Saturday, January 9, 2010

Diari 154 – Dari Sekolah Ke Lahad

Khamis 7 Januari 2010, jam 7.00 pagi lagi saya telah keluar untuk melihat MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin).

Masa dihabiskan dengan berbincang dengan para guru dan pentadbir mengenai perjalanan MASSA. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.

Satu yang kita harapkan ialah semoga anak-anak yang bersama kita, tidak kira anak yatim mahupun pelajar tahfiznya, semoga terus dirahmati dan dilindungi Allah.

Jam 4.00 petang, saya bersama anak buah saya menghadiri satu mesyuarat mengenai usaha menerbitkan buku mengenai solat cara Nabi menurut Mazhab Imam al-Syafie.

Buku yang dijadikan asas bagi program panggilan Agung di Astro Oasis ini akan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Saya berterima kasih kepada Timbalan Mufti dan Pegawai Hal Ehwal Islam bahagian Istinbat yang sudi memberi pandangan demi meningkatkan lagi kualiti isi buku ini.

Orang kaya mati meninggalkan harta, pemimpin mati meninggalkan kota, saya ingin meninggalkan tulisan agar ia boleh terus dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Semoga Allah memberi kekuatan ke arah kerana Nabi bersabda:-

“Ketika mati anak Adam, terputuslah amalanya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak solat yang mendoakannya”.

Baru sahaja membincangkan mengenai amalan selepas mati, says dihubungi oleh Ustaz Azmi, pemangku pengurus rumah HIV Darul Ukhwah mengenai kematian seorang penghuni. Jenazah sekarang berada di hospital Sungai Buloh.

Setelah mesyuarat di MAIS, saya bergegas ke hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah, jenazah hari ini akan diuruskan oleh ahli keluarga si mati.

“Kami baru menziarahinya pagi tadi, petang ni dah tak ada” kata Ustaz Azmi.

“Ustaz, kadang-kala, memang ada ketika pihak hospital berbincang dan setelah dipersetujui maka dia akan memberi satu suntikan. Ia dipanggil suntikan “Ehsan”, salah seorang pentadbir Darul Ukhwah memulakan perbualannya dengan saya.

“Tapi dah ada pandang ulama kata boleh” seorang lagi menjelaskan.

“Tak kiralah bagaimana ceritanya, yang penting dia telah kembali kerahmatullah. Kita doakanlah semoga Allah merahmatinya”. kata saya.

Hari ini giliran dia, kita sendiri pun tidak tahu di mana dan bila, yang boleh kita usahakan ialah bagaimana cara kita mati, sama ada ketika mati sedang derhaka pada Allah atau pun sedang taat kepadaNya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Sabtu 9 Januari 2010 jam 11.00 malam.

IMG_4404

Perbincangan mengenai buku Sifat Solat Nabi menurut Mazhab Imam al-Syafie yang ingin diterbitkan bersama MAIS

IMG_4405 

IMG_4415

draf yang telah disemak

IMG_4439

Bilik Jenazah Islam Hospital Sungai Buloh

IMG_4441

Van Jenazah di Hospital Sungai Buloh

2 comments:

Freelance Docu Director said...

Assalamualaikum, ustaz, maaf nak tanya, projek buku solat tu, apa boleh kita pakejkan dengan videonya yang dah kita shot kat Taman Seni Islam, tempoh hari?. Syukran

Anonymous said...

Salam,

Sepanjang pengetahuan saya, tiada suntikan 'ehsan' yg dibenarkan dlm kementerian kesihatan malaysia. Kemungkinan terjadi ialah suntikan untuk menenangkan pesakit dan selalunya menggunakan morfin.

Syukran

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...