Saturday, January 2, 2010

Diari 142 – Gerbang 2010

Persediaan akhir kemasukkan pelajar baru ke dalam MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) berjalan dengan lancar.

Cabaran yang lebih mencabar bukan sahaja kemasukkan pelajar, tetapi permohonan anak-anak yatim baru ke dalam al-Ijabah dan MASSA.

Dari Selatan hingga ke Utara, panggilan untuk kemasukkan diterima.

Akhirnya, hampir 20 orang anak-anak yatim baru diterima masuk.

Hampir 20 orang?

Itu bermakna ia memerlukan satu rumah baru.

Apabila ada rumah baru, kenalah ada warden baru.

Apabila ada warden baru, kenalah ada sokongan tukang masak, tukang cuci dan sebagainya.

Kemasukkan juga memerlukan persediaan yang banyak, dari katil, tilam, bantal, hingga ke tempat balajar, tempat mandi dan lain-lain.

Boleh bayangkan, semua ini mahu di uruskan di dalam kurang satu minggu.

Bagaimana dengan kenderaan untuk ke sekolah?

“Mmmmm,….”

Satu Mmmm yang panjang.

Bas yang lebih besar untuk Yayasan telah diusahakan. Alhamdulillah, terima kasih yang bersama-sama menjayakan pembelian bas yang lebih besar ini.

Peruntukan kewangan juga perlu diusahakan untuk tujuan melengkapkan apa-apa keperluan.

Saya berterima kasih pada yang bersama-sama membantu di dalam akaun Yayasan al-Ijabah di dalam blog ini, semoga ia menjadi jariah yang berterusan untuk kita semua, amin…

“Ustaz tak penat ke?” tanya salah seorang anak murid saya.

Saya hanya ingin meminjam jawapan dari guru saya:-

Ye, memang penat, tapi berehat hanya di kubur.

Semoga Allah memberi kebaikan kepada anak-anak ini. Kita hanya mampu mengusahakan, tapi, sebenarnya, Allahlah yang mencukupkan.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

2 Januari 09 jam 11.00 malam

IMG_3848

Bas baru yang second hand al-Ijabah

IMG_3855

Suasana dalam

IMG_3863

Pekerja, baru nak hantar bateri untuk bas

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...