kami dibantu oleh kawan-kawan Allahyarham. Dari kiri saya, Pakcik Ashab, dan dua orang kawan Allahyarham, Ma Ha Bin, dan Saif. Ma Ha Bin yang menguruskan pengeluaran jenazah Allahyarham dari hospital untuk dimandikan dengan keretanya sendiri.
Allahyarham meninggal di People General Hospital Shenzen
Suasana di salah satu bahagian hospital
Kami perlu berurusan di bahagian Cardiavascular Surgery. Di sini saat akhir Allahyarham
Mereka menyediakan segala dokumentasi yang perlu
Urusan di sini agak efisen, tidak seperti di negara Arab yang berbagai karenah
Kami menyelesaikan segala bil yang tertunggak.
Selepas urusan di hospital kami kembali ke Masjid Meilin dan mendapatkan
Imam di sini denngan segera menguruskan
Surah telah dikeluarkan dan kami perlu membawanya ke hospital kembali.
Selepas
Boleh tak bayangkan kalau tidak ada orang tempatan dari Persatuan Muslim Shenzen yang membantu? Agak-agak macam mana nak berkomunikasi sedangkan kebanyakkan orang di sini tidak boleh berbahasa Inggeris.
Saya sangat bersyukur dan begitu menghargai ukhwah Islamiyyah. Patutlah Rasullullah pernah berpesan bahawa antara orang yang akan mendapat perlindungan dibawah Arasy nanti ialah seseorang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Dan, kasih sayang Islam, merentasi sepadan geografi dan sepadan bangsa.
Sesungguhnya, Muslim itu bersaudara.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shenzen
5 Januari 2010 jam 10.15 pagi
No comments:
Post a Comment