Tuesday, January 19, 2010

Universiti Kehidupan 135 – Kesatuan Itu Membawa Rahmat

Ketika saya berada di Mekah pada musim haji 1430 lepas, saya selalu selalu berdoa:-

“Ya Allah, datangkanlah orang yang boleh membantuku”

Ini kerana, walaupun di saya di Mekah, beberapa kali datang massage dan panggilan telifon mengenai hal-hal berkaitan rumah HIV Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini.

Hingga pernah saya katakan:-

“Ya Allah, jika dengan bersama Darul Ukhwah ini menjadikan aku jauh denganmu, hentikanlah aku dari tugasan ini, tetapi jika ia menjadikanku semakin rapat denganmu, bantulah segala usaha ini”

Kadang-kala, terasa terlalu keseorangan di dalam usaha ini. Ujiannya kadang-kala begitu hebat hingga menitiska air mata.

Ketika saya pulang ke Malaysia, banyak masa ditumpukan untuk perjalanan Darul Ukhwah. Hinggalah pada minggu lepas, Majlis Aids dan MAIS membuat pertemuan dengan saya membincangkan bagaimana untuk memperkasakan lagi perjalanan Darul Ukhwah ini.

Saya begitu bersyukur padaMu Allah yang membuka ruang untuk terus ia diperkasakan. Waktu dekat ini juga, Allah datangkan individu-individu yang ingin bersama-sama di dalam perjuangan ini.

Malam tadi, 18 Januari 2010 jam 9.00 malam, untuk pertama kalinya, Ustaz Azmi, orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Darul Ukhwah ini, memimpin mesyuarat bersama individu-individu yang ingin bersama-sama berjuang membela saudara seIslam kita yang sakit ini.

Alhamdulillah, secara peribadi, saya bersyukur pada Allah kerana, ia telah boleh diamanahkan pada seseorang yang dapat menjalankannya dengan baik.

Mesyuarat malam tadi telah menubuhkan beberapa unit bagi Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah ini, semoga ia akan terus dibantu Allah.

Saya teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad

Tiga perkara yang tidak akan memesongkan hati orang Mukmin, keikhlasannya di dalam beramal, sifat suka memberi nasihat kepada pemimpin dan sentiasa bersama di dalam jemaah (kesatuan)

(Kitab Baqi Musnad al-Mukahttirin.

Konsep berjemaah di dalam Islam amat ditekankan. Oleh kerana manusia itu sentiasa terdedah dengan kesilapan, maka dengan wujudnya jemaah, kita akan saling menegur dan memperingatkan satu sama lain. Di dalam hadis, Nabi saw telah bersabda

Umat ini tidak akan sama sekali berkumpul di dalam kesesatan

(Tuhfat al-Ahwazi Bi Syarh Jami’ at-Tarmizi)

Keberkataan bergerak di dalam jemaah disebut untuk kita sentiasa merasakan kepentingan kebersamaan dan saling bahu membahu di dalam sesebuah perjuangan. Di dalam hadis, Nabi saw bersabda

Tangan Allah (bantuan Allah) akan bersama jemaah (kesatuan)

(Hadis Riwayat at-Tarmizi di dalam kitab al-Fitan bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jemaah)

Oleh kerana, kekuatan sesebuah perjuangan itu, terletak di atas kesatuan, maka sudah tentu syaitan tidak akan menyenangi jika sesebuah kesatuan itu wujud, maka, dia akan berusaha untuk memecah belahkan sesebuah kesatuan.

Maka akan dibisikkan tentang sangka buruk, melaga-lagakan, kata mengata, fitnah memfitnah dan sebagainya.

Jika ini berlaku, apa kata Allah swt:-

Wahai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

(Surah an-Nisa ayat 59)

Apabila sesebuah selisih faham itu dirujuk kepada Allah dan Rasul, maka masing-masing akan sentiasa memperbaiki diri dan saling meminta maaf dan memaafkan.

Jika tidak dirujuk pada Allah, maka syaitan akan terus mengapi-apikan agar itu terus rosak dan pecah.

Walau di mana kita berada, saya menyeru untuk diri saya dan kita semua agar bersatulah. Jika ada bisikan perpecahan, maka kembalikan ia kepada Allah dan Rasul iaitu rujuklah pada al-Quran dan hadis untuk memperbaikinya.

Semoga setiap amalan mengundang keredhaan Allah, amin….

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

19 Januari 2010 jam 8.15 pagi

IMG_5513

Untuk pertama kalinya, ustaz Azmi, diri kiri saya mengepalai mesyuarat di Darul Ukhwah

IMG_5519

terima kasih pada semua yang terlibat

IMG_5544

Semoga ia terus dibantu, amin….

3 comments:

Hunny said...

Syabas Inspektor sahab!

Muhammad said...

Akhir Wasiat Nabi Muhammad saw kepada Umatnya : http://wp.me/piAx4-16c

Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu : http://wp.me/piAx4-16s

Zikir serta doa qunut bukan satu perbuatan bidaah : http://wp.me/piAx4-16o

Tabung Khas Bantuan Pondok Lubuk Tapah : http://wp.me/piAx4-16e

Majlis Ta'lim pimpinan al-Habib 'Ali Zainal 'Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167


Pengajian Kitab 40 Hadits Penawar Hati oleh Syaikh ahmad Fahmi : http://wp.me/piAx4-169

lala-ump said...

salam

mungkin boleh jelaskan maksud jamaah mengikut paham ahlu sunnah wal jamaah.

supaya kita lebih paham, insyaAllah

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...