Kami diberitahu bahawa sejurus sahaja Allahyarham meninggal, persatuan Muslim Shenzen terus menguruskan agar jenazah dibawa ke masjid untuk dimandikan.
Inilah kelebihan apabila sesuatu komuniti Islam itu kuat, walaupun dari segi prosedurnya memang tidak boleh, tetapi atas desakan lantaran jenazah Muslim, maka pihak hospital memberikan kebenaran dengan syarat agar Passport Allahyarham ditinggalkan di hospital dan juga seorang lagi passport kawan Allahyarham ditinggalkan.
Kami terus di ajak ke Masjid Meilin, masjid terbesar di Shenzen ini.
Masjid di Shenzen ini memang terdapat bilik sejuknya sendiri.
Allahyarham meninggal kerana diserang strok pada hari Isnin 28 Disember 2009.
“Memang, dalam waktu yang suntuk begini, mana kami nak kumpul sebanyak itu” kata Ameen, seorang Muslim berbangsa
“Baru dapat mengumpul sebahagian kos perubatan tersebut, Allah telah menjemput Allahyarham” Ameen berkata sambil mengesat air matanya.
Allahyarham pak cik di sini, agak dikenali dengan masyarakat setempat dan semua mereka merasa kehilangannya.
Persatuan Muslim di Shenzen ini berusaha bersungguh-sungguh membantunya dari ketika mula beliau diserang strok hinggalah setelah beliau meninggal.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Allahyarham Haji Abdul Wahid Haji Omar (1948 – 2010)
Al-fatihah…..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shenzen
5 Januari 09 jam 9.00 pagi
1 comment:
Kami di Johor akan sentiasa mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan segala urusan berjalan lancar. Takziah kepada seluruh keluarga. Segala yang berlaku adalah kehendak Ilahi dan ia pasti tersimpan suatu rahsia yang berbentuk Rahmat. Ameen- Syed Mahmud
Post a Comment