Thursday, July 19, 2012

Diari 390 – “Pertemuan Dengan Ustaz Don..”

18 Julai 2012 jam 6.30 pagi,  saya dalam perjalanan turun dari Gua Hira’, saya banyak menyapa orang-orang yang melintas di tangga-tangga gua hira’.

Ada yang ceria, ada yang pancit, ada yang nak muntah, ada yang macam nampak bintanga kepeningan dan berbagai gelagat.

Kadang kala saya tertawa sendiri melihat gelagat ramai manusia.

Semua krew telah mendahului saya, saya berjalan paling belakang antara mereka, sengaja kerana saya ingin menghayati pemandangan kota Mekah dari atas Jabal Nur ini.

Tiba-tiba ada orang menyapa saya…

“Assalamualikum Ustaz…”

Gaya salamnya, salam orang Melayu, biasanya orang Melayu naik ke Gua Hira’ pada waktu petang atau pada tengah malam, sangat jarang lepas subuh mereka ke sini.

Saya berpaling dan menjawab salam, melihat seorang sedang duduk berehat, di tangannya ada kamera video kecil, tetapi terdapat sistem audio untuk kualiti tv.

“Oh, canggih haji ni” bisik hati saya.

Saya tersenyum dan meneruskan perjalanan. Di satu kawasan, saya melihat krew Jejak Rasul sedang berkumpul dengan sekumpulan orang Melayu berbual-bual.

Ketika saya menghampir mereka, seseorang berpaling kepada saya dan terus memeluk saya..

“Ustaz, masyaAllah…” katanya…

Saya agak terpinga-pinga,

“Sapa ni.." bisik hati saya.

Setelah habis dia memeluk erat saya, baru saya dapat melihat wajahnya..

“La…ustaz Don rupanya..” kata hati saya..

“Mari ustaz kita ambil gambar, mari.. mari..” kata Ustaz Don.

Saya masih agak terpinga-pinga..

“Terima kasih ustaz, Alhamdulillah, buku yang ustaz karang tu ana buat rujukan program ana, minta halal ye ustaz..” kata Ustaz Don.

“Buku mana ye?” tanya saya.

“Alah, buku sifat solat Nabi Menurut Mazhab Imam Syafie tu..” kata ustaz Don lagi.

“Oh, ok syeikh, tahniah, bagus program anta tu” kata saya.

Buku yang dimaksudkan ialah buku yang saya susun yang kemudiannya diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Sebenarnya, saya sekadar menyusun kembali, terima kasih buat para Ulama mazhab as-Syafie yang telah mengarangnya, terima kasih pada Rasullullah kerana jerih payah baginda, akhirnya Allah anugerahkan pada kita semua ibadah solat dan syukur pada Allah kerana kasih sayangnya menganugerahkan pada kita ibadah solat sebagai cara kita mengingatiNya.

“Dulu ana selalu ikut ceramah ustaz” kata Ustaz Don.

“Oh ye ke?” kata saya yang memang tak perasan.

Kami bertukar nombor telifon, dekat Malaysia tak berkesempatan jumpa dekat Jabal Nur jumpa.

Ustaz Don sedang menyiapkan satu progaram 13 epidod untuk TV al-Hijrah.

Alhamdulillah, dah semakin ramai para pendakwah muda yang turun ke tengah masyarakat. Semoga Allah ramaikan lagi kerana semakin ramai pendakwah yang lahir, insyaAllah semakin baik masyarakat, kerana sabda Nabi SAW,

“Jika Allah kehendaki kebaikan pada seseorang, akan difahamkan dia pada agama”

Dan semoga Allah kurniakan pada semua pendakwah di Malaysia terutamanya diri saya yang hina ini keikhlasan di dalam berdakwah, amin…

Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah Mukarramah

19 Julai 2012 jam 740 pagi

P1000530

Terpinga-pinga saya pada peringkat awal tiba-tiba dipeluk erat, rupanya ustaz Don, secara peribadi, tahniah pada beliau di atas usaha dakwahnya untuk semua masyarakat terutama di Malaysia, semoga Allah kurniakan kebaikan dan isteri yang solehah :)

** setakat ini, ustaz Don belum kahwin lagi :) siapa nak buat menantu bolehlah selalu  datang jadi tetamu kat TV Hijrah..

11 comments:

boxhousestudio said...

MashaALLAH...^_^..dah bertunang kan Ustaz Don ni...dua ustaz yang hebat Alhamdulillah...dua dua BHS hayati penyampaian dakwahnya...berjumpa bila ni Ustaz Amin?

Anonymous said...

tu pasal le ustaz ana sering berdoa anak dara anak agar nikah dgn jejaka ala2 ustaz don.
Doakan ye ustaz.

Malu nak tulis nama sebenar ana, biar le Allah saja yg tau.
(gelak sikit)

azah said...

Ustaz amin, memang la ustaz don ni belum berkahwin tapi beliau dah bertunang ustaz....

Wan Syahida said...

Ustaz Don akan berkahwin lepas Raya ni, dengar kata student2nya di KUIS.

Anonymous said...

ustaz, off topik ye:

Ustaz rapat dgn staff radio IKIM kan?
Bole tak tanyakan depa nama bilal yg azan almost tiap2 waktu maghrib yg suaranya memukau & bertenaga tu. Saya rasa bukan dari Msia.
Cari kat Youtube tak jumpe le.

Harap2 ustaz dpt respond keinginan saya ni yg selama ni tertanya2. Semuga Allah memudahkan urusan ustaz.

yayayuyu said...

hehe.jauhnya jumpa..tula,kat malaysia xjumpa jjumpa kat mekah..allahuakbar...ustaz don dh bertunangla ustaz=)

Mak Wan said...

Assalamualaikum Ustaz Amin.
tersenyum lebar saya baca coretan ustaz.yang besnya sempat kempen lagi..bedebar hati cik Husna di Mesir tu bila ramai yang minat kat Ust.Don.ssama2lah kita doakan semoga Allah mudahkan urusan perkahwinan Ust Don.

mama ju said...

Moga beliau dan cik husna bahagia dunia akhirat. Tak sabar nak tgk ustaz DON NIKAH!

Anonymous said...

Fetri Yahya pun ada tu.

Anonymous said...

skrg ni ustaz don sngt popular.
Cara penyampaian yg bersahaja & ceria, budak2, mak budak, bapa budak, malah nenek budak pun suka.

Ade beberapa ustaz2 yg cara penyampai tak buat org ngntuk & bagus antaranya ustaz Amin sendiri, ustaz Nor Hisyam , ustaz Ismail Kamus dll... yg penting, pendengar berubah kpd lebih baik di sisi Allah setelah mendengar syarahan/ceramah mereka.

Masing2 ade peminat sendiri.

Purple Dreamers said...

salam ustaz..saya teringin nak jadi tetamu TV Alhijrah terutama program agama tak kira mana ustaz/ustazah...bagaimana yer

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...