Perjalanan kami ke Mekah kala ini menaiki Singapore Airlines. Dari Kuala Lumpur ke Singapura, kemudian ke Abu Dhabi kemudian, barulah ke Jeddah.
Dari Abu Dhabi ke Jeddah memakan masa dua jam 45 minit.
Kami mula meninggalkan Abu Dhabi jam 5.30 petang.
Dalam perjalanan, kami melalui waktu Maghrib. Satu pemandangan yang paling suka saya lihat ialah pertukaran waktu seperti ini.
Kita boleh melihat dari ketinggian ini, sebahagian bumi siang dan separuh lagi telah menjadi malam. Kita dapat saksikan bagaimana Allah menyatakan di dalam al-Quran:-
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup (191). Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)". (Surah Ali Imran ayat 27).
Memerhatikan kejadian di alam ini, menguatkan lagi keyakinan kita bahawa Dialah Yang Maha Pencipta tidak tertanding.
Sampai di Jeddah, segala urusan passport dapat dibuat dengan senang dan cepat.
Bas telah menunggu kami dan kami bertolak ke Madinah al-Munawwarah.
Pihak pengurusan telah menyediakan makanan untuk kami dan kami berhenti makan di Wadi Qudaid, satu tempat yang terkenal dengan ikan goreng yang segar.
Sampai di Madinah jam 4 pagi dan kami hanya ada sejam sahaja untuk bersiap untuk solat subuh. Kala ini, subuh jam 5.00 pagi.
Hari pertama ini, aktiviti bebas.
“Hah.., anak-anak yang lelaki ni, pergi jalan sekitar masjid Nabawi ni, biar berani sikit”, kata saya pada anak-anak al-Ijabah yang lelaki.
Anak-anak yatim yang perempuan dibimbing oleh ibu saya yang bersama-sama di dalam rombongan kala ini.
Dari selepas subuh hinggalah ke asar, tak henti-henti mereka berpusing dari kedai ke kedai di sekitar masjid an-Nabawi ini.
Gembira saya melihat mereka bergembira.
“Di sini, jangan lupa, doakan untuk arwah ayah awak semua” pesan saya pada mereka.
Ada di antara mereka yang mencari sendiri Raudhah dan dapat bersolat di sana, ada yang mencari hadis yang sering saya bacakan yang terdapat di dalam masjid an-Nabawi.
Sesunggunya, datangnya mereka ke sini ibarat masuk ke kursus penghayatan Islam.
Mereka dapat melihat sendiri tempat-tempat sejarah yang pernah diceritakan kepada mereka.
Dengan penghayatan, maka seseorang itu akan lebih berpegang dengan apa yang telah diajarkan kepada mereka.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah’
Hotel Wasil al-Rim
Madinah al-Munawwarah
11 Rabiul Akhir 1431/ 27 Mac 2010 jam 11.00 pagi
Padang pasir Abu Dhabi
Pertukaran siang dan malam
Kenangan di lapangan terbang Jeddah
Makan di dalam bas
payung di Masjid Nabawi
Aktiviti bebas hari pertama, mereka menziarahi perkuburan Baqi’
Menziarahi makam junjungan besar Nabi saw
Mereka meneroka sekitar Madinah ini
Kenangan hari kedua, sebelum ziarah sekitar Madinah.
No comments:
Post a Comment