Thursday, July 19, 2012

Universiti Kehidupan 231 – “Menangis Menurut Islam..”

Menangis adalah fitrah manusia,sebab itu ketika manusia lahir mereka akan menangis.

Menangis yang fitrah dapat melegakan jiwa, dapat memberi ketenaangan pada jiwa.

Contoh menagis fitrah ialah menangis kerana kematian, kerana rindu, kerana kasih sayang, kerana kasihan dan kerana dosa.

Apabila manusia membesar, mereka sudah kenal dunia, mereka mula kenal akan sakit hati, permusuhan, dan mereka sudah mula menangis kerana sakit hati dan permusuhan.

Tangisan jenis ini bukan tangisan fitrah lagi. Ia tangisan mazmumah, ia tidak membawa ketenangan.

Islam punyai modul mengembalikan fitrah manusia.

Ibadah haji dan umrah serta ziarah ke kawasan berkat seperti tanah haram ini akan menjadikan manusia menagis kembali mengingati dosanya, kembali menyesali perbuatannya, kembali mengingati kasih sayang tuhan, kembali mengingati kasih sayang sesama manusia.

Ia membawa manusia kembali menagis kerana fitrah. Sebab itu, menagis di Mekah membawa ketenangan kerana ia tangisan fitrah.

P1000523

Pagi 18 Julai 2012, semalaman saya bersama krew Jejak Rasul berada di atas Jabal Nur, pagi ini kami membuat pengambaraan di Gua Hira’.

Saya melihat ramai orang menangis di sini.

P1000515

Ada yang mengis teresak-esak sambil menadahkan tangan ke langit, barangkali amat berat bebanan ujian yang ditanggung oleh ibu ini.

P1000517

Suasana esakkan membuat saya turut sebak.

Menangis kerana fitrah akan menjadikan kita tenang, tetapi elakkan dari menangis dan bersedih kerana keduniaan, permusuhan dan sakit hati, tangisan ini tidak akan membawa ketenangan tetapi membawa dendam dan bebanan hati yang semakin hari semakin menghiris kerana kebencian

P1000518

Orang yang beriman, mereka tidak akan rasa sedih terhadap urusan dunia kerana menangis kerana urusan dunia bukan sebahagian dari tangisan fitrah.

Sebab itu, di dalam al-Quran, surah al-Ahqaf ayat 13 Allah berfirman yang maksudnya:-

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) bersedih hati

Saya ada membahaskan bersedih dan ketawa menurut Islam. Boleh kita lihat seperti di bawah:-

Yang ini pula ubat kesedihan di dalam Islam

Yang ini pula perbahasan ketawa dan gembira di dalam Islam

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

19 Julai 2012 jam 7.00 pagi

1 comment:

anna zuliana said...

salam ustaz...ooook sekarang sy sudah faham ..:) tkasih ustaz kerana membuka minda dan menunjukkan jalan yg batul ...:)

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...