Saturday, July 14, 2012

Bicara Ilmu 70 - “Cara Memandang Perkahwinan IKIMfm..”

9 April 2012, hari ini, di IKIM, kami kongsikan kepentingan membetulkan cara memandang sesebuah perkahwinan.

Ini kerana, kalau kita tersalah di dalam memandang perkahwinan, kita akan tersalah di dalam tindakan kita.

Mari kita kongsikan..

Ada lima perkara yang perlu kita fahami mengenai rumahtangga.

1. Perkahwinan bermaksud perhimpunan dua jiwa yang berbeza

Adam dan hawa juga berbeza.

Orang yang tidak dapat terima perkara ini, akan berlaku pertengkaran di dalam perkahwinan.

2. Perkahwinan bermaksud perhimpunan dua keluarga

Orang yang tidak tahu benda ini akan beralaku konfik keluarga

3. Rumah tangga mengalami perubahan, dari bujang kepada berdua, cara hidup, tak boleh fikir seorang.

4.. Perkahwinan tidak selamanya indah seperti kata pepatah Melayu, sedangkan lidah lagi tergigit.

5. Perkahwinan boleh berlaku penghujung, sama ada dengan mati atau cerai.

Yang tidak sempat mengikuti perbincangan kita tempohari, bolehlah mendengarnya dari rakaman di bawah ini.

 

“Ilmu Pelita Hidup”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jeddah KSA

14 Julai 2012 jam 3.20 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...