Kita dalam fasa membina penempatan HIV muslim dan semoga Allah memberi kemampuan untuk tujuan itu. Jika Allah memberi kemampuan untuk membinanya, semoga Allah rezkikan juga keikhlasan pada hati-hati sesiapa sahaja yang bersama-sama membantu.
Selepas mengajar di Yayasan Restu pada Rabu 20 Januari 2010, saya bertemu dengan Puan Fauziah dari Yayasan Restu ini.
“Ustaz boleh tengok model rumah yang dibuat oleh Yayasan restu di Kuang” kata Kak Fauziah.
Hari Khamis 21 Januari 2010 jam 10.00 pagi, saya ditemankan oleh seorang staf dari Yayasan Restu untuk melihat model rumah pasang siap yang dibawa dari Palembang.
Sesampainya saya di Kuang ini, hati saya terpegun melihat beberapa biji rumah kayu yang sangat cantik. Saya disambut oleh seorang yang bertanggung jawab membangunkan tempat ini.
Melawat rumah yang dibangunkan untuk tujuan pusat latihan di sini seperti melawat kawasan zaman dulu, zaman wali-wali songo.
Model rumah kayu ini sangat cantik dan amat tenteram saya melihatnya. Macam tak nak balik rasanya.
Apapun, ia di antara model-model yang saya lihat bagi membangunkan Rumah HIV Yayasan al-Ijabah ini.
Jika rumah ini nanti menjadi ladang amal, kita memohon agar Allah merealisasikannya. Tetapi, jika ia menjadikan kita semakin jauh dari Allah, jadi riyak, sombong, ingin menunjuk dan sebagainya, kita pohon agar janganlah terbina rumah ini. Kerana yang penting adalah hubungan kita dengan Allah semakin rapat. Bukan ingin menunjuk bahawa, kita orang Islam Selangor pun ada rumah HIV macam orang Kristian.
Terutamanya pada diri saya dan sahabat dari al-Ijabah. Ada orang yang mengatakan bahawa yang terlibat ini semuanya riya.
Jika benar pandangan orang yang melihat ini, saya pohonkan agar Allah membersihkan semua hati-hati yang bersama-sama dari sifat ini.
Jika tidak, semoga Allah terus membantu usaha ini dan terus merezkikan keikhlasan. Semoga semakin ramai yang akan bersama-sama membahu usaha yang tidak ringan ini.
Semoga Allah terus merestui dan semoga saudara kita yang sakit ini terus terbela dan terus mendapat kasih sayang dari Allah dan seluruh muslimin, amin…
“Mengharap Kepulangan Yang Diredhai”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
23 Januari 2010 jam 2.40 petang
Rumah pasang siap Yayasan Restu di Kuang
Tempat yang amat damai dan cantik
Macam zaman dulu-dulu
1 comment:
salam ustaz...
memanglah penting sebuah rumah utk pesakit hiv tu..tapi yang lebih penting kaedah hendak menjaga segala kebajikan/keperluan/rawatan/pengisian rohani yang lebih penting...
Post a Comment