Friday, March 19, 2010

Diari 182- “Semoga Selamat Pergi Dan Balik”

18 Mac 2010 jam 8.00 malam, saya dan anak-anak yatim yang akan ke Mekah menghadiri satu jamuan makan, bacaan yasin dan doa untuk keselamatan di rumah Dato’ Mustafa dari Amcorp, antara penaja utama perjalanan anak-anak al-Ijabah ke Mekah kala ini.

Saya juga berterima kasih kepada beberapa lagi yang membantu menguruskan penjalanan dan penajaan anak-anak Ijabah terutama pada anak-anak murid dari kelas Hadis bersanad di Shah Alam.

“Saya memang selalu menaja orang ke Mekah Ustaz, sebab saya nampak keberkatannya” kata Dato’ Mustafa.

Beliau berkongsi beberapa kisah yang menarik mengenai pengalaman beliau di kota Mekah.

Memang, setiap orang ke Mekah ada kisah mereka masing-masing. Ada kisah sedih, gembira, ajaib, pelik dan berbagai-bagai lagi.

Inilah bumi yang pernah di doakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Di dalam al-Quran, Allah swt, merakamkan doa Nabi Ibrahim ini.

125. Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".

126. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali".

Al-Baqarah ayat 125-126

Saya pernah duduk di Hilton Mekah pada tahun 2005, ketika sampai di dalam bilik, telah disediakan hidangan minuman dan buahan. Antara buah yang dihidangkan ialah buah manggis.

“Aik, manggis pun ada, mana dia orang tanam da”.. bisik hati saya ketika itu.

Cuba lihat, berkatnya bumi yang telah di doakan oleh Nabi ini. Buahan dari seluruh dunia, jika ia dimakan oleh pengunjungnya, pasti sampai di kota Mekah ini. Hingga petai pun boleh di dapati di bumi ini.

Oleh itu, kita memang dianjurkan untuk selalu berdoa kepada Allah. Yang paling penting adalah berdoa bagi kesejahteraan dan kebaikan diri dan ahli keluarga kita.

Ini kerana, Allah memerintahkan kita agar menjaga diri dan ahli keluarga kita dari api neraka. Para Nabi juga mendoakan diri dan ahli keluarganya.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan  bahawa:-

6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Surah at-Tahrim ayat 6

Para Nabi itu selalu mendoakan ahli keluarganya agar menjadi orang yang soleh. Di dalam al-Quran, Allah rakamkan doa para Nabi ini.

128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Surah al-Baqarah ayat 128

Majlis malam ini dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa untuk keselamatan. Selepas itu, kami semua bersolat Isyak secara berjemaah. Selepas solat Isyak, kami semua bersama-sama menunaikan solat dua rakaat untuk meminta hajat pada Allah.

Majlis di akhiri dengan jamuan.

Sebelum pulang, anak-anak al-Ijabah menerima hadiah kain Ihram yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah.

Terima kasih pada semua yang berusaha menggembirakan anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah ini

Semoga, selalu berdoa dan bermunajat kepada Allah membuatkan kita terus mengingati Allah, dan selalu mengingati Allah inilah yang membuatkan kita semakin menghampiriNya di dalam apa keadan kita.

Ketika senang, kita berdoa memohon untuk  dikekalkan dan ditambahi lagi kesenangan ini agar menjadi orang yang bersyukur, ketika susah kita berdoa untuk dibantu dan diberi jalan keluar kepada segala permasalahan kita agar kita menjadi orang yang sentiasa sabar dan redha di atas segala ketentuannya.

Sesungguhnya ketentuan Allah itu yang terbaik buat kita, jika kita berfikir.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Ampang

3 Rabiul Akhir 1431/ 19 Mac 2010 jam 10.30 pagi

IMG_3020

Solat Isyak, hajat dan berdoa untuk keselamatan semua

IMG_3022

Terima kasih yang menggembirakan anak-anak ini

IMG_3033

Jamuan makan

IMG_3036

Anak-anak Ijabah yang terpilih untuk ke Mekah

IMG_3040

Bersama Dato’ Mustafa dari Amcorp

IMG_3123

hadiah kain ihram

IMG_3134

Di akhiri dengan doa yang dibacakan sendiri oleh anak yatim kita, semoga terus dirahmati Allah, amin….

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...