Saturday, July 21, 2012

Diari 393 – “Kesukaran Tetap Ada, Jalan Keluar Tetap Tersedia…”

Kebolehpercayaan pada janji sukar ditemui di tanah Arab kini. Ia perlukan kajian mengenai sebabnya.

Mungkin pembaca yang biasa berurusan dengan orang Arab di negara Arab punyai 1001 pengalaman mengenainya.

Khamis 19 Julai, Setelah kami gagal membuat pengambaran di Pasar, saya berhubung dengan sebuah restoran Nasi Mandi dan makanan tradisional yang telah kami temui  sehari sebelum ini.

Dia bersungguh-sungguh mengalukan kami untuk datang.

Kami mahu lihat bagaimana penyediaan makanan tradisional di Arab Saudi ini.

Saya berhubung dengan Pak Habib Saga, kawan baik pengusaha restoran ini yang mengaturkan pengambaran kami.

Habib Saga kenalan saya sejak hampir lima tahun, beliau boleh bercakap bahasa Melayu kerana bapanya adalah pendakwah berasal dari Hadramaut ke Indonesia, ibunya orang Indonesia, ketika umurnya 6 tahun, ibunya meninggal dan dia dibawa oleh bapanya balik ke Arab Saudi.

Bahasanya semakin bagus apabila salah seorang isterinya orang Indonesia.

Beliau pernah bercerita dengan saya mengenai soalannya pada ayahnya ketika beliau melihat gambar ibunya.

“Ayah, kenapa kahwin dengan ibu dan saya lihat ibu tak cantik” tanyanya.

Ayahnya seorang pendakwah menjawab:-

Itulah kebanyakkan orang, ramai yang mencari yang cantik, tetapi ayah mencari yang solehah, ibumu seorang isteri yang solehah dan menyejukkan hati ayah, ayah sangat sayang pada ibumu”

Kisah ini memang menyentuh hati saya…

Berbalik pada kisah hari ini, setelah gagal membuat pengambaran di Pasar, saya menghubungi Pak Habib Saga.

“Pak Habib, bagaimana? boleh kami datang untuk pengambaran?” tanya saya.

“Boleh, boleh, nanti sebentar, saya telifon dia dulu ye, nanti saya hubungi kamu balik” kata Pak Habib.

Kami menunggu dari minit ke minit. Setiap setengah jam Pak Habib akan memaklumkan..

“Maaf Muhammad, bos restoran ini masih tidur lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Akhirnya saya memaklumkan pada Pak Habib..

“Pak Habib, tak apalah, kita buat lain kali sahaja” kata saya.

“Maaf ye, tak sangka pula hari ini dia tidur lama, mungkin malam tadi ada urusan”,  kata Pak Habib,

Pemandu kami, Abang Khalid mencadangkan…

“Kalau tak dapat apa-apa, marilah kita pergi ke Katering yang saya kenal, tapi orang Pattani yang buat..”

“Ok, boleh juga” kami bersetuju kerana hari ini tidak dapat apa-apa lagi.

Kami sampai di al-Wafa Katering, ketua tukang masaknya ialah Haji Din, adik kepada Chef Sabri, pengacara “Spice Route” satu ketika dahulu.

“Ok, ada cara penyedaian makanan termasuk nasi tradisonal Arab.

Akhirnya, kami membuat pengambaran di sini hingga ke Asar.

 

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

21 Julai 2012 jam 11.30 pagi

IMG_4567

al-Wafa Katering

IMG_4512

Ia dimiliki oleh orang Pattani warga negara Saudi, tetapi tukang masaknya adalah orang Melayu.

al-Wafa biasanya mengambil kontrak untuk syarikat travel dari Malaysia termasuk Tabung Haji

IMG_4514

Suasana dapur di al-Wafa Katering

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...