Tuesday, July 17, 2012

Diari 388 – “Catatan Perjalanan Umrah Kami..”

16 Julai 2012 jam 11.30 pagi, kami telah bersiap untuk masuk ke kota Mekah.

Bertolak dari Jeddah, pemandu kami Abang Khalid bertanya:-

“Nak makan apa ni Ustaz?”

Saya yang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu berpaling ke belakang dan bertanyakan pada krew:-

“Nak makan apa? semalam kita dah makan masakan Thailand, hari ini nak makan apa? kita rasa masakan Indialah ye..” kata saya memberi cadangan.

Semua ahli rombongan bersetuju..

Kami berhenti di perhentian Masjid Mizan, di situ terdapat sebuah restoran India dan juga kedai yang menjual kain-kain ihram.

P1000465

Saya yang boleh bercakap urdu terus mesra dengan tuan kedai makan ini. Dia mencadangkan beberapa hidangan di kedainya.

“Tike bay” (ok bang)

“Mughri, gosh, fir anda cayye” (nak ayam, daging dan telur) kata saya pada tuan kedai.

Ketika hidangan sampai, dengan kuali masih berasap, semua ahli rombongan teruja..

P1000467

Kami makan rezki yang Allah berikan dengan selera, maklumlah, masakan India di negara Arab ini antara masakan yang agak hampir dengan orang Melayu kita..

P1000468

Habis, makan, kami membeli kain ihram. SR 35 satu. Saya membelek kain ihram ini..

“Made in China”

“Sekarang ni,  semua barang dari China” kata saya.

Tapi tak apa, sebab bilangan orang Islam di China sebenarnya juga ramai. Sebab itu mereka boleh membuat sesuatu dengan kuantiti yang banyak, apabila kuantiti banyak, harga pun murah.

P1000472

Kami sampai di Mekah jam 3.00 petang. Dengan pertolongan penghulu Mekah (abang Arshad) kami dapat hotel tidak jauh dari Masjid Haram.

Mekah kala ini memang panas. Cuma kerajaan Saudi tidak boleh mengisytiharkan secara rasmi melebihi 48 darjah celcius kerana jika melebihi tahap itu, ia perlu mengisytiharkan darurat. Kalau darurat maka ia perlu isytiharkan cuti umum bagi pekerja.

Tetapi jika kita mempunyai kereta yang ada jangka suhu, ia sudah melebihi 50 darjah celcius.

Kami mula menunaikan umrah jam 4.30 petang dan tamat pada jam 6.30 petang.

P1000474

Azan Maghrib berkumandang 7.08 minit, kami bersolat bersama jemaah di masjid al-Haram. Oleh kerana hari ini hari Isnin, ramai juga jemaah yang berpuasa dan ada juga orang yang menaja buka puasa.

Selepas solat, seperti biasa, tempat lepak orang Melayu, kami pekena teh ais di restoren D’Saji.

“Dairi Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

Isnin 16 Julai 2012 jam 11.45 malam

2 comments:

TheGreatestMom!!! said...

Allah huakbar uztaz...!

Rasa sebak rindukan Madinah dan Makkah... Rindu sangat2 nak ke sana lagi...

Hj.Sabri : said...

Assalamualaikum semua. Memang sebak rasanya.Cemburu pun ada.cemburu kerana tidak dapat sama sama mengerjakan Umrah tahun ni

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...