Kami mula bergerak dari hotel ke lapangan terbang jam 7.00 malam. Penerbangan kami hari ini menaiki Air Asia A-320-200 bernombor AK 89. Ia akan berlepas jam 9.20 malam.
Sebelum kapal bertolak, Ustaz Jazlan menghubungi kawan Allahyarham, dan ada di antara mereka yang menitiskan air mata.
Begitulah sebuah kehidupan dan kematian.
Ketika kita lahir, kita menangis dan orang lain bergembira, jika kita orang yang baik, ketika kita mati, kita akan tersenyum dan orang lain akan menangis.
Allah menyatakan di dalam al-Quran mengenai kehidupan dan kematian ini di dalam firmannya di dalam surah al-Mulk:-
Dia Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Saya sangat bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah dapat disempurnakan dengan baik, secara tidak langsung, Allah memberi saya peluang untuk berurusan dengan saudara seIslam yang berlainan bangsa dan bahasa. Kesamaannya ialah kami sama agama.
Penerbangan dari Shen Zen ke Kuala Lumpur hari ini penuh dan kami perjalanan mengambil masa 3 jam 45 minit.
Jika mahu berbicara dengan jujur, kami ketika kami menjejaki kaki ke Shen Zen ini, kami memang tidak tahu di mana ingin memulakan urusan ini.
Beberapa kali menghubungi pihak kedutaan, jawapan yang diterima ialah,
“Kamu uruskan semua sekali, kami hanya akan mengindoskan dokumen ketika keranda nak diterbangkan ke Malaysia nanti”
Jika itu cadangannya macam mana nak terbangkan jenazah?
Walaupun kena menguruskannya sendirian, kami bersyukur Allah temukan kami dengan Persatuan Muslim Shen Zhen, mereka membantu segala-galanya.
Tidak ada bahasa yang dapat menggambarikan jutaan terima kasih kami pada mereka.
Sesungguhnya, persaudaraan Islam itu menerobos sepadan bangsa dan geografi. Ketika kami susah di Negara mereka, mereka semua bersama-sama bahu membahu membantu kami.
Terima kasih padaMu Allah, dan terima kasih kepada seluruh sahabat seIslam yang membantu kami di Shenzhen China. Hari ini kita bertemu di Shen Zhen, satu hari nanti, kita berharap, kita akan bertemu di syurga bersama junjungan kita Rasullullah saw kerana bagindalah yang menyatukan seluruh bangsa ini dengan risalahnya.
Kami sampai ke LCCT jam 1.15 pagi dan di surau Petronas selepas lapangan terbang ini, kami bertiga merapatkan dahi ke tempat sujud, menyatakan kesyukuran pada Allah.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Di atas Air Asia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
6 Januari 2010 jam 11.45 malam
* di post dari Putra Heights 7 Januari 2010 jam 4.23 pagi
No comments:
Post a Comment