“Amin, ko ada baju warna hitam tak? Tanya Ustaz Jazlan pada saya. Beliau merupakan abang sulung saya dan mempunyai perbezaan umur 8 tahun dengan saya.
“Kalau tak ada Long belikan, sekarang Long kat PKNS ni” beliau menawarkan.
“saiz ko XL kan?” tanya beliau lagi.
“Macam tulah” jawab saya ringkas.
Hari ini, 24 Januari 2009, saya dan Ustaz Jazlan memenuhi undangan sebagai ahli Panel program Halaqah TV9 yang dibuat secara langsung dari Studio C, Sri Pentas.
Kebetulan kala ini, Allahyarham Sultan Johor, Sultan Iskandar telah kembali kerahmatullah. Jadi, kami diminta oleh penerbit untuk memakai sut hitam.
Jam 3.00 petang, ustaz Jazlan datang ke rumah saya dengan baju Melayu hitam yang telah beliau belikan untuk saya. Beliau juga membeli reben putih untuk diletakkan di songkok sebagai tanda berkabung.
Kami sama-sama mencuba baju dan songkok yang baru diletakkan dengan jalur reben berwarna putih.
Jam 6.00 petang, seperti biasa, saya bersama anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah membaca selawat-selawat Nabi dari kitab Dibaie di USJ 4 Subang Jaya.
Selesai solat Maghrib, saya dan Ustaz Jazlan bersiap-siap untuk ke Sri Pentas. Kebetulan kala ini, hujan turun agak lebat di sekitar Subang Jaya.
Jam 8.00 malam, kami bertolak dari USJ ke Sri Pentas, dan jam 8.20 malam, kami telah sampai di kawasan letak kereta.
Saya melihat En. Azli Paat sedang sibuk membetulkan pakaiannya di kawasan letak kereta. Beliau dijemput untuk menerangkan teknologi CCTV bersempena dengan tajuk Halaqah malam ini.
Kami duduk di tempat menunggu sementara jurusolek sedang bersiap untuk membedakkan kami. Bagi program agama, jurusoleknya adalah lelaki.
Pembantu penerbit sibuk membuatkan lebal putih untuk songkok En. Azli dan Ustaz Syukri.
9.10 malam, kami semua dijemput untuk bersiap sedia di dalam studio.
Malam ini, tajuk perbincangan Halaqah adalah CCTV, ia sebagai simbol kepada Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa mencatatkan amalan kita.
Ayat rujukan di dalam program Halaqah hari ini ialah dari surah al-Infitar ayat 10-12.
Program dimulakan dengan En. Azli menceritakan mengenai teknologi CCTV.
Selepas itu, soalan diajukan kepada ahli panel. Di sini saya ingin berkongsi soalan yang diajukan dan jawapannya secara ringkas.
Soalan pertama, diajukan pada saya.
Sebagai rujukan pemahaman kita, boleh ustaz terangkan kenapa dan bagaimana Allah menjadikan malaikat dari sudut unsur penciptaannya, sifat-sifat, tugasan dan cara pengabdiannya kepada Allah?
- Malaikat diciptakan dari cahaya
- cirri-ciri malaikat antaranya ialah, boleh menyerupai manusia (Surah Maryam ayat 17) tidak angkuh dan tidak letih (Surah al-Anbiya ayat 19)
- menurut Waliyullah Dahlawi, malaikat diciptakan dari unsur yang sangat baik dan sangat menolak sifat kebinatangan (al-Hujjah al-Balighah).
- Malaikat mempunyai tugasan yang diberi oleh Allah, ada yang disebut di dalam al-Quran secara jelas dan ada yang disebut secara umum seperti mereka bertasbih.
Soalan kedua diajukan pada Ustaz Jazlan.
Boleh ustaz terangkan perihal malaikat Raqib dan Atid?
- Raqib dab Atid adalah nama tugasan iaitu yang sentiasa mengawasi, ia wajib kita imani.
Soalan ketiga diajukan kepada saya
Bagaimana kita ingin menyedarkan diri kita bahawa kita sedang diperhatikan oleh kedua makhluk Allah itu?
- tingkatkan ilmu, kerana yang takutkan Allah hanyalah orang yang berilmu (surah al-fatir ayat 28)
Soalan keempat diajukan kepada Ustaz Jazlan
Manusia mudah lalai dan lupa, iman pula kadang-kala sukar untuk dipertahankan, pahala dan dosa dilakukan silih berganti. Kenapa hal ini berlaku dan bagaimana caranya untuk kita istiqamah ke jalan kebaikan?
- tingkatkan iman
- tingkat ilmu
Soalan kelima diajukan kepada saya
Bagaimana menanamkan rasa sedar kepada anak-anak?
-Ulang-ulangkan selalu
Soalan keenam, kepada Ustaz Jazlan
Ceritakan keadaan saat amalan manusia dibentangkan sedangkan mulut terkunci?
- Ustaz Jazlan mengupas surah al-Insyiqaq ayat 7 hingga 12.
10.30 malam, program tamat dan kami diajak untuk menjamu Mee Bandung yang ditaja.
Secara keseluruhan, program ini sangat baik untuk semua. Sama-sama kita boleh berkongsi ilmu dan pengalaman.
Tahniah dan syabas kepada Penerbit dan seluruh Krew yang menjayakan program ini, semoga terus dirahmati Allah, amin…
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
26 Januari 2010 jam 2.30 pagi
Selepas mesyuarat pentadbiran Asrama Anak Yatim dan Tahfiz al-Ijabah.
Dari tempat letak kereta
Bilik menunggu
Persediaan akhir
Rehat iklan pertama
Santai selepas tamat program
4 comments:
Salam ustaz,
The best part is,pasu, rumah, kereta, pasu, kerusi, pasu, dinding, kipas, pasu..:)
Moga Allah merahmati kalian untuk teruskan usaha dakwah.. :)
Assalamualaikum ustaz,
suami saya tersenyum lebar melihat kemesraan ustaz dua beradik secara live dalam tv....
Alhamdulillah..kami anak beranak selalu nantikan program ini...
Terima kasih ustaz sudi kongsi2 cerita2 BEHIND THE SCENES..ini..
Tahniah Ustaz berdua..
Assalamualaikum ustaz
Blh ke bg saya no fon utk hubungi ustaz jazlan?
Post a Comment