Sunday, January 10, 2010

Sekilas 32 - Isu Penggunakan Nama Allah

Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.

Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.

Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato’ Haron Din.

Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.

Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.

Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.

Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.

Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.

Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.

Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-

“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”

Agak-agak, keliru tak?

Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-

Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.

Agak-agak, keliru tak?

Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-

“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.

Agak-agak, keliru tak?

Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.

Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.

Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.

Ada orang berkata:-

Buat apa takut, Islamkan kuat

Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.

Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”

Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.

Agamawan teori hanya nanti akan berkata,

“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”

Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.

Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.

“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”

Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.

Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.

“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”

Agak-agak, keliru tak?

Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Januari 09 jam 10.30 malam

* Ada boleh juga membaca artikel di bawah ini


http://www.ustazamin.com/2009/02/sekilas-11-pewartaan-kalimah-allah.html

http://www.ustazamin.com/2009/03/sekilas-12-isu-kalimah-allah-iktibar.html

8 comments:

twistal said...

1) salam ustaz...

2) saya pun bimbang sekiranya penggunaan kalimah ALLAH digunakan mereka yang bukan islam..

3) sekiranya mereka berjaya mendapat kelulusan penggunaan kalimah ALLAH, mereka telah berjaya melakukan dakyah mereka kepada umat islam...

4) mungkin ini agenda pertama mereka untuk menghancurkan islam..

5) siapa tahu apa yang mereka akan lakukan selepas ini

6) kalau kita memberi mereka peluang yang pertama ini, sudah tentu akan ada peluang yang kedua dan ketiga untuk mereka

mr edz said...

saya setuju.. walaupun di benarkan dalam Islam tetapi keadaan masyarakat hari ini yang kurang agama akan membawa kekeliruan yang besar.

Shida Rahman said...

kami org awam yg cetek ilmu dalam
bab2 syiar islam. dari segi pandangan mata kasar memandangkan realiti kehidupan masyarakat islam di malaysia yg kini mudah terikut2 dakyah yg dimainkan.. Pada pendapat saya ianya amat mudah untuk mengelirukan anak cucu cicit kita nanti...

terima kasih ustaz pandangan yg ikhlas dtg dari sudut hati yg berperanan melalui pengalaman tidak melalu cakap2 kosong.

Abihaiqal said...

جزاكم الله خيرا

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pandangan Ustaz.Apa yang Ustaz nyatakan adalah hasil dari pengamatan dan pengalaman sendiri dan bukannya dari teori atau buku2.Pejuang2 Islam patut turun ke padang dan berhadapan dengan masyarakat.Teruskan Perjuangan Ustaz!

PEACE said...

salam perpaduan... salam 1Malaysia!

Pertama sekali, saya sgt tidak bersetuju dgn PENDAPAT Ustaz.. Maaf, ternyata ustaz belum berpengalaman mendalami agama lain..

1) Tidak pernah ada Istilah 'Allah dan anaknya ISA' dlm kristian.. Tiada ISA dlm ajaran kami

2) Kami telahpun guna 'Allah' bertahun2 lamanya di Sbh & Swk.. Ustaz2 di sini x pula komen, x pula bantah, x pula kdgrn yg ada org KELIRU... Ini buka 'TRY & ERROR' lar, dh lama kmi guna, tba2 x boleh..apa hal..

3) Ssetengah org Islam tersangatlah buruk sangka.. Dlm agama kami.. Tiada 'AGENDA' atau 'PROPOGANDA' tersembunyi, cuma ia permainan minda yg kotor olh sstengah org..

4) Cth2 KEKELIRUAN yg ustaz berikan itu adalh x logikal.. Sbb tiada ISA dlm ajaran kami..'Allah & ANAK' juga tak pernah ada..

Utk pengetahuan ustaz, rumah sya berdekatan dgn Masjid.. Setiap hari jumaat, sya akan mendengar ceramah2 yg dpsang mlalui speaker, saya tak pernah KELIRU dgn apa yg disampaikn sngguhpun ia berbeza dgn ajaran kami..

Utk pengetahuan ustaz, sstengah org itu mengaku Islam tetapi menghina, mngutuk, membuat tuduhan melulu ke atas agama kami tapi kami endahkan sbb ia adlh ajaran kami utk mmbuat kebaikan kpd sesiapapun..

Soalan saya,

1) Salah siapa jika anak2 muda tak tahu pasal agama mereka sendiri?
2) @Shida: Kalo dah mngaku cetek ilmu, kenapa tak belajar lagi?
3) Lagu2 negeri yg ada 'Allah' yg dinyayikan olh semua rakyat tersebut mcmna pula?


TQ..
(Tulisan sya juga adlh hasil pengalaman saya, so kalo nak tahu btul or x, or nk tau lbih lagi, search and baca sendiri..)

Anonymous said...

ilmu itu tidak akan habis. shida harap anda sentiasa tambahkan ilmu yek.
kepada peace, adakah anda telah membaca perjalanan diari ustaz ke seluruh dunia n diarinya? memahami sejarah? dan dia pun ilmunya tetap tak habis tuntut. panjang perbahasan ini x cukup rasanya ruangan ini mengapa dan kenapa bagi persolan peace. cubalah tengok sejarah bagaimana orang bukan islam dilayan masa zaman khalifah umar. kami tidak menghina itulah ajaran islam sebenar.
penggunaan Allah di sbh & srwk kerana dah dekat sgt dgn indonesia semua bleh guna nama Allah. dah ikut-ikut....

hazreen rashid said...

Wahai Encik PEACE, kalau betul

1) Tidak pernah ada Istilah 'Allah dan anaknya ISA' dlm kristian.. Tiada ISA dlm ajaran kami. Tolong ingatkan saya sekali lagi, buat apa kita nak bising2 pasal hal nie?

Senang cerita teruskanlah menggunakan God/Tuhan untuk mengajar penganut Kristian tentang tuhan mereka dan Yesus Kristof untuk merujuk kepada Isa.

Saya tak faham.



Ustaz Amin: jazakallahu khairan kathira ustaz kerana menceritakan pengalaman ustaz. saya sendiri sudah naik meluat dengan sesetengah pihak tertentu yang cuma pandai menaip di depan komputer. Agaknya nak tunggu suasana islam macam di indonesia yng penuh keliru baru kita nak panik.

Teruskan tsabbat di jalan dakwah ustaz. ada rezeki kita jumpa di Malaysia insya Allah.


Hazreen dari Moscow.

Anonymous said...

salam ustaz.. sy rs isu kalimah Allah ni, mybe ada hikmah d sebaliknya.. bg sy isu kalimah Allah ni x lah teruk sgt kalu d bandingkan dgn cite2 hantu yg d benarkan oleh KDN.. sy rs cite2 hantu ni patut d gam jer... x pulak kite risau anak2 kite lebih takut hantu drpd Allah.. padahal Allah x pernah pun nyatakan hantu tu ujud? yg Allah nyatakan musuh paling nyata skali adalah syaitan....

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...