Wednesday, March 3, 2010

Diari 172 – Sekitar Maulid al-Rasul Yayasan Restu

Antara tempat ceramah Maulid al-Rasul yang paling saya suka ialah di Yayasan Restu Shah Alam. Ini kerana, dewan kuliah yang digunakan memang amal sesuai untuk ceramah Multimedia.

Selasa 2 Mac 2010 jam 9.30 pagi, warga Shah Alam bersama-sama menghadiri ceramah Multimedia sempena Maulid al-Rasul.

Majlis hari ini dihadiri juga oleh anak-anak Ijabah.

Di dalam sesebuah ceramah, tiga perkara lahirah amat penting iaitu penyampai, suasana sekeliling dan sound system.

Jika tiga perkara ini dapat diadun dengan baik, ia akan memberi kesan yang baik pada pendengar.

Saya pernah berbual dengan orang dari “event management” konsert-konsert besar. Bayangkan, sound System mereka sahaja mencecah ratusan ribu.

Patutlah orang begitu khuysuk mendengar konsert-konsert yang ada.

Ceramah di masjid kadang-kala, sound system yang tak berapa elok, dengar-tak dengar jadinya, kasihan dekat para ustaz yang bagi ceramah, terpekik pun orang tersengguk mengantuk sebab isi ceramah tak berbutir nak di dengarnya.

Islam tidak menafikan mengenai kemanusiaan.

Jika sound system tak dengar, jangan marah kalau orang tertidur ketika ceramah, kerana segi kemanusiaannya memang begitu.

Pada saya, salah satu derma yang penting untuk masjid ialah, dermalah sound system yang baik, kerana setiap kali ia digunakan untuk menyeru orang ke arah solat dan kebaikan, maka kita akan terus mendapat ganjarannya lebih-lebih lagi jika seruan itu memberikan kesan kepada pendengar.

Dari sudut rohaniah pula, untuk menjadikan sesebuah ceramah itu berkesan,  semestinya, ia perlu memohon bantuan Allah untuk keberkesanan.

Suasana di Yayasan Restu ini, berselawat pun boleh menitiskan air mata kerana ingatkan Nabi. Ini yang berlaku kepada kebanyakkan hadirin ketika ini.

Ceramah multimedia hampir 2 jam ini diakhiri semua hadirin melafazkan selawat bersama-sama.

Syabas dan tahniah kepada warga sekitar lembah Klang yang hadir. Semoga terus mencintai Allah dan Rasul di dalam hidup ini, amin.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Rabiul Awal 1431 / 3 Mac 2010 jam 11.20 malam

IMG_0149

Team multimedia

IMG_0150

Hadirin mengambil tempat

IMG_0284

antara anak Ijabah yang hadir

IMG_0164

Team multimedia

IMG_0165

Team multimedia mengawal perjalanan segala persembahan multimedia ceramah

IMG_0185

Hadirin yang datang

IMG_0240

Selawat bersama-sama

2 comments:

Unknown said...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

SILA ZIARAH BLOG FAKEH KHALIFAH

Anonymous said...

Anda mengomen bukan dgn ilmu tetapi semberono. Anda ercakap tentang perbahasan yang dh selesai bertahun lamanya. Sila rujuk jawapan Syekh Nuruddin Al Banjari Al Makki Al Azhar Saghir menjawab tohmahan BODOH seperti ini. Melambak dlm you tube,,,

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...