Saturday, January 23, 2010

al-Ijabah 43 – “Jangan Diskriminasikan Mereka…”

Rabu 20 Januari 2010, satu Soalan yang menarik yang diajukan pada saya ketika saya dikunjungi oleh wartawan Majalah al-Islam di Darul Ukhwah Petaling Jaya.

“ Apakah peranan yang boleh dimainkan pihak media untuk bersama-sama membantu pesakit HIV ini?”

“Senang sahaja, bantu dari sudut mewar-warkan hinggalah masyarakat tidak mendiskriminasikan golongan ini”.

Satu scenario yang terjadi sekarang ialah kebanyakkan masyarakat meminggirkan golongan HIV ini. Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan seperti kita. Biar apa pun latar belakang mereka, tidak menyebabkan mereka boleh dipandang tanpa kasih sayang.

Barangkali, beginilah, masyarakat Arab memandang golongan Riqab (yang terhamba dirinya) satu ketika dahulu hingga Nabi saw mengucapkan :-

Barang siapa yang membebaskan golongan Riqab, maka Allah akan membebaskan setiap sendinya dari api neraka

Di Selangor, orang HIV di golongkan di dalam golonga Riqab. Jadi, kita mempunyai peluang untuk beramal seperti para sahabat dahulu membela golongan ini.

Marilah sama-sama kita membantu golongan ini. Paling kurang doakan. Kalau dengan membela golongan kita dianggap dengan berbagai anggapan,

“nak glamour, nak menunjuk, ada kepentingan” dan sebagainya…

satu penghormatan buat kita.

Semoga Allah bersama mereka yang sakit ini. Sesungguhnya, berkasih sayang sesama Islam itu akan melayakkan kita mendapat perlindungan Arasy Allah di akhirat nanti.

 

“Mengharap Kepulangan Yang diredhai”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam 23 Januari 2010 jam 2.30 petang

IMG_5698

IMG_5699

Pihak Media boleh membantu dari sudut mewar-warkan hinggalah masyarakat tidak mendiskriminasikan golongan ini

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...