Untuk mengambil gambar di dalam masjid al-Haram dengan menggunakan kamera besar adalah mustahil saat ini.
Jadi, mana-mana stesyen TV yang ingin mendapatkan visual di dalam masjid (setelah mendapat izin Kementerian Penerangan mereka) akan diberi masuk ke dalam Studio al-Haram.
22 Julai 2012, saya bersama Azlan, krew Jejak Rasul diberi kebenaran untuk masuk ke dalam Studio al-Haram.
Ketua Studio al-Haram pula orang India bernama Iqbal, cara dia bertutur bahasa Arab, saya tahu dia dari India. Satu terus berbicara dengannya dalam bahasa Urdu. Ia memudahkan kami meminta visual itu dan ini setelah saya bercakap Urdu dengannya.
Alhamdulillah, saya bersykur pada Allah dan berterima kasih pada Allahyarham ayahanda saya Ustaz Abdullah Mohd Said yang menghantar saya belajar di Pakistan di dalam bidang tahfiz, belajar di sana memberikan saya satu bahasa lebih yang amat berguna kerana orang India dan Pakistan adalah bangsa perantau yang ada di mana-mana. Kalau kita boleh berbahasa dengan mereka, mudah untuk mesra dan meminta tolong dengan mereka.
Masjid al-Haram di kawal dengan 30 biji kamera. Semuanya dikawal dari bilik ini melalui peralatan canggih, kecuali tiga sahaja yang dikawal oleh manusia.
Cuma, apa yang menarik, salah satu kamera yang dikawal oleh manusia dikendalikan oleh orang Melayu Indonesia, cuba lihat nama di atas, salah satu namanya
“Abdullah Abdul Aziz Jawa”
Kamera di Masjid al-Haram sangat canggih, walaupun ia diletakkan di tiang-tiang yang jauh, tapi ia boleh mengambil gambar jemaah dari dekat sehingga buku yang para jemaah baca pun boleh dilihat. Ia bagi memudahkan para pegawai keselamatan memantau aktiviti yang mungkin salah di sisi undang-undang Arab Saudi.
Di studio al-Haram ini juga, kamera masjid al-Nabawi dipantau.
Semua rakaman akan disimpan di satu penyimpanan untuk rujukan selama beberapa tahun.
Di sini saya mendapat satu pengajaran. Cuba bayangkan diri kita yang mempunyai rakaman bagi perbuatan baik dan jahat kita.
Setiap detik ia dirakam oleh malaikat kanan dan kiri kita. Ketika dibentangkan di akhirat nanti, tidak boleh kita tipu apa yang kita buat.
Dipaparkan pada kita apa yang telah kita buat di hadapan ramai sehingga rasa malu seolah-olah gugur daging-daging muka.
Tapi bagi dosa dan kesalahan yang sempat ditaubatkan di dunia, maka rakaman ini akan di padam.
Rasullullah bersabda:-
Orang yang bertaubat (dan taubatnya diterima) seperti orang yang tidak melakukan dosa.
Semoga Allah rezkikan saya dan sahabat pembaca sekelian orang yang sentiasa bertaubat kepada kesalahan kita
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekah Mukarramah
26 Julai 2012 jam 2.00 petang
1 comment:
Salam Ustaz
Arwah nenda bercerita : Dia pernah ingatkan seseorng akan kebesaran Allah yg akan menunjukkan satu persatu perbuatan masing2 semasa didunia.
Tapi dipersoalkan pula 'Apa dipadang mahsyar tu ada tv besar ke yg boleh tunjukkan perbuatan tiap2 manusia satu persatu???
Masyallah. Itu 50 tahun dahulu.Tak terbayang akan kecanggihan manusia skrang pada masa itu, apatah lagi kecanggihan dan kehebatan al-Badik (Yang Maha Pencipta).
Post a Comment