Sunday, January 17, 2010

Diari 155 – Setengah Tahun Berlalu….

“Ustaz, kenapa tak banyak entri dalam dua minggu ni?” tanya seorang murid saya pada saya.

“Mmm , dalam dua minggu ini saya banyak masa untuk Darul Ukhwah” jawab saya ringkas.

Pada hari Jumaat 8 Januari 2010, jam tiga petang, saya dijemput oleh Majlis Aids bersama MAIS untuk berbincang mengenai memperkasakanlah lagi perjalanan rumah HIV Darul Ukhwah.

Selesai pertemuan petang ini, saya menghadiri dua lagi mesyuarat, satu  dengan para pentadbir dan satu lagi dengan penghuni malam ini.

Hari Isnin 11 Januari 2010, jam 9.00 malam, saya menghadiri satu lagi mesyuarat bagi Darul Ukhwah bersama pentadbir rumah ini.

Selasa 12 Januari 2010 jam 4.00 petang, meeting di adakan bersama penasihat Ekonomi Yayasan al-Ijabah di Bangsar.

Rabu 13 Januari 2010, jam 3.00 petang, sekali lagi saya bermesyuarat bersama Majlis Aids dan Kementerian Pembangunan Wanita di Sentul mengenai Darul Ukhwah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu untuk memperkasakan lagi perjalanan rumah HIV muslim ini.

Minggu lalu, oleh kerana tumpuan perlu diberikan untuk Darul Ukhwah ini, saya terpaksa menangguhkan rakaman program al-Hidayah TV3 yang sepatutnya akan di adakan pada hari Isnin 11 Januari.

“Ustaz, tak patah hati ke? kenapa nak buat rumah HIV ini?” tanya pengacara al-Hidayah itu pada saya.

“Kalau Nabi tak sebut mengenainya, saya pun tak akan buat” kata saya.

Di Selangor, orang HIV ini digolongkan di dalam golongan Riqab (orang yang terhamba). Di dalam hadis, Nabi saw bersabda:-

“Barangsiapa yang membebaskan golongan Riqab, Allah akan lepaskan setiap sendinya dari api neraka” (Kitab Dalil al-Sailin).

Kita tak lama berada di sini, sedikit masa yang ada, kita cari peluang untuk beramal, tapi yakinlah, setiap perbuatan baik, akan diganggu oleh Syaitan.

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk membuat amalan. Jika Allah izinkan ia berlaku, semoga Allah kurniakan juga keikhlasan di dalam amalan ini, amin….

Sedikit ujian dan mehnah, ku pohon bantuan dariMu Allah……

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Januari 2010 jam 10.00 malam

IMG_4445

Pertemuan dengan Majlis Aids dan MAIS pada Jumaat  8 Januari 2010

IMG_4581

Malam 8 Januari ini juga, saya menghadiri 2 mesyuarat

IMG_4770

Bersama sahabat dari Yayasan al-Ijabah di dalam memperkasakan segala urusan pentadbiran

IMG_4910

pertemuan dengan pentadbir

IMG_4955

Bersama penasihat Ekonomi Yayasan al-Ijabah

IMG_5007

Pertemuan dengan Majlis Aids pada Rabu 13 Januari 2010

IMG_5061

Ia dipergerusikan oleh Dato’ Zaman Khan sendiri

IMG_5102

Terima kasih pada semua sahabat yang bersama-sama membangunkan usaha ini. Semoga terus dibantu Allah, amin…

2 comments:

Anonymous said...

salam

Anonymous said...

ust,

boring lah blog ni, suka menunjuk2