Hari kedua 15 Julai 2012..
Kami tidak akan dapat untuk membuat apa-apa pengambaran sehingga kami mendapat kelulusan dari Kementerian Kebudayaan Dan Penerangan Arab Saudi.
Pagi ini, jam 10. 00 pagi, kami dipanggil untuk menghadap Dr. Abdul Muhsin Iraqi, Pengarah Kementerian Kebudayaan Dan Penerangan.
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, hampir dua jam kami di sini membincangkan mengenai perkara berkaitan perjalanan pengambaran.
Dr. Abdul Muhsin seorang yang begitu kagum dengan Malaysia, hampir sejam saya mendengar beliau berceloteh dan memuji Malaysia.
Kadang kala, kita menemui jatidiri kita setelah kita melihat keadaan negara lain dan mendengar apa kata orang lain mengenai negara tercinta ini.
Kenangan bersama krew Jejak Rasul kumpulan pertama ke Mekah dan Madinah.
No comments:
Post a Comment