5 Januari 10, Selepas selesai pengebumian Allhyaraham Pak cik saya, ahli masjid yang bersama-sama nampak keletihan. Selepas solat Maghrib, kami mengejak mereka untuk makan malam di restoran di sebelah masjid. Ada yang menolak dengan baik dan ada yang turut serta.
Kami juga menjemput pelajar tahfiz yang ada di masjid tersebut untuk makan bersama kami, bilangan kami di restoran kala ini adalah 30 orang.
Kami mula makan dan membiarkan Muslim Shenzen ini menempah makanan.
Mereka menempah berbagai makanan, yang pastinya tidak ada nasi. Ia tidak datang serentak.
Hidangan datang satu persatu.
Datang daging dan mereka memakannya bersama-sama
Kemudian datang pula sayur dan kami memakannya bersama-sama.
Saya berbual-bual dengan Mah Hai Bin mengenai budaya orang China Muslim selepas kematian. Kalau di Malaysia, kita ada majlis tahlil, di India, Paksitan dan Bagladesh ada Quran Khani (bacaan al-Quran sehingga khatam), kalau di China bagaimana?
Ma Hai Bin menerangkan, jika di China, selepas majlis pengebumian, tidak ada apa-apa majlis tertentu tetapi kebiasannya, mereka akan makan beramai-ramai, tapi bukan di rumah. Ini kerana, rumah mereka kebanyakkanya sempit. Jadi mereka akan makan di restoran.
Rupanya, pelawaan kami untuk makan pada malam ini nampaknya selari dengan adat setempat. Adat merupakan sesuatu yang diiktiraf oleh Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip syariah.
Malahan ia menjadi salah satu ukuran untuk menjatuhkan sesuatu hukum, di dalam ilmu Qawaid Feqh ada prinsip:-
“Al-Adah Muhakkamah” (adat itu diambil kira untuk meletak hukum)
Banyak berjalan dan bergaul mematangkan kita di dalam bercampur dan bergaul. Ia menjadikan kita lebih menghormati orang lain dan menghargai diri kita.
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Di atas Air Asia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
6 Januari 2010 jam 10.30 malam
* Di Post dari Putra Heights 7 Januari jam 4.00 pagi
Dengan beberapa ahli masjid yang bersama di dalam pengebumian
Hidangan datang satu persatu
Anak-anak tahfiz dari Masjid Meilin Shen Zhen
No comments:
Post a Comment