2 Januari 09, jam 9.00 pagi, saya yang sedang sibuk menguruskan 1001 macam perkara, dikejutkan dengan panggilan telifon dari Abang saya, Ustaz Jazlan.
Beliau memaklumkan bahawa, pakcik saya yang bertugas di Shenzen, China telah kembali kerahmatullah jam 2 pagi.
Kami terus menghubungi Wisma Putra dan dapat berhubung dengan pegawai kedutaan di Guang Zhou China.
Bagi menguruskan jenazah, insyaAllah, Saya, Ustaz Jazlan dan seorang lagi Pakcik, akan ke China esok, 3 Januari jam 6.20 pagi.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Allahyarham Haji Abdul Wahid bin Haji Omar…..
Al-Fatihah…..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
2 Januari 09 jam 11.20 malam
2 comments:
Al Fatihah...
Salam Ustaz
Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruh nya..amin
Mohamad Abdullah
Post a Comment