Tuesday, July 3, 2012

Universiti Kehidupan 226 – “Kisah Jalut Dan Talut Serta Nabi Daud...”

Kali ini kita kongsikan kisah Jalut.

Setelah Nabi Musa a.s dapat mengeluarkan Bani Israel dari Mesir kurang lebih 1500 tahun sebelum masihi, mereka menuju ke Baitul Maqdis.

Akhirnya mereka tinggal di Jerusalem dan diterima sebagai anggota masyarakat di Kota Jerusalem ini.

Masa berlalu sehingga lebih kurang 1200 tahun sebelum masihi, ketika itu Jerusalem telah diancam dengan sebuah kerajaan yang mempunyai raja yang jahat.

Raja itu bernama Jalut. Bani Israel ketika itu memerlukan seorang panglima untuk memimpin dan mempertahankan kota Jerusalem. Perkara ini Allah rakamkan di dalam Surah al-Baqarah ayat 256:-

246. Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir (ditawan) dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. 

 

Setelah Nabi mereka bermunajat, akhirnya Allah telah memberi isyarat bahawa yang akan memimpin Bani Israel ketika itu adalah seorang petani bernama Talut. Mereka menolak kerana tidak Talut hanya seorang petani miskin sedangkan mereka merasakan bahawa mereka lebih layak. Allah rakamkan kisah ini di dalam surah al-Baqarah ayat 247 :-

Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui

Maka sebagai bukti bahawa Talut telah dilantik, maka telah diberiakn kepada Talut satu kotak bernama “Tabut” di dalamnya terdapat barang-barang mukjizat Nabi-Nabi terdahulu

1_ tabut

Replika “tabut” yang terdapat di Jerusalem.

Allah rakamkan kisah ini di dalam surah al-Baqarah ayat 248 :-

Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan  dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman

Bani Israel sekali lagi mengingkari, tidak ramai yang ikut serta di dalam peperangan ini.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 249 Allah berfirman yang maksudnya :-

Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Perang sangat sengit sehingga mereka semata-mata berharap pada Allah kedudukan mereka, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ayat 250 maksudnya:-

Tatkala Jalut dan tentaranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Thalut dan tentaranya) berdo'a: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

Semua orang tidak mampu untuk menandingi kekuatan dan kehebatan Jalut. Dia cukup gagah dan tangkas di medan perang.

Di antara anggota tentera Talut adalah Nabi Daud, maka di dalam keadaan yang genting ini, Nabi Daud bertarung dengan Jalut dan akhirnya, Jalut tersungkur dan berjaya dibunuh oleh Nabi Daud.

Allah sebut di dalam surah al-Baqarah ayat 251:-

Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (157) (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya

Orang beriman dalam syariat Nabi Musa telah menang. Maka Talut dilantik menjadi raja di kawasan Jerusalem

Sebagai mengenang jasa Nabi Daud, maka Talut telah mengahwinkan anak perempuannya kepada Nabi Daud. Hasil dari perkahwinan itu, lahirnya seorang anak yang mempunyai kekuasaan yang luar biasa hebatnya.

Beliau adalah Nabi Sulaiman a.s

IMG_3625

Talut akhirnya telah terbunuh di dalam satu peristiwa di satu tempat bernama Gilboa (Gambar di atas adalah tempat Talut terbunuh)

IMG_3622

Jenazahnya telah dikebumikan di satu tempat bernama Bet She’an. Dan selepas Talut mangkat, maka tahta kerajaannya diberikan kepada menantunya Nabi Daud a.s

P1000201

Nabi Daud terkenal dengan seorang raja yang hebat. Diberikan kepadanya kitab Zabur sebagai menguatkan lagi pemerintahannya. Baginda diberiakan mukjizat dapat melenturkan besi dengan tangan baginda sendiri. Baginda juga terkenal dengan seorang yang mempunyai suara yang cukup merdu sehingga bagi pandangan orang Yahudi, Nabi Daud adalah seorang ahli muzik.

P1000204

Makan Nabi Daud terletak di Mt. Of Zion. Oleh kerana Nabi Daud seorang raja hebat dari Bani Israel, mereka memberi syarat bagi sesiapa yang ingin melawat makam Nabi Daud mesti menutup kepada sebagai tanda hormat

P1000206

Kalau kita telah memakai kopiah kita sendiri tidak mengapa

P1000205

Makam ini juga dikongsi dengan orang Yahudi, mereka juga membaca kitab mereka dan membuat upacara agama di sini, tetapi mereka tidak menghalang orang Islam untuk menzirahinya. Tidak seperti makam Nabi Yaakob yang telah mereka ambil. Orang Islam langsung tidak boleh menziarahinya lagi.

P1000208

Orang Yahudi lebih yakin akan perkara ghaib sehingga banyak perkara khurafat berlaku di lingkungan mereka. Di satu sudut di makam Nabi Daud, mereka memasang lilin dan berdoa dengan cara itu.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

3 Julai 2012 jam 630 petang

4 comments:

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Semuga dalam redha Allah.

Suatu catatan penuh pengisian ilmu.

Tiap kali baca blog ustaz mesti ada pengajaran baru.

Jazakaullah

Fatimah said...

Alhamdullilah, perkongsian ilmu dan pengalaman yang baik.

FAIZMIN said...

baik kita pakai kopiah kita, drp pakai kopiah yahudi

yayayuyu said...

allahuakbar..terima kasih atas perkongsian yang sangat2 bermanfaat!semoga Allah menmbahkan lagi ilmu buat ustaz untuk dikongsi bersama kami..baru je baca kisah ini tetapi tersmbung dan buka blog ustz,alhamdulillah saya dapat lagi penyambungan itu..terima kasih

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...