Tuesday, March 9, 2010

Universiti Kehidupan 143 – “Sayangnya Anak Kabek Bapak Sak Upo”

Sempena musim Maulidur Rasul ini, saya banyak memenuhi jemputan ceramah Maulidur Rasul. Saya akan kongsikan kisah menarik yang saya lalui di sesetengah tempat.

Sabtu 6 Mac 2010 jam 11.00 pagi, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Surau Malikus Soleh, Kampung Melayu Subang Tambahan.

Majlis sambutan Maulidur Rasul ini di surau ini telah di adakan selama dua hari dengan berbagai acara seperti perarakkan, membaca selawat. Kemuncaknya ialah ceramah Maulidur Rasul ini.

Bagi aktiviti anak-anak, di adakan pertandingan azan dan sebagainya.

Alhamdulillah, memang mengingati Nabi perlu tiap-tiap hari. Tapi hakikatnya, jika tidak ada sambutan Maulidur Rasul ini, ramai orang yang tidak ingat Nabi kerana kebanyakkan suasana sekarang, dari program TV, Radio, Majalah, lebih banyak menceritakan mengenai kelalaian dari ingatan pada Nabi ini.

Ceramah yang bermula jam 11.00 tamat jam 12 tengah hari.

Selepas habis ceramah saya diajak untuk meneruskan program penyampaian hadiah bagi aktiviti yang di adakan.

Selepas itu dijemput makan.

Selepas makan, datang seorang yang umurnya telah hampir 60 tahun. Dia menghampiri saya kemudian berkata:-

“Ustaz, apa amalan untuk sedekahkan pada anak kita yang telah meninggal jika dia bukan orang yang kuat amalan” kata orang pakcik ini.

“Pakcik, boleh buat badal Haji jika dia belum menunaikan haji, boleh bacakan al-Quran, niatkan untuk dia dan sebagainya”

Pak cik ini memandang saya dengan keadaan yang sayu.

“Anak pakcik baru meninggal, dia kena kanser” sambung pak cik ini.

“Oh ye ke? kanser apa pakcik? Kata saya.

“Usus” jawabnya pendek.

“Semoga Allah merahmatinya” doa saya pada anak pakcik ini.

Dia bertanya lagi beberapa soalan mengenai amalan untuk disedekahkan pahalanya pada anaknya.

Saya terharu melihat pak cik ini. Ingatanya pada anaknya begitu kuat. Barangkali, anak ini anak yang baik baginya. Sudah tentu, Allah menyayanginya.

Saya merenung wajah pak cik ini. Begitu kasih dia pada anaknya. Beginilah kasih seorang ayah kepada.

Saya teringat satu peristiwa yang saya lalui. Ia sangat berbeza dengan satu peristiwa ini. Ia berlaku sekitar hujung tahun 90an di sekitar Lembah Klang ini.

Ada seorang yang berjawatan tinggi. Ibunya telah disahkan kanser oleh doktor. Berbulan dirawat di hospital akhirnya doktor telah menasihati agar ia dibawa pulang.

Kebiasaannya, jika doktor sudah menasihati untuk dibawa pulang, maka tipislah harapan untuk sihat kembali dari sudut ilmu yang Allah telah berikan pada seorang doktor.

Walaubagaimana pun, hidup dan mati itu adalah ketentuan dari Allah.

Anak berpangkat ini membawa ibunya pulang. Pada hari pertama, anaknya ini meminta satu permintaan:-

“Ustaz, boleh tak datang ke rumah saya bacakan yasin, ibu saya ni, doktor dah suruh bawa balik dah” katanya.

“InsyaAllah kak, tapi lepas Isyak baru saya dapat datang dengan kawan-kawan, sebab ada kuliah Maghrib” kata saya.

“Tak apalah, nanti datang ye..” katanya penuh berharap.

Selepas Isyak, saya datang dengan beberapa orang kawan. Rupanya, kakak ini juga menjemput orang masjid dan orang masjid baru sahaja selesai membacakan yasin.

Orang masjid balik dan saya menyambung sampai ke tengah malam.

Hari kedua, saya dijemput lagi dan keadaan yang sama, saya menyambung dari orang masjid hingga tengah malam.

Hari ketiga tidak telifon.

Hari keempat menghubungi dengan satu pertanyaan:-

“Kenapa emak saya belum mati lagi ye? Boleh tak saya cabut oksigen dari mulutnya?”

Saya sungguh terkejut dengan pertanyaan yang datangnya dari mulut seorang anak.

Ibu telah menjaganya sedari kecil hingga besar, kini, menjaga ibu baru tiga hari sudah tidak tahan.

Hari keempat tidak telifon.

Hari kelima, ibunya telah meninggal.

Cuba kita bandingkan dua kisah di atas, yang pertama, kisah ayah, walaupun anaknya telah meninggal, tetap bertanyakan bagaimana ingin membela anaknya.

Kisah kedua, seorang anak yang baru menjaga ibu yang sakit beberapa hari sudah tidak tahan.

Beginilah kasih ibu bapa terhadap anak dan kasih anak terhadap ibu ayah.

Dulu arwah ayah saya pernah mengajarkan saya satu pepatah jawa.

“Sayang bapak kabek anak sak kelopo, sayang anak kabek bapak sak upo”

(sayangnya bapak pada anak seperti kelapa (kelapa dibalut dengan kulit, sabut, tempurung untuk memastikan isinya selamat), tetapi kasih anak pada ayah ini seperti makanan yang terselit dicelah gigi.

Kadang-kala, ada juga kebenaran pepatah orang tua-tua ini.

Semoga Allah memberikan kita perasaan kasihkan kedua ibu bapa kita, agar nanti anak kita akan mengasihi kita, amin….

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

9 Mac 2010 jam 12.45 tengah malam.

IMG_1005

Surah al-Malikus Soleh

IMG_1008

Perarakan anak-anak kecil

IMG_1010

Walaupun surau ini kecil, tapi sound systemnya baik untuk berceramah

IMG_1018

Anak-anak pelajar yang sama-sama terlibat di dalam program

IMG_1047

Ceramah di sini ialah “7 bab di dalam mengenali Nabi”

IMG_1064

Syabas dan tahniah seluruh warga Kampung Melayu Subang Tambahan

1 comment:

..nOWa.. said...

assalamualaikum ustaz..
entry ini mengingatkan saya kpd arwah ayah yang sentiasa ada dalam hati dan mendorong saya untuk mencintai emak dgn lebih byk lagi.. :(

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...