Tuesday, January 19, 2010

al-Ijabah 42- Petemuan Ukhwah……

“Syeikh, minggu depan ni,  orang dari DIC Pahang nak jumpa enta” kata Ustaz Azmi, pengurus Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah pada saya minggu lepas.

DIC Pahang adalah singkatan dari perkataan “Drugs Intervention Community Pahang”. Ia merupakan satu rumah pemulihan dadah yang berada di bawah kerajaan negeri Pahang.

Telah beberapa orang penghuni yang sakit dari DIC Pahang ini yang dihantar kepada kita dan ada beberapa yang telah meninggal, semoga Allah merahmati rohnya.

“Nama saya Hj Hashim, yang ini sahabat saya Suib dan Mohairol” kata ketua rombongan ini memperkenalkan diri mereka.

Kami mula bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan Darul Ukhwah dan perjalanan rumah DIC Pahang ini.

Satu kesamaan pandangan kami ialah,

“Untuk menyelesaikan masalahah HIV dan dadah ini, kita perlu kembali kepada ajaran Islam”.

Dalam konteks HIV, dari segi pencegahan Islam telah mengajarkan kepada kita.

Haramnya penzinaan dan haramnya dadah. Jika doktrin haram itu difahami bahawa ia adalah berbahaya dan akan menyebabkan kita sengsara di dunia dan di akhirat, maka semua orang akan menjauhi yang haram. Lebih-lebih lagi jika doktrin haram ini ditanamkan bahawa ia akan menyebabkan hilangnya redha Allah pada kita.

Dengan keredhaan Allah sahaja kita akan selamat di akhirat.

Tetapi, jika ubat penyelesaiannya kita cari bukan dengan jalan agama, maka ramai yang mencuba dan terus mencuba. Hasilnya, banyak tenaga dan wang ringgit yang habis tanpa kesan yang benar-benar terbukti.

Setelah seseorang itu menghidap HIV, kita perlu juga kembali kepada ajaran Islam iaitu, setiap yang bersalah masih ada ruang untuk bertaubat. Jadi, kita yang sihat tidak akan menyisihkan mereka.

Apa akan jadi, jika kita menyisihkan mereka dan mereka berlindung dengan tempat perlindungan bukan Islam.

Takkan kita hanya pandai berteori di pentas-pentas forum dan ceramah sedangkan Islam itu agama syumul, kamil lagi mutakamil.

“Saya memang sedang berusaha bekerjasama dengan berbagai pihak” kata saya pada tetamu yang hadir petang ini.

Kita akan membuat program melalui university dan pusat pendidikan agar masyarakat perlu sedar betapa, mereka yang sakit ini juga manusia yang mempunyai perasaan dan hati.

Jadi, kita tidak boleh menyisihkan mereka dari golongan masyarakat. Setiap anggota masyarakat perlu memberi sokongan dan peluang untuk mereka terus memperbaiki diri mereka. Jika kita sisihkan mereka, nanti mereka akan merasa terasing dan dengan perasaan demikian, mereka akan lebih menjauhkan dan memencilkan diri.

Pertemuan petang ini di akhiri dengan saya membacakan sebuah hadis:-

Barang siapa yang membebaskan golongan Riqab, maka Allah akan membebaskan setiap sendinya dari api neraka

Di Selangor, orang HIV di golongkan di dalam golonga riqab. Jadi, setiap detik usaha kita untuk membantu mereka, akan diberikan kepada kita berbagai kelebihan.

Semoga Allah terus membantu kita di dalam usaha ini, dan semoga Allah juga memberikan kita keikhlasan untuk terus kita berbakti demiNya.

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad Abdullah

Putra Heights Selasa jam 1.45 pagi

- Selepas mesyuarat di Darul Ukhwah PJ

IMG_5387

Dari kanan gambar, Mohairol, Hj Hashim, saya dan Suib

IMG_5393

Kami bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan Darul Ukhwah dan DIC Pahang.

1 comment:

Iffah Izyan said...

Saya ada soalan:
*Kalau kite derma organ kat orang,pastu kita mati...Adakah ia dikira sebagai mati syahid?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...