Wednesday, March 3, 2010

al-Ijabah 50 – Kerjasama Amal Dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

3 Mac 2010 jam 9.30 pagi, hari ini saya dan sahabat dari al-Ijabah menghadiri sebuah mesyuarat bersama Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan ketua-ketua jabatan dari Akademi ini.

Isu perbincangan kala ini ialah mengadakan kerjasama antara Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Yayasan al-Ijabah.

Bentuk kerjasama yang dibuat ialah latihan industri mahasiswa/i boleh dibuat di Darul Ukhwah dan ia dikira di dalam jam kredit latihan industri mahasiswa/i ini.

Alhamdulillah, di akhir mesyuarat, ia mencapai persetujuan positif.

Di dalam isu rumah HIV AIDS ini, ramai orang yang stigma dan menjauhkan diri serta menyisihkan pesakit ini sedangkan mereka juga saudara seIslam kita yang perlu dibela dan tidak boleh dilupakan.

Usaha al-Ijabah membawa pelajar Universiti Malaya untuk membuat praktikal latihan industri mereka di sini adalah sebagai usaha memulakan kempen “Bersatu Kita Berbakti” dalam konteks  Kasih Sayang Sesama Islam.

InsyaAllah, dalam tahun 2010 ini, banyak program akan dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum bahawa golongan HIV ini merupakan sebahagian dari komuniti kita.

Semoga Allah bersama orang yang sentiasa membantu orang lain dan semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa membantu saudara kita, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Rabiul Awal 1431/ 3 Mac 2010 jam 11.50 malam.

IMG_0328

Prof. Dr. Ahmad Hidyat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

IMG_0331

Ketua-ketua Jabatan  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

IMG_0320

Kerjasama yang dibuat ialah sebagai usaha kempen “Bersatu Kita Berbakti”

IMG_0329

Mahasiswa'/i yang membuat praktikal di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah akan dikira jam kredit mereka

IMG_0349

Kenangan selepas mesyuarat

IMG_0353

Berbual santai selepas mesyuarat

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...