Wednesday, July 18, 2012

Universiti Kehidupan 229 – “Hati Unta Dan Iktibar Kejadiannya..”

Kalau saya datang ke Mekah ini, antara yang sering orang pesan adalah hati unta.

Khabarnya, ia bagus untuk orang sakit asma.

Secara jujurnya, saya sendiri tidak pernah merasa hati unta sebelum ini.

Selasa 17 Julai 2012…

Pagi ini, krew Jejak Rasul memulakan perjalanan dengan sarapan pagi di sebuah restoran.

“Hari ini saya nak bawa kamu rasa hati unta” kata Abang Khalid, pemandu kami.

P1000475

Kami sampai di kedai kecil tidak jauh dari Masjid al-Haram. Ketika ia dihidangkan, masing-masing teragak-agak untuk mencuba, tetapi sebenarnya bukan hati unta itu yang jadikan ia sedap atau tidak, pada saya cara masaknya.

P1000476

Rasa hati unta biasa sahaja cuma hati yang baru, ia tidak liat, ia macam kita makan timun, senang terpotong dengan gigitan kita.

P1000477

Harga hati unta sepinggan 8 riyal.

P1000480

Kebanyakkan pekerja di sini dari Bangla, macam dekat Malaysia juga.

Apa pun, unta salah satu binatang yang Allah sebutkan di dalam al-Quran, Allah berfirman yang maksudnya:-

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan (Surah al-Ghasiah ayat 17)

Di dalam tafsir al-Qurtubi mensyarahkan kenapa Allah memerintahkan kita melihat kejadian unta?

Ini kerana ia binatang yang punyai keajaiban, selain ketahanannya yang luar biasa,  padanya terhimpun 4 perkara iaitu:-

Hulubah (Susunya)

Rukubah (ia menjadi tunggangan),

Ukulah (ia menjadi barang yang dimakan) dan

Humulah (ia menjadi binatang yang membawa barang-barang).

Walaupun binatang ini tidak ada di Malaysia, tetapi kita tetap boleh mengambil pengajaran darinya lebih-lebih lagi sekarang ini, bahan bacaan dan gambar mudah di dapati semudah maklumat di hujung jari.

“Universiti Kehidupan Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Makkah al-Mukarramah

18 Julai 2012 jam 4.20 petang

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...