Betul ke kamu anak saudara Wahid? katanya.
Saya hanya mengangguk.
“Kalau betul, kamu ambil sahaja dahulu, nanti kalau kamu datang lagi, kamu bayarlah. Sebab aku dengan Wahid sudah macam abang” katanya lagi.
20 hari sebelum meninggal. Haji Wahid telah dijemput untuk makan malam di rumah sahabatnya iaitu Saifullah dari
Hadir bersama pada hari itu ialah Mah Hai Bin, orang kuat dari Persatuan Muslim Shenzen.
Mereka makan bersama dan itulah pertama kali Hj. Wahid bertemu dengan Mah Hai Bin.
Mah Hai Bin begitu senang dengannya. Rupanya perkenalan itu tidak panjang. Hanya selepas 20 hari dari perkenalan itu, Haji Wahid kembali kerahmatullah.
Ketika Hj. Wahid kembali kerahmatullah, antara yang mula-mula meziarahi beliau ialah Mah Hai Bin dan Mah Hai Bin juga yang begitu bersungguh-sungguh mengeluarkan jenazah beliau dari hospital untuk terus dimandikan. Jika mengikut prosedur biasa, jenazah tidak boleh dibawa keluar jika bil-bil perubatan belum dijelaskan dan jika
Tapi dengan kesungguhan Mah Hai Bin, jenazah dapat dibawa ke masjid dan dapat terus dimandikan.
Ketika kami sampai ke
Untuk membawa pulang jenazah Allahyarham, ia memerlukan kos sebanyak RM 60 ribu, dengan urusan itu dan ini yang agak lambat, dalam seminggu memang tidak boleh siap.
Isnin, 4 Januari 2010, setelah saya menguruskan semua dokumen kematian, petang itu, di masjid Meilin, Mah Hai Bin mengetuai satu mesyuarat dengan sahabat-sahabat dari Persatuan Muslim Shenzen. Semua ahli mesyuarat seramai 9 orang berbincang di masjid Meilin untuk membantu Allahyarham.
8 orang dari mereka bersetuju untuk Allahyarham dikebumikan di sini dan seorang menolak. Jadi, keputusan majoriti diambil dan mereka semua akan menguruskan pengebumian di sini.
Mereka bertanya kepada kami, dan kami bersetuju untuk menyediakan 10 ribu yuen (RM 5 ribu) untuk urusan itu.
Selasa 5 Januari 2010. Mah Hai Bin telah mewar-warkan mengenai urusan pengebumian kepada ahli persatuan. Mereka semua akan bersama-sama datang mengiringin jenazah ke kubur.
Jam 1.15 mereka solat zohor, dan kami agak terharu apabila, seramai 2 bas Muslim Shenzen bersama kami menyembahyangkan mayat dan ingin mengiringi jenazah hingga ke kubur.
Jenazah dibawa dari bilik sejuk di Majid ke laman masjid. Imam masjid memulakan dengan memberikan sedikit khutbah kepada semua yang hadir. Solat dimulakan dengan dihadiri oleh hampir 100 orang Muslim Shenzen.
Jenazah mula dinaikan ke dalam van. Saya bersalaman dengan Mah Hai Bin dan memeluknya serta mengucapkan terima kasih.
Kemudian Ustaz Jazlan menghampiri Mah Hai Bin, bersalam dan memeluknya. Air mata Ustaz Jazlan mula menitis ke bahu Mah Hai Bin. Memang, jika Allah tidak datangnya untuk kami, kami memang tidak tahu apa yang ingin dilakukan dalam keadaan begini di negara asing.
Kemudian, disusuli dengan Pakcik saya Ashab bersalaman dan memeluk Mah Hai Bin dan mengucapakan jutaan terima kasih.
Saya ingin mengajak kita mengembara dan berfikir mengenai takdir,
“Agak-agak kita, adakah pertemuan Allahyarham Haji Wahid dengan Mah Hai Bin 20 hari lepas sebelum beliau meninggal itu berlaku secara kebetulan?”
“Atau memang Allah aturkan pertemuan itu untuk urusan pengebumian Allahyarham hari ini”.
Saya lebih suka jawapan kedua iaitu memang telah diaturkan Allah untuk urusan pengebumian ini.
Saya berkeyakinan, tidak ada yang kebetulan di dalam hidup kita ini. semuanya telah diatur oleh Allah sesuai dengan keperluan kita. Kita hanya disuruh untuk berusaha dan berbuat baik ke mana sahaja kita pergi. Jalan hidup orang yang berbuat baik akan sentiasa diperbaiki oleh Allah.
Itu Haji Wahid dan keadaannya. Kita bagaimana?
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shenzhen
Rabu 6 Januari 09 jam 7.40 pagi
Mah Hai Bin orang kuat Persatuan Muslim Shenzhen. Adakah pertemuannya dengan Allahyarham 20 hari sebelum meninggal itu satu kebetulan?
Orang ramai dari Persatuan Muslim Shenzhen mula berkumpul waktu Zohor
Mereka membawa canggul dan penyodok
Jenazah mula diusung keluar dari bilik sejuk
Mereka beramai-ramai mengusung jenazah
Bagi mazhab Hanafi, mereka tidak menyembahyangkan jenazah di dalam masjid, mereka akan menyembahyangkanya diluar masjid
Jenazah mula diusung untuk ke tanah perkuburan
Ia ditutup dengan kain berwarna hijau berbentuk hati
Hujan renyai-renyai mulai turun ketika semua mula mengiringi jenazah ke kubur (gambar ialah titisan hujan halus yang berada di cermin van jenazah)
Ustaz Jazlan tidak dapat menahan air mata di atas kesungguhan Mah Hai Bin membantu kami
Dua bas Muslim dari persatuan Muslim Shenzhen bersama kami.
4 comments:
Masya-Allah, RM15 ribu kos pengebumian??
Mahalnya??!
Assalamualaikum, saya yang baca ni pun mengalir airmata..
Alhamdulillah,syukur saya ucapkan kerana jenazah Hj.Wahid dapat disempurnakan.Ajal dan maut semuanya kerja Allah,dan penghujungnya,samada yg baik atau buruk yg kita lalui dlm dunia ini jua dlm pengetahuan dan kehendak-Nya.Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan org2 soleh.
assalammualaikum.....
Post a Comment