Monday, February 22, 2010

Diari 166 - “Didiklah Diri Wahai Saudara…”

(Pengalaman ini telah lama saya tulis, Cuma baru sempat untuk berkongsi di sini, semoga menjadi iktibat kita bersama)

“Ustaz jangan lupa tau, tepat pukul 3 petang kena ada” kata Nurhani Salwa pada saya, ketika mengaturkan pertemuan saya dengan salah seorang pegawai dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Menara Selatan pada hari Khamis, 18 Febuari 2010.

Baru-baru ini, saya telah di kunjungi oleh seorang pegawai dari pegawai zakat di salah sebuah negeri di Malaysia ini. Beliau menawarkan kepada saya satu skim iaitu, mana-mana orang yang ingin membayar zakat, boleh membayarnya kepada negeri tersebut, kemudian, di atas persetujuan, pembayar, pusat zakat negeri ini boleh menyalurkan sebahagian ke Yayasan al-Ijabah.

Saya berfikir sendiri, saya tinggal di Selangor, kan lebih baik kalau saya minta mereka bayar di Selangor, dan mungkin Selangor juga ada skim yang sama.

Jadi, tujuan saya datang bertemu pegawai ini hanyalah mahu bertanyakan mengenai perkara ini, bukan tujuan lain.

Saya yang sedang di dalam pengambaran drama “Kelas Arab 101” meminta kepada Pengarah untuk keluar sebentar bagi menghadiri meeting ini. Saya bertolak dari Bangsar jam 2.30 petang.

Sampai, tepat jam tiga petang, saya terus ke Menara Selatan.

Nurhani Salwa telah berada di sana.

Tidak sampai lima minit menunggu, masuk seorang pegawai.

“Ini dari mana ni, rumah anak yatim mana ni?”

“Dari Yayasan al-Ijabah” jawab saya ringkas.

“Hah, dari al-jabar, tak penah dengar pun?, dekat mana ni?” dia mencelah.

“Di Subang Jaya” jawab saya lagi.

“Tak pernah dengar pun, saya duduk dekat-dekat dengan sana, bagi alamat…, bagi alamat…, biar saya melawat” katanya lagi.

Saya mula merasa pelek. “Apa kena syeikh sorang ni….?”

“Sapa nama ni? Apa saya nak panggil?” katanya lagi.

“Nama saya Muhamad bin Abdullah” kata saya.

“Saya panggil Mad ye, apa cerita Mad, cerita sikit” katanya lagi.

Saya menceritakan dengan baik mengenai apa yang ingin saya tanyakan, tetapi sering percakapan saya dicelah dan dicelah.

“Memang saya tak percaya dengan pengusaha anak yatim ni, penipu pun ada, ambil kesempatan, guna nama anak yatim, padahal untuk kepentingan diri” dia tiba-tiba naik syeikh.

“Di bawah kita (LZS), ada lebih kurang 40 rumah anak yatim, tak ada satu pun yang berjaya, semua gagal. Budak-budak tak dijaga dengan betul, niat tak betul tu…” dia menambah.

“saya bukan kata pada awak Mad, tapi memang macam tu” katanya lagi.

“Ni, awak Nurhani ni, beriya-iya nak jumpakan saya dengan Mad ni, ada komesyen ke?” kali ini Nurhani pula kena.

Nurhani tersentak.

“Astahgfirullahal azim” saya beristigfar panjang sambil menggelengkan kepala.

“Ustaz, saya datang bukan nak minta zakat untuk anak-anak Ijabah. Dah lima tahun dah kita beroperasi, satu sen duit dari Lembaga Zakat Selangor tak pernah kita minta, anak Ijabah dah sampai ke Mesir, ke Turki dan ke mana-mana melanjutkan pelajaran” saya mula membetulkan kembali tujuan saya datang bukan sebab terhegeh nak minta zakat.

Hati saya tak putus bertasbih dan beristigfar, sedih dan terharu, teringat saya jika seseorang yang betul-betul memerlukan. Bayangkan, apa perasaan jika berhadapan dengan pegawai seperti ini.

Sepatutnya, kelemahan dari pengusaha lain, tolong sempurnakan, tolong pantau , tolong ajar dan didik, bukan dihina sebagai penipu, pemakan harta anak yatim dan sebagainya.

Kalau terbukti ada penyelewengan, tarik balik bantuan yang ada, bukannya mencanang ke sana dan ke sini tanpa pembuktian.

Saya melangkah keluar dengan rasa kecewa terhadap sikap sesetangah orang seperti ini.

Nurhani beberapa kali meminta maaf pada saya bagi pihak pegawai ini.

Jika mahu mendengar nasihat ikhlas dari saya, ini dia..

“Tuan bukan orang yang selayaknya duduk di tempat ini, dan tuan perlu lebih menghayati akhlak Islam untuk berhadapan dengan orang. Jika tidak mampu berakhlak, pindahlah ke bahagian yang tidak berkaitan dengan orang ramai, kerana, sikap tuan boleh menyebabkan seluruh Institusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) terfitnah”

Saya banyak kawan dan sahabat di MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat Selangor ini, tetapi, ini kali pertama saya bertemu dengan pegawai seperti ini.

Barangkali, komen serong masyarakat pada LZS ialah kerana mereka berhubung dengan pegawai seperti ini.

Saya mendoakan yang terbaik buat LZS, kerana jasanya bukan kepalang kepada rakyat susah dan miskin di negeri Selangor. Rumah HIV di Selangor yang Ijabah dan Budi selenggarakan pun dari biyaan LZS di bawah seliaan bahagian Riqab MAIS.

Tetapi, sedikit kelemahan yang ada pada orang susah ini, bukanlah satu keharusan untuk mereka dihina hanya kerana satu sebab, iaitu mereka memohon hak zakat mereka. Ini kerana, kumpulan wang zakat itu, memang untuk mereka.

Semoga Allah merahmatimu wahai sahabat, dan semoga Allah memberikanmu hidayah. Allah pertemukan kita untuk Allah perlihatkan rintihan masyarakat yang selama ini saya tidak pernah percaya.

Hari ini saya betul-betul sedih, kerana dua sebab, pertama sebab rupanya apa yang selalu diceritakan orang ada kebenarannya, dan kedua, kenapa tempat ini tidak mendidik tuan menjadi orang berakhlak. Jika sehebat MAIS dan JAIS yang penuh dengan suasana Islam pun tuan masih demikian, bagaimana jika tuan bekerja di tempat yang tidak ada suasana Islam.

Hari ini, bahasa leceh, kita lontarkan kepada pengusaha anak yatim di Selangor. Tidak mustahil, anak kita juga tiba-tiba boleh menjadi yatim dan akhirnya duduk di rumah-rumah anak yatim. Jangan hina mereka kerana tidak semua yang tuan jumpa itu sama.

Betulkan kembali niat kita, niat yang baik akan diperbaiki Allah insyaAllah.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Di dalam perjalanan ke Seoul

6 Rabiul Awal 1431/ 20 Febuari 2010

Jam 1.10 pagi waktu Malaysia.

** di post dari oyang Officetel, Sindorim, Seoul Korea Isnin 8 Rabiul Awal 1431/ 22 Febuari 2010 jam 8.50 pagi

46 comments:

Anonymous said...

salam ustaz.

yang sebetulannya saya telah lama mengikuti bolg ini.

saya amat marah membaca 'posting' ini dan saya telah ajukan permasalahan ini terus ke zakat selangor.

maaf saya tidak meminta kebenaran ustaz terlebih dahulu.

wasalam.

zana said...

Ya..Allah ustaz....kenapa jadi sampai macam ni yer....kasihan saya dgn pegawai tu.....kerana masih tidak dikurniakan perasaan belas dan ihsan kepada anak yatim....semoga Allah memberi petunjuk kepada dia..sama2 lah kita doakan sayang kerana tempat kerjanya sudah di line yg mudah utk dia melipatkan gandakan saham disana

Anonymous said...

salam ustaz...kalau tekaan saya tepat individu yang ustaz maksudkan ...saya tidak hairan dan pelik perangai nya....tapi biarlah rahsia hanya dia dan orang sekelilingnya sahaja yang tahu akan perangainya...kalau silap minta maaf...sbab individu yang saya maksudkan memang bekerja di LZS dan di bahagian ini....saya akan hairan kalau dia layan ustaz dengan amat baik....harap faham maksud saya...

Hunny said...

Salam Ustaz,

Apabila ditanya, saya dapat komisyen ke tak, jawapan saya,"

"Astaghfirullahalazim.. saya khidmat jer encik.. ikhlas.. takkan semua benda nak dapat komisyen.."

Sesungguhnya saya sungguh malu.. And yet, it still fresh inside my memory..

Anonymous said...

Inilah sikap orang kita, bukan nak membantu tapi menghina lagi. Saya pasti kalau orang susah pegi ke mubaligh kristian pasti layanan yang diberi berbeza. Itulah sebab kenapa ramai orang kita terperdaya dengan mereka. Salah siapa ?

Azlan said...

Semoga "orang" tersebut....(tak harus panggil pegawai sebab tidak layak di panggil begitu)ditukarkan segera kebahagian lain seperti pencari fail atau menjaga kebersihan pejabat dan tidak sekali kali berurusan dengan orang awam. Menjatuhkan imej jabatan Islam. Dan kepada "anonymous".... kalau anda tahu yang "orang" ini selama ini bertabiat sebegini, mengapa berdiam diri sahaja. Seharusnya anda telah melapurkan lebih awal dan tiada lagi insan seperti ustaz Mohamed melalui situasi sebegini. Kepada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk merubah keadaan ini tolong lah cepat cepat sikit transfer "orang"tersebut.

Anonymous said...

salam.

saya adalah d first 'anoymous', dah dapat 'auto' reply dari LZS spt berikut;

Terima kasih kerana berhubung dengan LZS.

Pertanyaan anda telah kami terima. Pihak kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin
selewat-lewatnya 14 hari bekerja.

Pertanyaan lanjut sila hubungi kami.

Bahagian Khidmat Pelanggan
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
03-5522 7777 (HOTLINE KHIDMAT PELANGGAN)
http://www.e-zakat.com.my

kita tunggu apa tindakan susulan mereka.

wasalam.

Anonymous said...

salam ustaz,

kalo kena pada saya lah ustaz, saya akan perli balik kaw2 punya...

orang mcm tu kalo dia tak kene balik, dia susah nak sedar diri.. hehehehe

Family Memoirs said...

Assalamualaikum Ustaz,

Mungkin orang tersebut tak pernah atau jarang-jarang tengok program keagamaan di kaca TV. Kalau tidak masakan dia tidak mengenali Ustaz. Saya harap beliau berubah atau ditugaskan di tempat yang tidak menjatuhkan imej Islam dan pusat zakat.

MohdArshad said...

Salam...Ustaz sedih saya membacanya terkena pada Ustaz...semuga Ustaz selamat di korea.

Anonymous said...

orang seperti nie tidak sepatutnye berade di tampat seperti itu..mgkin ustaz salah seorang yg terkene seperti itu tp kite tidak tahu berape banyak lg orang yng terkene seperti ustaz..dye cakap sume anak yatim xtidak berjaya..adakah anak dye ecok pasti berjya..??jgn mengata anak yatim..

azirar said...

selalunya begitulah ustaz.. kadang2 kita tak tahu duduk perkara sebenar tapi senang2 membuat andaian.. kita bersangka baik pada org tp sebaliknya pula sangkaan org pd kita dan kdg2 kita juga terjebak dgn menyangka yg bkn2 kat org.. saya selalu pesan pd diri saya sendiri perbaiki diri dan bersihkan hati..

Anonymous said...

Salam,

Hanya nak share satu blog yg sungguh terharu iaitu pengalaman seorang pelajar kursus kedoktoran yg menghidapi penyakit cancer. Seorang yg tabah dan memberi inspirasi kepada semua pembaca.
www.masafzal.blogspot.com.

Ingat waktu sihat sebelum datangnya sakit.

Unknown said...

Salam..
Sabarnya ustaz ... kalau saya mau kat situ gak saya meletup ..

Kena belajar ni teknik sabar ustaz..

apa2 pun semoga uztaz maju jaya .. saya munkin tak bantu apa2 ... tapi saya sokong apa yang ustaz buat, i.e. anak yatim, HIVs, etc..

Wassalam

Anonymous said...

salam ziarah ustaz,
bila baca artikel ni rasa insaf

Anonymous said...

Salam semua...

Bila sekali baca memang geram kat pegawai tersebut. Tapi jgn lah kerana sorang...satu Lembaga Zakat Selangor pulak yang kena. Apapun...kadang kadang apa yg berlaku pada kita ustaz di layan sebegitu rupa mungkin asbab diri kita juga. Mungkin kita juga pernah membuat orang berasa kecil hati atau melukai mana-mana hati orang lain tanpa kita sedari atau tidak. Bila kena pada diri kita, tahu pulak kita marah dan tersinggung. Tapi bila kita buat pada orang pernah kah kita berfikir? Tepuk dada tanyalah Iman...Tak di nafikan sukar utk menemukan pengurusan rumah anak yatim yang terbaik. Mungkin ada benar juga pernyataan pegawai tersebut...sama-samalah muhasabah...kerana kita manusia bukan malaikat.

Editor LZS said...

Salam,

Saya amat bersimpati atas kejadian yang tidak diingini ini, saya bagi pihak pengurusan dan kakitangan LZS ingin memohon jutaan maaf diatas keterlanjuran pegawai berkenaan dalam melayan tetamu lebih-lebih lagi dikalangan pemohon (asnaf) yang ingin mengadu dan mendapatkan makluman yang jelas dengan kami.

Jika tidak menjadi keberatan, mohon tuan lampirkan nama pegawai berkenaan atau sekurang-kurangnya perwatakan pegawai tersebut utk kami jalankan siasatan yang terperinci agar kejadian ini agar ianya tidak berlaku lagi pada pelanggan yang lain di masa yang akan datang.

Sekian, wassalam.
EDITOR LZS
editor@e-zakat.com.my
Talian Khidmat Pelanggan : 0355227777

aza said...

ustaz..lampirkan apa yg dikehendaki oleh editor LZS tu....kita tengok apa tindakan mereka terhadap pegawai yg mcm tu....wallahualam.

Anonymous said...

aper ustaz jangan lah marah...ustaz tak adil dalam tulisan, hanya satu perkara ustaz tak pueh ati, ustaz highlite yang burok jer. ustaz...tau tak...?jika org yg bc citer ustaz ni tanak byr zkt lg amacam? bukankah lebih baik ustaz tolong promo kan zkt agar ramai yg x byr zkt dtg byr..jika x puas ati, salurkan kpd pihak yg sepatutnya bukan tulis dlm we/blog mcm ni...pikirk2kanlah...
kena hglite jgk kot2 ada bantuan zat yg ustaz terima, barulah FAIR...

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

Sheikh hantu anonymous kat atas nie.

Ini adalah blog ustaz nie, jadi dia cerita apa yang dia nak cerita la. Apa masalah ko ?

Kalau ko nak komen, komen la pasal buletin utama. Bukan blog peribadi mcm nie.

Apa yang kita nampak dan tak puas hati dlm kehidupan kita, kita tulis la.

Apa masalah kalau orang tak nak bayar zakat kat LZS ??? kalau diorang kejam dan kurang ajar mcm nie, lagi baik tak bayar pada diorang.

Apa pegawai LZS nie akan jawab depan Tuhan nnt jika anak-anak yatim dibawah ustat nie layak terima zakat tu ???

Jgn la nak komen guna nama hantu anonymous kat blog orang tak pasai2, tapi kita sendiri takdak teloq nak letak nama betul sewaktu komen.

Kalau tak tahu adab berblog, orang panggil bodoh.

Tapi kalau tak tahu adab berblog dan tak nak tanya atau belajar, orang panggil bengap.

Kepada sorang lagi hantu anynymous,

Kalau nak tunggu setiap orang dlm LZS tu buat salah, baru kita nak report, dah terlambat la sheikh.

Bila sorang buat salah, kita terus tegur. Kita bukan tegur LZS, kita tegur individu.

Ini pun tak dpt bezakan ke wahai hantu ???

Kalau org ckp, ada 10,000 orang islam adalah penagih dadah. Adakah ini bermakna Islam itu mengajar orang untuk menagih dadah ???

Ini takde kaitan dgn Islam, ini masalah umat islam. Mcm tu jugak la dlm kes ada.

Ini kes seorang pegawai LZS, bukan LZS itu sendiri.

Bodoh kalau belajar, boleh jadi pandai. Tapi kalau bengap, dia mmg takkan belajar.

Elakkan menjadi bengap, jadilah bodoh yang boleh menjadi pandai.

SJ

SJ

Anonymous said...

wah..wah..bahasa..
memang la blog peribadi tp ramai yg baca..xpe la, ko punye teloq mmg beso..baguih la..hang try la p suruh org byr zakat tengok..hang la pandai dan berani tyg teloq..hebat hang..aku tabik hang SJ

Anonymous said...

Tuan tidak berlaku adil kepada LZS. Kenapa tidak diceritakan yang Yayasan AL-Ijabah dapat bantuan zakat tahun lalu sebanyak RM1.5 juta.
Mungkin ada betulnya apa yang kawan kita kat LZS tu kata. Berapa banyak Pusat Anak Yatim diaudit di Malaysia. Rumah Anak Yatim tuan sudah diaudit ker? Jangan nak melenting tak tentu pasal. Kalau tak puas hati buatlah laporan kepada LZS terus.

manusia ajaib said...

SJ, tuan hebatlah pasal komen tak tentu pasal. Cuba tanya sheikh Amin baik2... perbincangan yang panjang tak kan cuma cerita komisyen dan pusat anak yatim penipu jer.

Mesti ada cerita lain. Kenapa tak tulis semua biar pembaca lain turut membaca. LZS tak saman Al Ijabah pun dah cukup bernasib baik... dapat duit zakat pun tak bersyukur. Ada banyak lagi Pusat Kebajikan di Selangor ni yang tak dapat bantuan mana-mana. Janganlah emosi sangat

Anonymous said...

En. shahabudeen jalil...kalu yer pun tak setuju jangan lah emosi sangat...ni sampai terkeluar perkataan bodoh, bengap...dan mencarut, aper cerita?..Saya sebagai peminat blog ustaz amin, terkejut gak la seorang pengarah urusan bahgian ekonomi yayasang cakap macam ni, leceh lah...kita boleh siar komen..tapi jangan lah macam ni bahasanye...kalau macam ni, lebih teruk dari ayat yang peg. zakat tu cakap pada ustaz amin dalam blog ni.

manusia ajaib said...

SJ dan Tuan Amin,

hati-hati kalau berbicara. Orang yang makan harta anak yatim antara tujuh dosa besar. Pegawai di LZS sekadar mengingatkan tentang harta anak yatim. Salah kah?

Anonymous said...

blog dia memang la peribadi SJ tp bukak utk smua org...Kalu nak tegur, gentleman la tegur depan2...ni msk blog buat pe..pstu x kasi hantu komen pulak..dh ada pilihan hantu kt situ, so aku gunalah wahai SJ yg cerdik...ko g rumah org, pastu anak dia perangai x betul..ko nk tegur anak dia tp ko tulis dlm blog..anak dia n fmly dia x baca, tp org lain yg baca..sudahnya org pulaukan anak ke fmly dia???hai SJ yg cerdik, hang pikirlah guna otak, jgn guna teloq tau...

Shahabudeen Jalil said...

he he he.. panas nampak.. SJ akan kembali.....

manusia ajaib said...

SJ,

bila melibatkan rumah kebajikan tak payah lah nak gaduh. Duitnya ciput jer.. buat malu jer pada Badan Kebajikan Bukan Islam. Baik kita muhasabah diri masing2... yang Tuan Mohd Abdullah pun satu kalau tak puas hati buat lah laporan rasmi tak payah nak publish.. kan pekung masing-masing dah bukak. Maaf kalau terasa

Anonymous said...

salam kepada tuan yg mengatakan yayasan ijabah telah mendapat 1.5 juta bagi anak2 yatim adakah benar..??leh tuan kemukakan bukti..??selame nie sy mengikuti blog ustaz amin tidak pernah menyatakan anak yatim yayasan ijabah telah mendapat 1.5 juta pon..kalu tuan dengar khabr angin nie tidak betol leh menimbulkan fitnah kepada yayasan ijabah..
"Sesungguhnya orang yg menfitnah itu dosanya lebih besar dari pada membunuh"

Shahabudeen Jalil said...

kah kah kah... hantu hantu mengelupur..

isu asas penulis Ustaz Amin nie, jika tak silap saya adalah mengenai adab seseorang yang menerima pelanggan atau client yang hadir ke pejabat.

Bukan isu lain seperti hantu2 kat atas nie dok bising.

Bila kita ke satu2 pejabat, kalau pekerja tu buat pekak, kita report la.. ini budaya yang cukup bagus la. Bukannya diam sampai orang tu naik lemak.

Hantu-hantu kat atas nie mesti dikalangan orang yang sama seperti orang dalam cerita nie. Pemalas, tak buat kerja betul2, pastu harapkan orang merayu kat korang.

Ingatlah, waktu korang dok main fb, blog dan internet nie, kalau kena pada waktu kerja, ini adalah haram kerana waktu tu adalah waktu korang bekerja.. bkn komen kat blog ustaz amin nie.

Yang aku kagum lagi dan lagi, ADALAH, takde seorang pun yang kritik kat sini yang bukan hantu. Semua hantu anonymous dan manusia ajaib (hantu jugak).

Apsal korang takut wahai hantu ???

tak berani letak nama betul ke???

Kalau dah korang betul, kenapa takut ???

ini pun dah cukup membuktikan korang nie hantu yang penakut...


Blog mmg boleh digunakan untuk mengubah keadaan. Malah perdana menteri kita pun boleh ditukar dengan kuasa blog. Tun Mahathir pun guna blog untuk sampaikan kritikan.

Pegawai2 bawahan nie, naik lemak sebab pegawai atasan tu dok tak habis2 meeting meeting meeting.. pastu dok pegi majlis itu ini, buang masa.

Kritikan tak salah sheikh2 sekalian.. kritikan boleh membina.

terima kasih

SJ

Unknown said...

Salam semua,
Kepada yg marah pada ustaz Amin, sila baca balik artikel ni dengan fikiran terbuka. Ustaz Amin hanya ingin menegur seorang pegawai LZS sahaja bukannya "LZS".Ustaz teruskan usaha kerja2 yg mulia dan murni ini.

Shahabudeen Jalil said...

Pandai Boy....

saya pun lepas baca beberapa kali, baru fhm.. so bacalah dgn teliti.. bukan baca dengan membuta tuli...

nureen said...

Salam Ustaz Amin dan semua yang memberi komen di sini,

Saya hanya ingin memberikan pandangan mengenai isu dalam entri kali ini.

Pada pendapat saya, apa yang ustaz ingin berkongsi dengan kita semua di dalam entri ini ialah bagaimana akhlak seseorang Muslim apabila berurusan dengan orang lain.

Pegawai LZS tersebut ternyata tidak menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim walaupun dia bekerja di dalam persekitaran Islam.Sedangkan di dalam Islam, kita perlulah sentiasa bersikap lemah-lembut dan bercakap dengan sopan-santun apabila kita berurusan dengan orang lain.Tetapi, amat mendukacitakan pegawai tersebut sememangnya tidak layak untuk berada pada jawatannya sekarang ini kerana sikapnya yang amat kasar dan tidak berbudi bahasa sama sekali.

Diharap pihak LZS dapat mempertimbangkan agar pegawai tersebut dapat dipindahkan terus ke bahagian lain dan sekiranya boleh menghantarnya ke kursus-kursus yang mengajar bagaimana untuk berinteraksi dgn orang lain dengan penuh berhemah.

Wassalam.

Anonymous said...

kepada yang bertanya betul atau tak, yayasan al ijabah memperolehi kelulusan RM1.5 juta dari LZS... sila rujuk sendiri dengan encik SJ kita sebab dia ni Pengarah Ekonomi Yayasan atau pun tanya pegawai LZS sendiri.

Baguslah dengan ayat fitnah itu boleh membunuh tapi ingatkan jugak makan harta anak yatim adalah antara tujuh besar dalam Islam

Kepada pembaca sekalian, cuba tanya dan periksa... ada tak rumah-rumah anak yatim kat Malaysia atau rumah kebajikan yang diaudit setiap tahun. Duit sumbangan diperolehi setiap tahun tapi siapa yang yang double check.

Macam mana pembaca lain nak judge pegawai LZS tu sebab kita pun tak tahu cerita sebenar antara pegawai LZS dan Tuan Mohd Abdulah. Ini cuma pandangan penulis blog nie. Tolong tulis nama pegawai tu... sebab saya selalu berurusan dengan LZS.

Unknown said...

Salam semua,

Kepada tuan anonymous diatas, sepatutnya orang yg menuduh perlu membawa/menunjukkan bukti untuk membuktikan dakwaannya benar bukan fitnah semata2.Ayoh tunjukkan bukti2 anda,sekiranya anda berkata benar.

Anonymous said...

Salam Tuan Blog,

1. Saya dapati tuan hanya berkongsi 'perasaan' mengenai sikap seorang daripada pegawai zakat.
2. Tapi saya tidak pasti sejauh manakah 'dakwaan' tuan itu benar.
3. Blog ini hanyalah 'cetusan rasa.' Jika tuan betul-betul kecewa, sila buat laporan atau komen bertulis.
4. Namun saya yakin, perbualan tuan dengan pegawai berkenaan pasti lebih panjang daripada apa yang dipaparkan.
5. Maka, jika apa yang dipaparkan hanya 10% drp apa yang dibualkan, saya anggap itu tidak adil.
6. Ingat, tulisan ini boleh menimbulkan kesan negatif, sama ada kepada LZS, pegawai berkenaan, Yayasan Ijabah dan diri tuan sendiri.
7. Maka, jalan terbaik buatlah dengan cara berhemah. Saya akui ini blog tuan, namun cubalah elakkan kekeruhan demi kebaikan semua pihak.

Terima kasih

Ustaz Zakat

Anonymous said...

aik SJ...dh x mncarut ker...aku ingat ko nk mncarut lagi...betul sgt kata ko, semua keburukan org boleh ditulis dlm blog sbb kononnya nk betulkan org tu...haha..ko mcm surat khabar hari ni la..tulih konon nk ceritakan keburukan org tp mengajar org jd kurang ajo...sejibik mcm bhs ko..ust amin tlg tarbiah sket si SJ ni...hihi..ko x bc komen org yg suruh buang/tukar mamat tu???x ke sejibik mcm surat kabau, baru mula nak bicara dh ada hukuman...dh buat aduan rasmi tunggu la...lepas ni kalu pegawai tu mtk maaf kt ust amin nak buat cemana??nk kekalkan posting tu ker???ckp mcm bagus...kan dh pesan, tulih guna otak jgn guna teloq!!!

junaidah said...

Salam untuk semua, Jgnlah kita salah menyalah hanya kerana luahan rasa ustaz Amin.

Hanya untuk iktibar kita semua. Jgn di pnjg2kan. Ustaz akan bertemu dengan Pegawai LZS. Kita doakan semua akan berjalan lancar.

Saya sebagai org luar Yayasan dan LZS mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yg telah terjalin antara keduanya. LZS memang ada memberi bantuan ke Yayasan Ijabah Rumah Ukhwah HIV, bukan Rumah Anak Yatim.

Berdamailah semua. Moga kita di ampunkan.

Anonymous said...

Salam,

sebagai umat muhammad memang kita dianjurkan agar berdamai...

Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (al-Anfal: 61)

Tapi pesan ana, lain kali berhati-hatilah...jangan buat lagi demi kebaikan semua pihak...

Lebih baik, ust Amin membuat ucapan maaf secara TERBUKA di blog ini...setuju?

ustaz zakat

Anonymous said...

salam..mmg 1.5 juta lzs bgi kat yayasan ijabah tp 1.5 juta tu LZS beri untuk rumah HIV darul ukhwah bkan LZS bg kat ANAK-ANAK YATIM YAYASAN IJABAH..ustaz amin cerita dlm blog psl anak yatim je..

Anonymous said...

SJ...oo SJ...mana hang???

al-Faqir IlaLlah said...

baru terbaca diari ustaz ni...

agak terkejut sket tapi xheran sgt...

kat mane2 pun ade org camni,cuma biaselah,bila institusi Islam, bende tu akan lebih 'terserlah'...

tp agak bersetuju gak,sepatutnya pegawai tu perlu lebih beradab,jgn terus buat andaian...krn nila setitik rosak susu sebelanga...

dan saya tak rase org terus xnak bayar zakat...tp,tidak membayar ke LZS mungkin,maybe die tuko channel bayo ke pusat2 zakat yg lain kalau cara berurusan seperti ini...

LZS jgn terlalu bangga dgn kutipan tertinggi.jgn ingat dah jd the best,terus melenting xleh ditegur,terasa bagus.ini hakikat yg perlu diterima...itu semua ujian dan amanah Allah...

mereka yg menjadi amil khusus di LZS tu kena faham mafhum ayat 263 dr Surah al-Baqarah ni:

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."

cuba baca 2,3 kali catatan diari ustaz ni,ustaz xmenghukum LZS,tapi adab muamalah sahabat kita td,muhasabahlah...

termasuk gak SJ...enta tu pun sbg 'Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pembangunan Usahawan untuk Yayasan Al-Ijabah'...jg akhlak dlm penulisan,jgn kasi malu kat Ustaz Amin...

apa2hal pun, ustaz sbg tuan rumah kenalah control ayat2 atau bahasa2 yg xelok...'biyadihi' tu ade pd ustaz...maaf ustaz,tumpang lalu...

Anonymous said...

al-faqir ilallah...bc posting terbaru..ini bukan mslh fhm x fhm quran/hadith tp cara menegur yg tidak tepat...tanak byr atau nk byr zkt d LZS atau d tpt lain bukan persoalan, itu kewajipan individu...hang elok byr tpt lain la..ustamin pon blh terima maaf org tu, hang pulak nak warning2 LZS..mtlmt LZS bukan nk jd no 1 tp nk smua org faham pasal zakat...zkt ciput kt sek ren/men hatta d u skalipun..byk fakta yg org luar x tau...dok kata sesedap rasa, x kena sket canang satu dunia..lebih dr 15 tahun LZS buat semua usaha dakwah, tp yg byr zkt di LZS br 160 ribu org...fakta ni ada kt laporan kutipan LZS..yg hang baca RM saja buat pe??160ribu di selangor..mana lg yg x byr tu???hang ingat keje LZS je ke dakwah pasai zkt???hang tau ada hadith yg suruh sampaikan drp nabi walau 1 ayat...termasuk dakwah zkt..hang ingat kalu x bley tolak income tax, ramai sgt ka nk yr zkt ni???semua kena tgk fakta, then kuar fakta pakai otak jgn pakai teloq...

Nuazhar said...

Salam,

1. Bahasa tulisan SJ memang kasar dan berbau lucah. Harap dapat terima komen ni dan usahakan penambahbaikan. Bukankah dalam artikel diatas Ustaz Amin sendiri menekankan akhlak didalam organisasi LZS. Apatah lagi SJ yang berada dalam yayasan Al-Ijabah, kena jaga bahasa tulisan. Pekerja organisasi Al-Ijabah pon tidak terkecuali untuk menjaga akhlak.

2. Sekiranya saya mengambil sikap percaya kepada Ustaz Amin (one side story), maka sikap pegawai LZS memang tidak wajar dan patut diberi kaunseling. Orang2 yang bersikap begini bukan hanya ada di di LZS sahaja tetapi terdapat juga didalam organisasi-organisasi lain juga. Memang andaian kita, kalau sekiranya institusi agama, maka staffnya juga akhlak bagus. Bila realiti berbeza kita kecewa. Ini adalah andaian yang naif. Kita perlu sedar, akhlak seseorang diwarnai oleh pelbagai faktor, ibu-bapa, kawan2, persekitaran, pengalaman hidup, pendidikan dsbnya, bukan hanya budaya dalam organisasi sebagai satu-satunya faktor penentu. Malah dalam politik Islam sekarang ni pon, akhlak yang buruk sudah menjadi trend. Caci maki cela carut bongkak sombong ujub takbur riak semua ada.

3. Paling bagus kalau Ustaz Amin terus laporkan pada pihak yang bertanggungjawab didalam LZS. Ini lebih efektif dan boleh mengelakkan fitnah, berbalah-balah sesama sendiri dan mendapat dosa-dosa percuma akibat cela-mencela dalam blog ni.

4. Sekiranya ingin highlight untuk menjadi iktibar, tak perlulah menyebut LZS, hanya sebut secara umum. Kita kena tolong saudara kita di LZS dengan point 3) diatas, bukannya menghebahkannya didalam blog. Bukankah menjaga aib saudara kita itu perkara yang dituntut. Perkara yang boleh diperbaiki dengan berhemah ini sebaliknya sekarang telah mencemarkan imej LZS, padahal LZS pon tidak kurang hebatnya membela 7asnaf berbanding Al-Ijabah yang hanya membela 1 asnaf.

5. Walaupon blog adalah luahan pandangan kita, tetapi apabila kita tahu ia diikuti umum kita perlu lebih berhati2.

Bayangkan anak-anak muda Islam yang celik IT melihat tatabahasa orang Islam dewasa yang terkenal dengan budi bahasanya. Jangan salahkan generasi muda sekiranya mereka kurang ajar, kerana orang dewasa sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik.

Apapun saya harap pihak staff LZS dan Al-Ijabah dapat sama-sama memperbaiki tulisan atau percakapan. Saya memang suka ikuti kisah-kisah pengembaraan Ustaz Amin. BaarakAllahufikum. wassalam.

Ust Abu said...

"Didiklah Mulutmu Wahai Pendakwah & Orang Agama"

Assalamualaikum,

Bagi ana, tajuk di atas adalah lebih sesuai dipakai dalam hal ni.

Antara masalah yang berlaku dalam NGO/Yayasan (termasuk yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz), ialah suka mengadu dombakan hal-hal yang dirasakan tak puasa hati tentang gerakerja/operasi yang dibuat oleh pejabat agama/badan berkanun lain, kepada sebaran awam.

Sepatutnya, isu remeh temeh yang cuma mengenai peribadi seseorang (terutamanya yang sudah famous), tak perlulah diperbesarkan...

Padalah, perangai orang-orang agama yang suka mendedahkan butiran-butiran urusan dalaman MAIS tentang perancangan dan operasi semasa... itu sepatutnya lebih 'prioriti' untuk dihindarkan. Kenapa dedahkan urusan confidential MAIS? Sebab itulah, ana katakan bahawa sepatutnya tajuk entry ni diubah kepada "Didiklah Mulutmu Wahai Pendakwah & Orang Agama"...

Contohnya, seperti isu di bawah:

Ijabah 47 - Ust Amin Mendedahkan Urusan Sulit MAIS

Ust Amin,

Semua NGO/Yayasan ada masalah... bukannya Ijabah sahaja. Tapi bezanya ialah, NGO-NGO di Selangor ini, tidaklah sampai gunakan platform 'blog' atau media lain untuk mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Sebabnya, mereka tahu tentang adab sopan...


Ironiknya Ust Amin,

Masalah pengurusan di rumah HIV di zaman Puan Haliza dulu... kenapa tak syok pulak hebohkan dalam blog? Tahu pulak nak jaga batang hidung...

Bila MAIS pergi buat siasatan sendiri di sana... dan ambil gambar sana-sini... pandai pulak berkata "Kenapa tak minta izin saya dulu, nak ambil gambar tempat tu?"....



Jadi, didiklah diri mu juga wahai orang agama... setiap kali anda menyampaikan tazkirah/peringatan kpd mad'u yg mendengar, maka peringatan itu lebih awla ditujukan kpd diri sendiri...

Bukanlah apabila anda dijadikan Allah sbg terkenal dlm masyarakat, maka itu menjadikan anda setingkat lebih tinggi dari orang lain..

Cuma amanah ilmu yg menjadikan seseorang dimuliakan Allah... untuk disampaikan kdp masyarakat...

Ketika di zaman Nabi, seorang Yahudi buta duduk2 di tepi pasar, hari-hari kerjanya mengutuk baginda s.a.w, tapi setiap hari disuapkan makanan oleh baginda sendiri, tanpa disedari oleh si yahudi itu.

Yahudi itu cuma sedar ketika mulutnya disuap makanan oleh Saidina Abu Bakar r.a, kerana keadaan suapan yg dirasakan berbeza.

Jadi, peribadi pegawai LZS yg berurusan tu, tidaklah seteruk si yahudi Madinah tu...

Soalan: Jika Ust Amin hidup sezaman dengan Yahudi buta tu, apakah layanan ust kepadanya?


Wallahu A'lam...

Anonymous said...

majoriti asnaf tidak sedar diri da bg banyak bantuan tp x pena bersyukur.pegawai zakat ramai berhati-hati dan beri bantuan pd yg layak tp ade lak yg guna rasuah nak bantuan.manusia jeis ape ni.ramai asnaf yg punya harta bukan ssh mn pun sj mls kj tiap2 thn beranak pinak je telan duit zakat.xde perasaan mali pd Allah coz amek yh bkn hak.pegawai berkenaan selidik lah btl2 org yg btl2 miskin xkn mengaku diri miskin dan berusaha untuk mendapat sst dgn keringat sendiri.tp org yg mls sering meminta2 sering ckp diri ssh pdhal mampu lg kudrat nk memerah keringat.pegawai atsn jgn nk mengerah pegawai bawahan je tgk sndri asnaf sbnr mcm mn mrk sume topeng manusia je.sy bgtau ni coz sy wat kajian thdp asnaf2 yg ada di malaysia ni.teruk.umat islam yg menjadi contoh x baik zmn skrg

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...