Tuesday, January 5, 2010

Diari 145 – Catatan Dari Hong Kong Ke Shenzen

3 Januari 09, saya telah berada di Hong Kong kala ini. Cuaca di Hong Kong kala ini ialah 17 darjah celcius. Agak sejuk. Setelah selesai urusan imigresen, saya, ustaz Jazlan, Cik Ashab dan Ameen makan di kedai makan halal di dalam lapangan terbang ini.

2.00 petang, kami mula meninggalkan kawasan terminal. Di sini, agak mudah kerana maklumat perjalanan bas dan kereta api terpampang besar.

Kami ke kawasan perhentian bas.

Bas yang diberi mana Airbus ini kebanyakkannya dua tingkat

Pemandu kami pada hari ini ialah seorang perempuan

Kami meninggalkan lapangan terbang melalui jalan-jalan di Hong Kong menuju ke Sheung Shui Station. Ia adalah sebuah stesyen kereta api menuju Shenzen.

Hong Kong satu wilayah yang cantik dan amat sesuai untuk kapal-kapal besar. Ini kerana, pulau-pulaunya menjadi pemecah ombak dan menyebabkan tempat ini sangat sesuai untuk menjadi perlabuhan

Selat-selatnya seperti selat Bosphorus di Turki, bangunan-bangunan dibina ditepi teluk ini.

Kami melihat sekeliling dan kebanyakkan kereta di sini dibawa dengan sangat perlahan hingga kami menyangka mungkin tidak ada kemalangan di sini.

Baru sahaja perbualan itu di tuturkan, dihadapan kami terdapat kemalangan antara sebuah MPV dan lori

Kemalangan di Hong Kong


Perjalanan dari lapangan terbang ke Sheung Shui Station mengambil masa selama 45 minit. Kami sampai jam2.50 petang

Dari Sheng Shui Station, kami menaiki kereta api pula untuk ke Lo Wu, sepadan untuk ke China

Hanya satu station sahaja kami telah sampai ke sepadan China


Selesai urusan imigresen Hong Kong kami melintasi sebuah sungai dan kami kini telah berada di China.

Daripada sepadan ini, kita bolehj memohon visa ke China dan tak sampai 10 minit visa siap dengan bayaran 160 Yuen bersamaa kurang lebih RM 80.

Kami sampai di China jam 3.50 petang dan sahabat-sahabat Allahayarham pakcik saya telah menunggu.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shenzen China 5 Januari 09 jam 8.15 pagi

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...