM

bekerja samalah dengan bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri

musykill salam..nape ustz tidak jwb sebarabg pertanyaan daripada saya??2010-03-16 9:25 AM

Maaf tuan, kadang kala, tak perasan terlangkah, kalau tak terjawab, tanya balik ye..

Akak Apa hukumnya kalau kita makan makanan yg di masak oleh orang kafir & hukumnya mengambil org gaji kafir spt Philipino.2010-03-16 9:20 AM

Seeloknya hindarkan. Kalau tangannya pernah makan khinzir, lepas tu, potong sayur pula dekat rumah kita, susah tu..

Akak Salam Ustaz, t.kasih kerana memberi kami fotok berkenaan umur Aishah r.a. pagi tadi di kelas Yayasan Restu, rupa2nya dlm website Us pun ada.2010-03-16 9:19 AM

Alhamdulillah

a'in salam ustaz,apakh yg dmakbudkan dgn bala,jk ditimpa keatas seseorg apkh jln keluar.dan ketegeori nya mohon penjelasan2010-03-16 9:02 AM

Kalau kena beramai-ramai namanya balak, kalau kena seorang namanya kaffarah.

Guest Akum ustaz, seorg isteri yg taat, sentiasa doakan keselamatan suami, tetapi suami curang di belakang, apa ptut isteru buat ustaz. sya binggung.2010-03-16 8:48 AM

Doakan yang terbaik untuk semua

tonet,Salam Ustaz... Hujung minggu nie Ust ke Mekah, sy pula Insya'Allah hujung minggu dpn. Hrp2 dpt bjumpa dgn rombonga Ust d sana....2010-03-17 1:35 AM

insyaAllah

tonet,Salam Ustaz... Seseorg yg nak ke Tanah Suci, perlu ke 1)mberitahu keluarga & jiran tetangga 2)Mbuat kenduri seblm pergi n slps kembali Sy keliru krn org A ckp kena bg tahu n buat kenduri tp org B ckp x perlu.. Tu yg nak minta pdpt Ust..2010-03-17 1:30 AM

Dua-dua boleh asalkan niat betul

hamba allah salam.. ustz bagaimana yg dikatakan sunnah nabi? cube ustz senaraikan suunah nabi yg ada2010-03-17 1:17 AM

Apa-apa perkataan Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi.

Guest assalamualaikum.minta izin petik artikel ustaz untuk dibuat tazkirah.syukran.2010-03-16 7:01 PM

Silakan

Noni Salam ustaz... blh kah jika sy ingin menjemput anak2 yatim n tahfiz al-ijabah ke majlis tahlil yg akan sy adakan? bgmana caranya?2010-03-16 3:05 PM

Hubungi PA saya Aliya 019-600 3643

amira ezzatie salam ustaz,umur saya 10 tahun.dan saya selalu susah untuk bangun pagi hingga saya selalu tidk sempat sembahyang subuh.tolng ajar saya doa yang sesuai2010-03-16 2:52 PM

Doa dan kena biasakan. Tidur awal sikit dan kena niat dalam hati nak bangun

zaimah boleh tak guna kain sutera dibuat telekong sembahyang?2010-03-16 2:11 PM

Boleh

Guest salam ustaz. mcmana nak terima perjalanan hidup ini dgn seikhlasnya? setakat ini saya gagal membentuk keluarga yg sakinah.2010-03-17 11:58 AM

Berbuat di atas kemampuan. Jika akan jadi mengungkit jika kita berbuat di luar kemampuan, terima seadanya dan selalu memaafkan diri dan pasangan

afdhal teringinnya nak ikut ziarah ulama dan orang soleh2010-03-17 9:03 AM

InsyaAllah

Hj. Mohd.Tahir Adakah orang2 arab diMekah bernikah di depan kaabah?2010-03-17 8:47 AM

Wallahualam, dalam masjid al-Haram, saya pernah lihat

anisah salam,semasa solat terasa tekak amat perit, adakah dibolehkan kita berdehem untuk melegakan tekak,adakah solat kita terbatal. tlg ustaz jelaskan.2010-03-17 7:15 AM

boleh dan tidak membatalkan

Ibu Muaz Sakam Ustaz, Tahnik afdalnya ibu bapa atau orang alim.2010-03-17 5:17 AM

Orang alim, tapi kalau ibu ayah memang orang ahli ibadah, ibu ayah buat sendiri pun boleh

Ibu Muaz Salam Ustaz, Fahamkan saya tentang dosa dan pahala. Adakah krn adanya baik buruk kemudian dosa pahala kemudia syurga dan neraka2010-03-17 5:14 AM

5 peringkat ikhlas

1. seorang yang berbuat sesuatu kerana Allah dan dalam waktu yang sama nak juga benda dunia

2. Seorang yang berbuat sesuatu kerana nakkan kelebihan sesuatu amalan

3. seorang yang berbuat sesuatu kerana takut berdosa dan kemudian takut diazab

4. seorang yang berbuat sesuatu kerana nak pahala dan kemudian nak syurga

5. seorang yang berbuat sesuatu kerana mencari keredhaan Allah

Berusahalah berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana mencari keredhaan Allah. Pahala dan dosa hanyalah peringkat permulaan untuk memahamkan diri, perlunya berbuat sesuatu.

salam ustaz, saya linkkan blog ustaz di blog saya dan FB saya tentang sekilas 34 untuk perkongsian ramai. terima kasih ustaz.2010-03-17 5:05 AM

Silakan

Abu Ali Salam ustaz, tolong bg contact no utk bayar ke MBB acc Yayasan Al-Ijabah, syukran2010-03-17 2:20 AM

Ada di dalam blog ini

dy salam. saya merupakan seorang pelajar sekolah. Teringin nak minta pendapat ustaz terhadap blog unit dakwah dan kerohanian kami. safzahirulhaq.blogspot.com2010-03-18 5:11 AM

Nasihat saya, tulis dan terus tulis hingga rasa jemu hilang

blueocean Slm.Bleh ke kita doa spya kita dpt shidup smati dg suami/isteri/anak2 kita?2010-03-18 4:45 AM

boleh

Guest salam..boleh saya berikan sedikit pandangan dan komen mengenai blog ustz ini?2010-03-18 3:59 AM

Boleh

anisah salam, ustaz selalu sibuk tapi cergas, ada doa untuk cergas dan vitamin apa yg ustaz ambil2010-03-18 2:50 AM

selalu amalkan selawat, makan madu

anisah salam ustaz,klu org kahwin pahala solat 1 tapi klu kahwin pahala 70.adakah ia untuk lelaki sahaja?2010-03-18 2:47 AM

juga perempuan

noraini boleh tak ustaz doakan kesejahteraan hidup saya sekeluarga d dunia dan akhirat.aminn2010-03-18 2:10 AM

Amin, semoga Allah bersama puan

noraini tq ustaz dgn penerangan mengenai pernikahan nabi dan aiishah.semoga allah tempat ku di sisi nabi muhammad amin2010-03-18 2:05 AM

amin..

omo apa hukum seorg ayah menyuruh berpisah setelah menantunya tidak dpt menyara kehidupan isteri dan anaknya sedangkan dia mampu bekerja2010-03-17 4:34 PM

seorang ayah boleh memberi apa sahaja pandangan tetapi tidak boleh berusaha mempengaruhi keputusan di dalam rumah tangga

liza apa syarat utk anak msk sekolah MAASA. Saya berminat nak anak jadi tahfiz atau bakal ulama yg bertakwa. terima kasih2010-03-17 1:55 PM

Boleh baca quran dan lulus temuduga

Lin Salam, adik llki sye tlh meninggal dunia. Ada dpt sedikit insuran n wang KWSP. Ada loan rumah tapi x cover insuran. isteri arwah x mahu settle loan dgn wang pesaka arwah tapi mbayarnya cara ansuran. Bgm kedudukan roh arwah n pbhgn pesaka.2010-03-19 5:43 AM

Yang telah meninggal tidak ada kena mengena dengan urusan orang hidup. Pembahagain pusaka kena kira dengan baik menurut pembahagian Islam

Hani Slm ust,tq kerana jwb soalan sya seblm ni..really apprctd..Selmt berumrah..doakn kmi dpt kesana juga,tq2010-03-19 5:15 AM

Amin..

ctzahra semoga perjalanan ust dan sekeliannya dirahmati Allah ke bumi makkatulmukarramah!! 2010-03-19 2:54 AM

Terima kasih

Wallahualam bis sawab

Semoga menepati kehendak soalan, jika ada yang tertinggal atau tidak menepati kehendak soalan, harap dapat tanya kembali.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Bity Bakkah Hotel

12 Rabiul Akhir 1431/28 Mac 2010 jam 10.30 pagi

2 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum,

ustaz, saya ingin bertanya tentang solat sunat.

soalan:

1.solat sunat asar 4 rakaat, 1 salam atau 2 salam?

2.benarkah sunat solat witir mesti dikerjakan qabliah isya' dahulu? bagaimana kalau hanya dikerjakan solat isya' sahaja (tanpa solat sunat rawatib)?

3.saya pernah mengerjakan solat sunat witir 3 rakaat 1 salam tanpa membaca tasyahud awal.adakah solat saya sah?

didahulukan dgn ucapan terima kasih.

-siti abdullah, penang-
myadreenaz@yahoo.com


p/s: ada tak medium lain utk saya berhubung dgn ustaz utk bertanya soalan? contohnya, website soal jawab agama atau e-mail atau macam mana?

nur atiqah said...

slm ustaz.....
seorang suami apabila ia bergaduh dengan isterinye dia melafaz kn "cerai talak tiga"tanpa saksi adakah jatuh talaknya......

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...