Alhamdulillah, hari ini, 24 Mac 2010, jam 10.30 pagi, saya dan anak-anak yatim al-Ijabah bertolak dari KLIA menaiki Singapore Airlines.
Sudah beberapa hari penerbangan kami tertangguh kerana beberapa masalah teknikal. Sepatutnya, sejak hari Ahad lagi kami telah bertolak, rupanya ada hikmah di sebalik penangguhan ini.
Semalam, 23 Mac 2010, saya dan kekanda saya, ustaz Jazlan, berbincang dan menguruskan kemasukkan tiga orang anak yatim piatu dari Johor ke dalam rumah al-Ijabah. Anak-anak ini, telah kematian kedua ibu dan ayah mereka dan memerlukan sokongan terutama bagi membina masa depan mereka. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan.
Malam tadi, anak-anak Ijabah lelaki semuanya tidur di rumah saya untuk memudahkan perjalanan ke lapangan terbang pagi ini.
Saya berterima kasih kepada Haji Othman dan rakan-rakannya yang telah menawarkan khidmat untuk membawa anak-anak Ijabah dengan menaiki dua van ke lapangan terbang.
Kami solat subuh berjemaah di rumah saya. Jam 7.00 pagi, kami mula bergerak ke airport.
Di KLIA, beberapa sahabat telah menunggu. Staf saya dari ALC Media juga ada bersama menghantar rombongan.
Setelah selesai, menguruskan bording pass, anak-anak Ijabah bersarapan dahulu dengan roti yang dibawa oleh ibu saya.
Melihat anak-anak ini, Kak Safiah dari Shah Alam, tiba-tiba menangis.
“Kasihan saya tengok anak-anak ini” kata kak Safiah.
Rasa belas dan kasihan inilah yang Nabi suruh kita mulakan untuk ditanam di hati kita. Bermula dengan rasa kasih ini, nanti akan timbul pula perasaan untuk sama-sama membela.
Tetapi, untuk mengasihi anak yatim, kita perlu menanamkan perasaan kasih itu kerana Allah.
Ini kerana, ada orang yang membantu seseorang kerana simpati, kelemahannya, jika hilang rasa simpati, maka hilanglah pertolongan kita.
Tetapi jika kita membantu kerana Allah, apa keadaan pun, kita akan membantu orang lain.
Dan percayalah satu perkara:-
“Kita akan lebih bahagia jika kita membahagiakan orang lain orang lain, kita akan lebih gembira jika kita membuatkan orang lain tersenyum dan gembira bersama kita. Oleh itu, orang beriman, kebaikan yang ada padanya, akan sentiasa dialirkan dan di kongsi dengan orang lain.
Kapal Boeing 777-200 ini, meninggalkan KLIA menuju ke Singapura. Sejam di sana, kami akan ke Abd Dhabi selama satu jam 20 minit di Abu Dhabi, barulah akan meneruskan perjalanan ke Jeddah.
Semoga perjalanan ini mendapat rahmat Allah.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Abu Dhabi International Airport
Rabu 24 Mac 2010, jam 4.25 petang waktu tempatan
Kenangan di rumah saya sebelum bertolak
Kita akan lebih bahagia dengan membahagiakan orang lain
Saya berterima kasih kepada Puan Noraini dan Nurhani Salwa yang mengenalkan saya dengan En. Johar dari KPJ. Beg yang dihadiahkan oleh KPJ kepada anak ijabah, berguna hingga ke Mekah.
Bersarapan dulu di Airport
Kenangan bersama rombongan umrah al-Ijabah 2010
Taklimat sebelum masuk
Bersama-sama memohon keselamatan dari Allah
Keselamatan bagi yang pergi dan keselamatan bagi yang ditinggalkan
Memasuki ruang imigresen
Antara yang bersama menghantar
Di dalam balai menunggu
Saat akhir sebelum bertolak
Panggilan akhir dari bumi Malaysia sebelum bertolak, ada yang dapat dan ada yang tidak….
Minta di doakan,…
No comments:
Post a Comment