Thursday, March 11, 2010

Diari 173 – Di Sebalik Tabir Ceramah Multimedia di Yayasan Restu

Khamis, 11 Mac 2010, jam 12.00 tengah hari, saya telah menyempurnakan ceramah multimedia Maulidarul Rasul di Yayasan Restu Shah Alam.

Ceramah ini sebenarnya telah di adakan pada hari Selasa 3 Mac 2010 lepas, tetapi di atas permintaan ramai, ia di adakan sekali lagi minggu ini.

Itu pun ada satu lagi permintaan untuk dibuat sekali lagi minggu depan tetapi tidak dapat dipenuhi kerana insyaAllah saya akan musafir ke luar minggu depan (jika diizin Allah).

Saya ingin kongsikan di sebalik tabir program ini.

Ceramah multimedia Maulidurrasul ialah sebuah ceramah yang menggabungkan persembahaan multimedia dan juga ceramah.

Ia disulamkan dengan potongan klip video dan ada sesetengah klip video ini adalah rakaman saya ketika berada di Palestin dahulu.

Tema tahun ini ialah “Cinta Teragung”. Ia bermatlamatkan agar para pendengar lebih menghayati kisah hidup Nabi saw dari lahir hinggalah kewafatannya. Ceramah multimedia ditutup dengan janji nabi untuk memberi syafaat kepada umatnya.

Seperti biasa, jika program besar seperti ini, saya dan team multimedia akan membuat persediaan sehari awal. Kami sampai ke Yayasan Restu selepas asar untuk memasang segala peralatan dari sound system hingga ke persembahan multimedia.

Tapi malam ini, banyak  ujian sikit, sound system yang dipasang tidak hidup, selama berjam team multimedia membetulkannya. Hanya hampir jam 12 tengah malam  barulah ia boleh berfungsi dengan baik.

Kami pulang hampir jam 1 pagi.

Program pagi ini sepatutnya bermula jam 9.00 pagi. Tapi pagi ini, projector di Yayasan Restu pula tidak hidup. Saya membelek jam. 8.50, hanya sepuluh minit lagi program ingin bermula tetapi projector tidak juga dapat dipasang.

Para tetamu VIP telah siap menunggu dibilik menunggu.

Saya meminta anak buah saya pulang ke rumah dan mengambil projector peribadi saya di rumah. Ia sebagai persediaan jika projector di sini memang tidak boleh dipasang.

Jam 9.10, dengan bantuan semua team multimedia dan bahagian teknikal Yayasan Restu, projector dapat dipasang.

Saya menarik nafas lega.

Majlis pagi ini dimulakan dengan ucapan dari wakil Yayasan Restu dan kemudian dari Tan Sri Abdul Aziz seterusnya Tan Sri Abdul Aziz membuat pelancaran derma online pada Yayasan al-Ijabah melalui Maybank2U dan juga autodebit.

Setelah menandatangani MOU bersama Maybank, ceramah Multimedia dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna.

Baru saja asmaul husna mula dibacakan oleh semua yang hadir, sekali lagi, projector terpadam. Saya yang sudah berada di hadapan pentas hanya mampu berdoa. Dari hadapan, saya melihat team multimedia berlari ke sana ke sini membetulkan apa yang tak kena.

Saya pula tidak dapat berkomunikasi langsung dengan mereka yang berada di atas kerana pagi ini, walkie talkie kami juga, entah kenapa, tidak berfungsi.

Lagi 30 saat asmaul husna tamat dilaungkan, projector dapat dihidupkan.

“Alhamdulillah, terima kasih Allah” bisik hati saya lega.

Yang hadir pada hari ini tidak perasan mengenai masalah teknikal yang berlaku. Apapun, syukur kerana ia dapat diselesaikan dengan tidak mengganggu majlis.

Pada waktu selawat akhir, sepatutnya ia akan diiringi dengan alunan laser yang telah disediakan, tetapi tiba-tiba lampu dipasang.

Jadi suasana terang sudah tentu akan menjadikan pancaran laser kurang berkesan, jadi ia tidak jadi dipersembahkan.

Team multimedia terus berusaha untuk mematikan kembali lampu, tetapi selawat yang dialunkan telah hampir ke penghunjung.

Ceramah multimedia kali ini dihadiri dari berbagai jabatan dari MAIS, JAIS, Jabatan Penilaian, SIRIM, Pembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negeri Selangor, Pejabat Mara Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Majlis Perbandaran Klang dan sebagainya.

Walaupun ia tidak seramai minggu lepas yang mencecah hampir 800 orang, tetapi kehadiran ini menunjukkan bahawa, perkembangan minat kepada Islam sudah semakin meningkat.

Kalau dahulu, sebut sahaja ceramah, hanya, dua tiga kerat sahaja yang datang, tetapi sekarang, surau dan masjid juga semakin ramai yang memakmurkannya.

Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana hari ini, dapat berkongsi sekali lagi, satu program yang bertujuan menjadikan kita lebih mencintai Allah dan Rasulnya.

Terima kasih kepada sahabat dari Yayasan Restu, sahabat dari Yayasan al-Ijabah, sahabat dari ALC Media dan team ceramah Multimedia ini, seluruh muslimin dan muslimat yang hadir dan sesiapa sahaja yang menaja makanan dan apa-apa sumbangan bagi menjayakan program mencintai Nabi hari ini.

Semoga kita semua dirahmati Allah, amin…

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Khamis 25 Rabiul Awal 1431/ 11 Mac 2010

IMG_2052

Persediaan yang dibuat sehari lebih awal di Yayasan Restu

IMG_2021

Mencuba sound system yang  dipasang.

Sebuah microphone yang dipakai seorang penyanyi, mencecah hampir RM 10 000. Itu baru microphone, belum sound system lagi. Suara yang tak sedap pun boleh jadi sedap.

Kadang kala disurau, microphone pun kena gulungkan wire dulu baru boleh bunyi. Itu yang pendengar tidur kalau dengan ceramah.

IMG_2176

Berbincang mengenai isi ceramah dan persediaannya pada hari esok.

IMG_2069

persediaan terakhir

IMG_2210

Sepatutnya, selawat dihujung ceramah pagi ini akan disertakan dengan alunan laser.

IMG_2305

Tan Sri Abdul Aziz melancarkan derma online Maybank2U dan autodebit untuk Yayasan al-Ijabah

IMG_2325

pertukaran MOU dengan Maybank

IMG_2351

Ceramah kali ini dihadiri oleh pegawai dari berbagai jabatan

IMG_2397

Khusyuk mendengar ceramah

IMG_2479

Warga MAIS bergambar kenangan bersama anak-anak Ijabah.

3 comments:

Hunny said...

Salam,

Tahniah kepada team ALC Media dan yayasan yang bertungkus-lumus anjurkan program yang menarik untuk dikongsikan. Cuma, saya rasa yang tahun lepas lagi best lah.. :)

CEH said...

aha... nampaknya seseorang telah memancarkan gelombang EMF untuk menggaggu majlis tersebut

acik jon said...

salam ustaz
gambar video di palestine tu boleh tak ustaz masuk kan dalam you tube atau face book ustaz
taceh

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...