Sunday, March 21, 2010

Diari 184 – Hari Yang Terus Melangkah

Hari ini, Ahad 21 Mac 2010 jam 6.00 petang, seperti biasa, anak-anak al-Ijabah akan sama-sama membaca bait-bait selawat dari kitab al-Dibaie.

Alhamdulillah, semua mereka telah boleh membaca beramai-ramai bait-biat selawat ini.

Maghrib kami bersolat berjemaah bersama-sama. Malam ini, saya agak lapang. Kesempatan yang ada, saya memberikan taklimat mengenai umrah, rukun, sah batal dan sebagainya.

Semua anak-anak Ijabah yang ada mendengar penuh khusyuk terutama yang akan bersama saya ke tanah suci pada hari Selasa ini.

Sepatutnya, kami akan bertolak minggu lepas lagi, tetapi, urusan visa yang agak susah menyebabkan penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Tapi, itu semua adalah penyebab yang dijadikan, hakikat sebenarnya ialah, minggu lepas, jemputan dari Allah untuk menjadi tetamunya belum lagi sampai. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Malam ini juga merupakan malam ulang tahun kelahiran saya. Tahun lepas, saya menyambutnya bersama pelajar perubatan di Moscow Rusia, tahun ini bersama anak  Ijabah di Subang Jaya.

Sebelum makan bersama anak-anak Ijabah, saya memberikan khutbah pendek kepada mereka.

“Mengingati hari kelahiran bukanlah satu keraian untuk dibesarkan, ia sebagai ingatan bahawa umur kita telah bertambah, bermakna semakin hampir untuk kita bertemu Allah” kata saya

“Ia juga sebagai muhasabah untuk menilai ibadah kita, akhlak kita, pergantungan dengan Allah, hubungan baik kita sesama manusia, adakah ia semakin baik atau sebaliknya” saya menambah.

Majlis disudahi dengan bacaan selawat dan doa yang dibacakan oleh anak—anak yatim ini sendiri. Semoga terus rahmati Allah.

Sesungguhnya, kita sedang melalui perjalanan menuju ilahi, semakin bertambah umur kita, semakin hampir perjalanan ini.

Bukan kematian itu yang perlu dirisaukan, tetapi, apakah bekalan amalan kita ini mencukupi atau pun tidak.

Semoga Allah terus merezkikan saya dan sidang pembaca sekalian, perasaan untuk meningkatkan diri kita.

Allah tidak melihat di mana kita bermula, tetapi, Dia mahu melihat di mana penghujung kita. Adakah penghujungnya, kita menjadi hambaNya yang soleh, atau sebaliknya.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

5 Rabiul Akhir 1431 / 21 Mac 2010

Jam 11.00 malam

IMG_3417

Taklimat Umrah bersama anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah

IMG_3427

InsyaAllah, Selasa ini, saya, 12 orang anak Ijabah terpilih dan pengiringnya akan ke tanah suci.

IMG_3428

Mengajarkan memakai ihram

IMG_3468

Khutbah ringkas, erti peningkatan umur

IMG_3502

anak Yatim al-Ijabah

IMG_3508

Alhamdulillah, gembira bersama mereka.

3 comments:

acik jon @ azul said...

selamat pergi dan selamat pulang ustaz
selamat hari jadi moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

twistal said...

salam ustaz... slamat ulang tahun...

Unknown said...

selamat hari lahir ustaz...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...